Home / Foods / Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan TAR

Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang Jalan TAR

Sekiranya anda teringin untuk makan nasi kandar Pulau Pinang anda boleh pergi ke Restoran Mohd Yaseem yang terletak di Jalan TAR. Restoran ini terletak sebaris dengan Nasi Kandar Kudu. Seperti biasa di sini anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng, ketam, sotong, ayam madu, daging kicap dan banyak lagi.

Disebabkan orang pon tidak berapa ramai semasa kami datang, kami pon tak perlu beratur terlalu lama. Tak sampai 5 minit kami dah boleh memilih lauk pilihan masing-masing. Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Tune Hotel KL, Maju Junction membuatkan anda mudah untuk sampai ke sini. Bagi yang sedang bercuti di Kuala Lumpur dan menginap di Hotel Tune KL di Jalan TAR bolehlah mencuba makanan di sini. Jaraknya pon tidak terlalu jauh dari hotel. Within walking distance je.

Restoran Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang

Nasi Kandar Yasmeen Kuala Lumpur Sedap

Nasi Kandar KL Sedap

Pada pendapat kami rasa nasi kandar disini bolehlah dan lebih sedap jika nak dibandingkan dengan banyak kedai mamak lain di Kuala Lumpur. Tetapi dah tentulah rasanya tidak kaw macam nasi kandar di Pulau Pinang. Sekiranya anda tidak meletakkan expectation yang terlalu tinggi anda akan rasa berpuas hati dengan nasi kandar di Restoran Yasmeen. Sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan rasa teringin pada nasi kandar.

Di Restoran Yasmeen anda boleh memilih sama ada untuk makan di bahagian yang berhawa dingin atau yang tidak berhawa dingin. Kalau nak selesa sikit bolehlah makan di bahagian yang berhawa dingin.

Kami berpendapat harga nasi kandar disini berpatutan. Jumlah harga makanan yang kami bayar untuk 3 hidangan termasuk air ialah RM26.70. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di Kuala Lumpur, rasanya dah makin susah nak cari nasi kandar murah di Kuala Lumpur.

Bagi yang ingin mencuba Nasi Kandar Yasmeen, anda boleh pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagi yang dah biasa pergi ke Nasi Kandar Kudu, Restoran Nasi Kandar Yasmeen terletak sebelum anda sampai ke Nasi Kandar Kudu. Sekiranya anda dari Jalan Pahang anda hanya perlu memandu terus menuju ke Jalan TAR dan restoran ini terletak di sebelah kiri anda dan pastikan anda tidak terlajak sehingga ke Tune Hotel KL. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di beberapa kawasan parking yang terletak di lorong bersebelahan Nasi Kandar Kudu.

Nasi Kandar Mohd Yaseem KL

Restoran ini juga dibuka 24 jam. Jangan lupa untuk postkan feedback anda disini untuk rujukan pembaca lain. Selamat menjamu selera.


Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang
351 dan 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100, Kuala Lumpur

Telefon : 0326948927

Koordinat GPS: U 3.161028 T 101.697506

Sekiranya anda teringin untuk makan nasi kandar Pulau Pinang anda boleh pergi ke Restoran Mohd Yaseem yang terletak di Jalan TAR. Restoran ini terletak sebaris dengan Nasi Kandar Kudu. Seperti biasa di sini anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng, ketam, sotong, ayam madu, daging kicap dan banyak lagi. Disebabkan orang pon …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Not bad untuk nasi kandar standard KL. Cuma jangan letakkan expectation yang anda akan dapat rasa nasi kandar macam di Penang

User Rating: 2.63 ( 4 votes)
68

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. Assalam…
    Memang terbaik la nasi kandar lauk ayam hitam kat sini… 1st try mkn kazen belanje, then tibe2 rase teringin lagi ke sini… So now memang menjadi tempat idaman utk feveret nasi kandar… Hehehe…

  2. This is a great blog. A must read blog for those who love to eat and try new restaurant and food…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge