Home / Foods / Nasi Kandar Beratur – Resipi Original Semenjak Tahun 1943

Nasi Kandar Beratur – Resipi Original Semenjak Tahun 1943

Kalau sebut Nasi Kandar Beratur pasti ramai yang dah tahu keistimewaan nasi kandar ini. Resipi original yang digunakan untuk nasi kandar ini telah digunakan semenjak tahun 1943 lagi.Bagi yang belum pernah mendengar nama Nasi Kandar Beratur masih tidak terlalu lambat untuk anda mengenali nasi kandar yang sangat famous di Pulau Pinang ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa nama kedainya Nasi Kandar Beratur? Jawapannya ada pada gambar di bawah.

Barisan Nasi Kandar Beratur

Ini adalah situasi yang biasa anda akan lihat bila berkunjung ke Nasi Kandar Beratur. Pengunjung akan biasanya beratur sebelum pukul 10 malam lagi. Gambar ini diambil pada pukul 10.15 malam dan barisannya pon dah panjang macam ni. Bagi yang ingin ke sini pastikan anda tidak datang dengan perut yang kosong sebab anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran anda. Takut ada yang meroyan pulak sebab lapar sangat.

Nak tahu barisannya panjang mana pulak setakat pukul 10.30 malam? Cuba tengok gambar kat bawah

Makin Panjang Que Nasi Kandar Beratur

Dah macam kat pesta pula dengan orang ramai beratur. Panjang barisannya dah lebih kurang 30 meter. Kalau yang ada kat tempat last sekali dalam barisan time ni rasanya ada lebih kurang 60 orang beratur di depan dia. Sebab tu lah dinasihatkan untuk datang dengan perut yang tidak kosong.

Selepas beratur hampir 45 minit macam ni lah kedudukan saya dalam barisan. Penantian saya sudah hampir ke penghujung.

Nasi Kandar Beratur Memang Beratur

Dan akhirnya saya sampai ke hadapan sekali selepas satu jam beratur. Bila dah sampai depan counter makanannya rasa lega sangat.

 

Nasi Kandar Beratur Dah Sampai

Disini terdapat pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih dari ayam goreng, kari ikan, kari daging, kari sotong, telur dadar, telur ikan, sayur dan macam-macam lagi. Kalau cakap pasal harga pula, harga sepinggan nasi kandar bergantung kepada lauk yang dipilih. Banyak lauk maka tinggi lah harganya.

Lauk Makanan Nasi Kandar Beratur

Pekerja Nasi Kandar Beratur tengah sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus. Dan jangan lupa minta kuah campur sebab yang menentukan kesedapan mana-mana nasi kandar terletak pada rasa kuah campurnya. Di Nasi Kandar Beratur rasa kuah campurnya memang sedap.

Nasi Kandar Beratur Sedap

Makanan yang menjadi pilihan saya di Nasi Kandar Beratur.

Nasi Kandar Beratur Original

Bagi yang mencari restoran nasi kandar yang dihiasi dengan dekorasi cantik dan moden anda tidak akan menjumpainya di sini kerana Nasi Kandar Beratur tidak terkenal dengan interior design nya. Dekorasinya adalah biasa sahaja dengan susunan kerusi dan meja yang biasa kita nampak di warung. Tetapi sekiranya anda mencari nasi kandar yang sedap dan terkenal di Pulau Pinang, anda berada di tempat yang betul. Memang tak silap kalau datang ke Nasi Kandar Beratur. Segala penantiannya berbaloi. Rasanya yang enak akan membuatkan anda lupa yang anda telah beratur satu jam untuk menunggu nasi kandar anda.

Sekiranya anda ingin ke sana, Nasi Kandar Beratur terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan berada betul-betul di sebelah Masjid Kapitan Keling dan berhadapan dengan deretan kedai emas di Jalan Masjid Kapitan Keling. Bagi memudahkan anda untuk ke sana, anda boleh menggunakan Lebuh Chulia untuk menuju ke Jalan Masjid Kapitan Keling dan seterusnya sampai ke Nasi Kandar Beratur.

Untuk memudahkan anda mencari restoran ini, silalah rujuk map ke Nasi Kandar Beratur di bawah dan juga koordinat GPS untuk menyenangkan anda sampai ke destinasi.

Nasi Kandar Beratur Map

(Kredit untuk Google yang menyediakan Google Maps)

 
Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling
10200, Pulau Pinang

Koordinat GPS: U 5.416678 T 100.337603

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

11 comments

  1. Amboi! Panjangnya line,mengalahkan open house PM.

  2. nampak sedap tu…tiba-tiba lapar lak…hehe

  3. wohoo..x snggup rasany nk beratur pnjg2

  4. Sesuai utk peminat nasi kandar :)

  5. wahh, btul2 beratur ni, huh…

  6. amboiii, pjgnya beratur.. pjg2 pun org sanggup tunggu kan.. mesti sdp sgt ni! 😉

  7. Selalu dah pi Penang. Tapi tak penah nak singgah sini. Tak de kerajinan nak beratur..huhu

  8. DAH CUBA… TAK BEST LANGSUNG…. PENAT JE BERATUR.. NASI KANDAR TEMPAT LAIN LG BEST…. JANGAN TERTIPU DENGAN LINE YG PANJANG… RAMAI ORG LUAR JE YG MAKAN. ORANG PENANG TAK MINAT G SINI. TAK CAYA G TANYA DEPA.

  9. skali rase nak lagi..memang sedap hingga menjilat jari kalah KFC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge