Monrods Laman Seri
Monrods Laman Seri terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Laman Seri Business Park merupakan sebuah lagi pusat komersil baru di Shah Alam yang dibangunkan oleh Naza TTDI. Pembukaan Monrods di Laman Seri memberikan satu lagi pilihan pada warga Shah Alam dan sekitarnya yang inginkan suasana yang selesa untuk menjamu selera. Monrods mengetengahkan makanan tempatan dalam menunya dan boleh dikatakan majoriti makanannya adalah berkisar tentang nasi ayam.
Saya telah mencuba beberapa makanan yang terdapat di sana seperti Nasi Ayam Istana dan Nasi Ayam Panggang.
Nasi Ayam Istana sebenarnya merupakan nasi tomato dan digabungkan dengan ayam serta sos yang unik.
Harga untuk sepinggan Nasi Ayam Istana ialah RM7.30. Rasanya boleh dianggap memuaskan cuma ayamnya sedikit hangus.
Nasi Ayam Panggang pula menggabungkan nasi dengan ayam panggang dan rasanya agak sedap juga terutamanya sambal untuk ayam panggang. Sepinggan Nasi Ayam Panggang berharga RM6.90.
Untuk minuman pula kami telah memilih sirap bandung – RM3.90 dan jus tembikai – RM5.30. Harganya sedikit mahal berbanding restoran mamak.
Suasana di bahagian luar dan dalam restoran agak menarik dan boleh dikatakan selesa. Monrods sesuai bagi yang nak menghabiskan masa yang lama di sini sambil berbual dalam suasana yang kondusif.
Keseluruhannya makanan disini boleh dikategorikan sebagai memuaskan tetapi bagi yang ingin mengubah selera dan mencari restoran yang kondusif, maka Monrods boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Bagi yang ingin ke Monrods, lokasinya mudah sahaja iaitu terletak di Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam yang bersebelahan dengan Kolej PTPL Shah Alam. Monrods terletak di antara deretan kedai dan bank seperti Signature Kitchen, Standard Chartered Saadiq dan AmBank
Monrods Laman Seri
G13, Blok 2, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan Seksyen 13, Shah Alam
Selangor
Malaysia
Tel: 6012 667 2659
Koordinat GPS: U 3.091560 T 101.544283
Tags: Foods, Monrods Laman Seri










Facebook
Nyummy……
Miecyber recently posted..Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh !!!!!
@miecyber: rasanya ok lah. sederhana
Menyelerakan.. tempatnya pun nice!!!
Myna recently posted..Makan² 1Malaysia di Hot Spring
@myna: tempatnya memang cantik. nak dating mmg sesuai sgtlah
tgk kedai pun dah tahu mahal ke tidak.. tp kalu tgk kedai tahu sedap ke tidak bagus juger.. ngee~
@ann: harganya kira sederhana lah. dlm kategori mampu beli
fuhhh lapar terus
Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan
suffer8zine recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H
@suffer8zine: kalau dah lapar kena gi makan lah jawabnya. hehe
salam maal hijrah
dah dekat dengan rumah kin dah ni..bleh la try.

eikieyn recently posted..Minyak Naik – Angin Saye Pon Naik
@eikieyn: kalau dah cuba nanti bolehlah bagi feedback kat sini
bestnye makan!ifa suka makan2 nie..hihi
tiefazatie recently posted..teruja dapat shawl kotak-kotak!
@iefa: pantang nampak makanan je iefa nie. hehe
salam maal hijrah,
laparlah pulak…
ibuintan recently posted..Lesen memanduNasib baik polis tahan
@ibuintan: kalau lapar tu kena cepat2 gi makan. hehe
wah lapar nya..ikiki,tmpt pon cm ada prvcy,,xder huha2. i like.
@suzie : tempatnya memang menarik. boleh makan sambil rileks
memang bang..best2…tergoda nie..hihi
tiefazatie recently posted..teruja dapat shawl kotak-kotak!
huhuuu….ayam tu memang hangus sudah…
wansiti recently posted..Tips Merawat Demam Kuning Pada Bayi- Tips untuk contes qalishcom
@wansiti: setuju