Home / Foods / Nasi Kandar Fareed Line Clear : Famous Nasi Kandar in Town

Nasi Kandar Fareed Line Clear : Famous Nasi Kandar in Town

Bagi warga Kuala Lumpur yang mencari restoran nasi kandar yang sedap bolehlah singgah ke Nasi Kandar Fareed Line Clear yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Dengan taglinenya ‘Famous Nasi Kandar in Town’ anda pasti tertanya-tanya adakah nasi kandarnya sehebat taglinenya? Nasi Kandar Fareed Line Clear pernah muncul di rancangan televisyen di TV3 Jalan-Jalan Cari Makan. Tanpa membuang masa kami pon mengambil kesempatan ini untuk mencuba nasi kandar fareed line clear untuk merasai sendiri adakah nasi kandar disini sama hebatnya dengan nasi kandar di Pulau Pinang.

Disini anda boleh memilih sama ada mahu nasi putih atau pon nasi kandar. Dengan menambah 50 sen, anda boleh upgrade nasi putih anda untuk menjadi nasi kandar. Nasi kandar disini berwarna kekuningan, lebih kurang sama macam Nasi Lemak Royale. Seperti biasa anda mempunyai pelbagai pilihan lauk untuk dipadankan dengan nasi.

Lauk Nasi Kandar Famous KL

Anda boleh merasai rasa rempahnya yang pekat didalam kuah campurnya. Kuah disini sedikit pedas dan bagi yang tidak kuat pedas, dinasihatkan supaya anda mengurangkan kuah campur didalam nasi kandar.

Seperti biasa, saya tidak dapat pisahkan ayam goreng yang menjadi lauk pilihan standard apabila makan nasi kandar. Rasa ayam goreng di Fareed Line Clear boleh tahan dan anda boleh rasakan keenakan rempah yang digunakan untuk menghasilkan ayam goreng disini.

Nasi Kandar KL Sedap Famous

Disini anda boleh mandapatkan hidangan nasi kandar bersama lauk ayam goreng serta sayur pada harga RM5. Bagi saya harga nasi kandar disini adalah murah serta berbaloi dan rasanya juga sedap kalau dibandingkan dengan nasi kandar lain di Kuala Lumpur.

Nasi Kandar Fareed Line Clear

Nasi Kandar Fareed Line Clear Famous in Town

Dari segi keselesaan ruang makan, restoran ini adalah hampir serupa dengan mana-mana kedai mamak yang lain dari segi setting restoran terutamanya susunan meja dan kerusi. Anda boleh menjamu selera dengan selesa walaupon tiada penghawa dingin disini.

Kesimpulannya, nasi kandar di sini sedap dan murah untuk standard di Kuala Lumpur. Walaupon mungkin tidak sesedap nasi kandar di Pulau Pinang, tetapi nasi kandar di sini masih boleh memenuhi citarasa penggemar nasi kandar. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Bagi yang ingin mencuba Nasi Kandar Fareed Line Clear, restoran ini terletak di Bukit Rahman Putra. Dari MRR2, anda hanya perlu memandu terus ke Bukit Rahman Putra. Anda perlu memandu terus sejauh 2.6km dari simpang masuk MRR2 sehingga anda sampai ke simpang tiga. Di simpang tiga tersebut anda boleh belok ke kanan dan lebih kurang 600 meter dari simpang tiga tersebut akan ada satu simpang ke kanan. Belok ke kanan dan masuk ke simpang tersebut dan akan ada satu lagi simpang ke kanan lebih kurang 200 meter dari simpang tersebut. Anda boleh belok ke kanan dan anda akan nampak signage Nasi Kandar Fareed Line Clear. Bagi membantu anda untuk sampai ke sana, anda boleh merujuk pada koordinat GPS di bawah.

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri lain mengenai tempat makan menarik yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Restoran Nasi Kandar Fareed Line Clear
1, Jalan BRP 8/1D
Bukit Rahman Putra
47000, Sungai Buloh
Selangor

Tel: 03 61561786

Koordinat GPS: U 3.229062 T 101.562146

Bagi warga Kuala Lumpur yang mencari restoran nasi kandar yang sedap bolehlah singgah ke Nasi Kandar Fareed Line Clear yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Dengan taglinenya ‘Famous Nasi Kandar in Town’ anda pasti tertanya-tanya adakah nasi kandarnya sehebat taglinenya? Nasi Kandar Fareed Line Clear pernah muncul di rancangan televisyen di TV3 Jalan-Jalan …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Jom pergi sekarang

Summary : Nasi kandar disini murah dan sedap. Sesuai untuk penggemar nasi kandar

User Rating: Be the first one !
78

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

One comment

  1. Salvador E. Gordon

    Setiap gerai makan sudah pastinya memiliki kekurangan yang tersendiri, begitu juga Nasi Kandar Fareed Line Clear. Antara kekurangan yang agak ketara ialah kekurangan meja untuk menjamu selera hingga kadangkala memerlukan pelanggan untuk membungkus sahaja nasi kandar (terutama wanita) dan kekurangan pilihan minuman. Takde istilah teh ais, teh o’ ais limau dan sebagainya disini ya. Hanya air sirap dan air oren ditawarkan. Mungkin disebabkan Fareed ini memfokuskan kepada juadah makanan sahaja dan bukan minuman. No wonder hidangannya sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge