Home / Foods / Nasi Beriani Sedap Shah Alam : Pak Anjang Bariani Johore

Nasi Beriani Sedap Shah Alam : Pak Anjang Bariani Johore

Mencari nasi beriani gam sedap di Shah Alam? Ramai yang mencadangkan saya untuk mencuba nasi beriani gam Johor di restoran Pak Anjang Bariani Johore. Bagi yang tidak tahu dimana terletaknya Pak Anjang Bariani, restoran ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam sebaris dengan kedai makan PappaRich. Landmark yang paling mudah untuk kesini ialah ianya terletak berdekatan dengan Giant Seksyen 13.

Selain nasi beriani gam, restoran ini turut menyajikan pelbagai makanan asli Johor seperti mee bandung, rojak petis dan sirap bandung. Pada sesi makan-makan kali ini sudah semestinya saya mencuba makanan authentic Johor iaitu nasi beriani gam ayam dan sirap bandung. Ramai yang cakap nasi beriani disini sedap dan terbaik.

Selain beriani gam ayam, restoran ini turut menyajikan nasi beriani gam kambing dan pelbagai lauk beriani seperti ayam, daging dan kambing. Layanan disini juga cepat pada waktu saya makan disini. Selepas beberapa minit order, makanan pon telah sampai.

Nasi Beriani Gam Ayam Pak Anjang

Nasi beriani gam disini disajikan dengan dalca dan acar timun. Nasinya juga panjang dan warnanya menarik perhatian anda untuk menjamunya. Kuah beriani ayamnya juga boleh tahan sedap dengan rasa rempah berianinya.

Apabila menjamu nasi beriani gam, sudah semestinya kena cuba sirap bandung Muar. Barulah lengkap kombinasinya. Sirap bandung Muar ini berharga RM3.50 segelas.

Air Sirap Bandung Muar

Apa yang membezakan sirap bandung Muar dengan sirap bandung adalah pada ramuannya. Sirap bandung Muar ini akan dicampur dengan aiskrim soda. Dan biasanya sirap bandung Muar ini hanya terdapat di restoran-restoran yang menyajikan nasi beriani dari Johor. Jarang sirap bandung ini dijual di restoran biasa. Bila dah sampai kesini jangan lupa untuk cuba sirap bandung Muar.

Keseluruhannya nasi beriani disini sedap dan kaya dengan rempahnya. Walaupon harga nasi beriani gam ayam disini RM12 sepinggan, namun anda akan berpuas hati. Cuma saiz hidangannya bagi saya mungkin tidak berapa besar. Sirap bandungnya juga sedap. Sekiranya anda penggemar nasi beriani gam, bolehlah anda singgah ke restoran Pak Anjang Bariani Johore untuk mencubanya.

Restoran Pak Anjang Nasi Beriani Johore

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam dan ditutup pada hari Isnin minggu pertama dan ketiga.


Restoran Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor

Telefon: 03-55106535

Koordinat GPS: U 3.088933 T 101.546588

Mencari nasi beriani gam sedap di Shah Alam? Ramai yang mencadangkan saya untuk mencuba nasi beriani gam Johor di restoran Pak Anjang Bariani Johore. Bagi yang tidak tahu dimana terletaknya Pak Anjang Bariani, restoran ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam sebaris dengan kedai makan PappaRich. Landmark yang paling mudah untuk kesini ialah ianya terletak …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Restoran Pak Anjang menyajikan makanan asli Johor. Signature dish disini sudah semestinya nasi beriani gam.

User Rating: 3.79 ( 6 votes)
68

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

2 comments

  1. As-Salam Tuan/Puan,

    Saya Fakhrul, saya membuka kedai Nasi Beriani Johor (Istimewa) di No.16 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7 Shah Alam.

    Saya menyajikan Nasi Beriani Johor (siang) dan Nasi Lemak Kukus Jakarta (malam).

    Jika tidak keberatan, jemput lah ke kedai saya untuk mencuba Nasi Beriani saya.

    FB business page saya ialah: https://www.facebook.com/shahzaberiani?ref=hl

    Terima Kasih Banyak2 Tuan/Puan.

    Wasalam,

    Fakhrul

  2. thanks for the invitation. will drop by if i go to shah alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge