Home / Foods / Asian / Naili’s Place Ampang : Tempat Makan Santai

Naili’s Place Ampang : Tempat Makan Santai

Bagi yang mencari tempat makan menarik di Kuala Lumpur untuk santai bersama keluarga dan kawan-kawan bolehlah singgah ke Naili’s Place Ampang. Naili’s Place memang sudah tidak asing lagi dengan warga Ampang dan Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat dari segi kehadiran pengunjung ke Naili’s Place. Sekiranya nasib anda tidak berapa baik, anda mungkin terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat makan disana.

Apa yang membuatkan Naili’s Place Ampang ini menarik adalah dari segi rekaan dalaman restoran ini yang membuatkan kita terasa seperti berada di Hawaii. Penggunaan lampu malap juga menimbulkan mood yang romantik ketika menjamu selera di Naili’s Place.

Nailis Place Ampang Ambience Romantik Cantik Restaurant

Nailis Place Ampang Ambience Cantik Romantik

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang terdapat di Naili’s seperti makanan tempatan dan juga makanan western. Kunjungan kali ini kami telah mencuba beberapa makanan seperti kuey teow goreng, spaghetti dan nasi ayam penyet.

Nailis Place Ampang Kuey Teow Sedap Restaurant

Harga sepinggan kuey teow goreng ini adalah RM9.90. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan kedai lain tetapi itulah harga premium yang perlu dibayar untuk menikmati suasana di restoran ini. Dari segi rasanya pula, makanannya adalah enak dan cukup ramuannya tetapi agak berminyak. Kalau minyaknya dikurangkan kuey teow gorengnya pasti lebih sedap.

Nailis Place Ampang Spaghetti

Harga sepinggan spaghetti pula adalah RM15.90. Harga spaghetti ini adalah berpatutan jika dibandingkan dengan kuey teow goreng tadi.

Nailis Place Ampang Nasi Ayam Penyet

Nasi ayam penyet ini pula berharga RM16.90. Nasi ayam penyet ini sedikit mengecewakan dari segi rasa dan juga harganya. Memandangkan harganya yang sedikit mahal untuk nasi ayam penyet, saya sebenarnya mengharapkan hidangan yang setanding dengan rasa Nasi Ayam Penyet di Wong Solo. Yang pastinya ayam penyet Wong Solo masih yang terbaik untuk saya.

Nailis Place Ampang Restaurant Jus Tembikai

Segelas jus tembikai disini berharga RM8.90. Jumlah harga makanan dan minuman yang kami bayar untuk tiga orang ialah RM70.30.

Kesimpulannya adakah berbaloi untuk makan di sini? Pada pendapat kami, disini adalah tempat yang sesuai untuk datang makan sambil bersantai dengan keluarga atau kawan-kawan. Jangan datang kesini dengan expectation yang tinggi untuk menjamu selera makanan yang sedap. Rasa makanan disini biasa sahaja tetapi sekiranya anda inginkan suasana yang romantik dan sanggup berbelanja lebih sedikit, maka Naili’s Place tidak akan mengecewakan anda. Suasana restoran disini memang best dan servisnya juga cepat memandangkan Naili’s Place di waktu puncak memang selalu full house.

Untuk sampai kesini, anda boleh menggunakan MRR2 dan restoran ini terletak dideretan kedai pejabat berhampiran Ampang Point. Naili’s Place Ampang terletak di corner lot dan berada satu deret dengan Standard Chartered Bank cawangan Ampang. Selain di Ampang, Naili’s Place turut mempunyai sebuah cawangan lain di Sentul. Sekiranya anda inginkan tempat yang lebih besar, anda boleh mencuba Naili’s Place di Sentul yang terletak di Kampung Dato Senu.


Naili’s Place Ampang
Jalan Mamanda 7,
Ampang, Selangor Darul Ehsan

Koordinat GPS: U 3.159586 T 101.750535

Bagi yang mencari tempat makan menarik di Kuala Lumpur untuk santai bersama keluarga dan kawan-kawan bolehlah singgah ke Naili’s Place Ampang. Naili’s Place memang sudah tidak asing lagi dengan warga Ampang dan Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat dari segi kehadiran pengunjung ke Naili’s Place. Sekiranya nasib anda tidak berapa baik, anda mungkin terpaksa menunggu untuk …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Restoran dengan hiasan dalaman yang menarik dan best untuk makan sambil rileks dengan keluarga atau kawan-kawan

User Rating: 1.66 ( 9 votes)
66

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. I will never step foot into his restaurant ever again because i went there with husband n our 2 year old toddler. There were 2 empty tables inside d restaurant but they were reserved. Perhaps reserved to customers who will walk in later n not for customers who have called n reserved.
    I insisted to sit inside but they said no they wanna place us outside by d restaurant by d roadside n surrounded by smokers. Cant they see that i have a toddler n its not safe for him to be outside surrounded by smokers! When i raised that matter to a lady called Hanim all she could say is that even inside d restaurant is allowed to smoke n that she is a smoker herself. Wow. Is that the best answer u can give to ur customer?? Is this Hanim lady d owner or manager and u cant even consider to let us be inside the restaurant?? Looks like this restaurant doesnt even care about kebajikan pelanggan kan. Well we did what is the best thing to do. Walk off from that stupid place. Screw them!

    • so sorry to hear about your bad experience. customers always right and its a pity they don’t try to accommodate your request. they certainly need to improve their customer service. perhaps maybe they think they are famous and they have regular customers so they can do whatever they like. just my 2 cents.

  2. Tempat ni mahal nak mampos…
    Baik g mamak…
    Xsesuai ngn environment…
    Kalau kedai dia kat wangsa walk mall tu bleh la terima…
    Hmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge