Home / Foods / Nasi Ayam Hainan Sedap di KL

Nasi Ayam Hainan Sedap di KL

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda satu tempat makan best dan famous yang menyajikan nasi ayam hainan yang sedap di KL. Tempat ini memang sudah tidak asing lagi dengan warga Taman Melawati dan memang menjadi tumpuan mereka yang inginkan sajian nasi ayam sedap dan enak.

Kedai yang kami maksudkan ialah gerai Melawati Nasi Ayam Hainan Singapore. Kedai makan ini memang sudah lama terkenal di Melawati dengan sajian nasi ayam hainan Singapore yang sedap. Memang tidak hairanlah kalau kedai ini memang tidak pernah putus dengan pelanggan yang datang ke sini dan antara kedai nasi ayam paling lama beroperasi di Melawati. Kedai ini juga mudah untuk dicari kerana ianya terletak di medan selera Melawati bersebelahan dengan Melawati Corporate Centre yang dahulunya merupakan tapak Pasar Ramadhan Melawati.

Melawati Nasi Ayam Hainan

Setibanya kami di sana sekitar pukul 3 petang, masih terdapat ramai orang yang sedang menikmati nasi ayam mereka tetapi nasib kami agak baik kerana kebetulan ada meja kosong. Sekiranya anda datang pada peak hour mungkin akan ada sedikit kesukaran untuk mendapatkan meja makan, jadi anda terpaksa menunggu sekejap.

Servis disini juga bagi kami agak cepat walaupon orang ramai. Tak lama selepas kami order nasi ayam kami, nasi ayam kami pon sampai.

Nasi Ayam Sedap

Disini sepinggan nasi ayam berharga RM5. Sekiranya anda rasakan portion nasi ayamnya tidak cukup besar, anda mempunyai pilihan untuk ‘upgrade’ nasi ayam tersebut dengan sedikit tambahan harga. Anda boleh memilih sama ada ingin menambah nasi, atau menambah ayam atau menambah kedua-duanya sekali.

Nasi Ayam Hainan Singapore Sedap

Apa yang menariknya tentang nasi ayam disini adalah rasa kuah sambal dan kicapnya yang enak dan manis. Ayamnya juga tidak kurang hebat. Memang terasa kesedapan perapan yang digunakan pada ayamnya. Selain itu, anda juga boleh mencuba lai chi kang dan air batu campur (ABC). Memang rasa segar kalau diminum pada hari yang panas selepas habis makan nasi ayam.

Nasi Ayam KL

Bagi kami, sekiranya anda inginkan makanan tengahari yang cepat, sedap dan murah anda bolehlah singgah ke sini untuk mencubanya. Bagi yang ingin mencuba buat pertama kali dan tidak tahu lokasi gerai ini dimana, anda boleh menggunakan waze dan menggunakan kata carian ‘Melawati Nasi Ayam Hainan’.

Sekiranya anda tidak mahu terlepas entri terbaru tentang tempat-tempat makan menarik yang akan kami kongsikan, anda boleh Follow atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

 

Gerai Melawati Nasi Ayam Hainan Singapore
Jalan Bandar, Taman Melawati
53100, Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.209849 T 101.752459

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda satu tempat makan best dan famous yang menyajikan nasi ayam hainan yang sedap di KL. Tempat ini memang sudah tidak asing lagi dengan warga Taman Melawati dan memang menjadi tumpuan mereka yang inginkan sajian nasi ayam sedap dan enak. Kedai yang kami maksudkan ialah gerai Melawati Nasi Ayam …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Gerai nasi ayam yang paling famous di Melawati. Cepat, murah dan sedap.

User Rating: 3.55 ( 1 votes)
70

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge