Home / Foods / Nasi Arab @ Saba Restaurant Setiawangsa

Nasi Arab @ Saba Restaurant Setiawangsa

Saba Restaurant sudah tidak asing lagi dengan penggemar nasi arab di Malaysia. Restoran Saba mempunyai dua cawangan iaitu di Setiawangsa dan Cyberjaya. Kedua-dua cawangan ini pernah kami cuba. Untuk entri kali ini kami akan menceritakan pengalaman kami di Saba Restaurant cawangan Setiawangsa. 3 jenis hidangan telah kami cuba kali ini iaitu Mandi Chicken, Chicken Chop dan juga Sup Kambing.

Nasi Mandy

Mandi Chicken disini mempunyai dua saiz iaitu half dan quarter. Harga ayam mandi separuh ialah RM17 dan ayam mandi quarter ialah RM12. Beras yang digunakan adalah beras yang berkualiti. Sebab itu kita dapat lihat nasinya panjang-panjang sekali.  Ayam mandi akan dihidangkan bersama dengan sambal dan sejenis kuah. Secara peribadinya saya lebih sukakan ayam mandi di cawangan Cyberjaya sebab rasanya lebih juicy berbanding di cawangan Setiawangsa.

Chicken Chop Saba

Chicken chop ini pula berharga RM14. Ianya dihidangkan dengan french fries, salad dan roti pita. Tidak ada sos black pepper dihidangkan untuk chicken chop di Saba. Kami sebenarnya lebih suka jika chicken chop dihidangkan dengan sos black pepper.

Sup Kambing

Sup Kambing stail arab ini berharga RM5. Kuahnya lebih jernih jika dibandingkan dengan sup mamak. Bagi kami sup arab masih tak dapat nak menandingi rasa sup mamak.

Jus Tembikai

Harga segelas jus tembikai ialah RM5. Jus di sini dihidangkan di dalam cawan plastik. Di samping itu, Saba turut menyajikan pelbagai makanan arab lain seperti Hanith Chicken/Lamb, Kabsah Chicken/Lamb, sandwich dan pelbagai makanan barbeque seperti Chicken Shish Tawouk, Beef Tikka, Chicken/Lamb kebab dan Grilled Chicken/Fish.

Interior Saba Setiawangsa

Restoran Saba di Setiawangsa ini mempunyai dua tingkat. Anda boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau pon di luar restoran. Dekorasi dalaman restorannya juga adalah menarik dan pencahayaannya juga adalah terang.

Keseluruhannya tidak dapat dinafikan bahawa makanan di Restoran Saba adalah sedap dan berbaloi dengan harganya. Tetapi seperti yang telah kami highlight di awal entri ini, kami lebih prefer Mandi Chicken di Restoran Saba cawangan Cyberjaya.

Selain itu, kami dapati bahawa servis pekerja di Saba tidak berapa mesra pelanggan dan kadang kala agak lambat dalam melayan permintaan kami. Sekiranya perkara ini tidak diperbaiki mungkin ramai pelanggan tetap Saba akan beralih ke restoran arab yang lain. Di Setiawangsa dan Wangsa Maju sahaja dah semakin banyak restoran nasi arab yang tumbuh bagaikan cendawan seperti Restoran Al-Edrus dan Taj Hadramawt.

Saba Setiawangsa

Bagi yang ingin mengunjungi Restoran Saba Setiawangsa, restorannya terletak di Dataran Jelatek bersebelahan dengan Condominium Seri Maya serta Kampung Warisan. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, restoran ini terletak berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa. Anda boleh menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya untuk sampai ke Saba. Restorannya terletak di tingkat 1 dan 2. Parking disini dikenakan pada kadar RM1 sejam. Selamat menjamu selera.


 
Restoran Saba Setiawangsa
KL Dataran Jelatek
1-01 Dataran Jelatek
Jalan Jelatek, Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur

Telephone 603 4251 2592

Koordinat GPS: U 3.175131 T 101.734962

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

One comment

  1. Noorain bt mohamad

    Saya suplier untuk beras Basmathi , dari Klang Selangor sekiranya berminat untuk mendapatkan beras tersebut dengan harga yang murah sila hubungi saya dialamat email saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge