Home / Foods / Nasi Kandar Kampung Melayu : Famous dari Pulau Pinang

Nasi Kandar Kampung Melayu : Famous dari Pulau Pinang

Bagi yang mencari nasi kandar terbaik dan sedap di Penang, jangan lupa singgah di Nasi Kandar Kampung Melayu di Air Itam. Nasi Kandar Kg Melayu memang famous dan sudah tidak asing lagi dengan penduduk tempatan di Pulau Pinang. Selain menikmati nasi kandar anda juga boleh menikmati roti canai disini.

Untuk sampai ke sini mungkin agak sedikit mengelirukan sekiranya anda tidak biasa dengan Kampung Melayu di Air Itam. Restoran nasi kandar ini terletak di unit corner kedai di tingkat bawah Flat Kg Melayu. Sekiranya dari Georgetown, anda boleh memandu terus ke arah Bukit Bendera sehingga sampai ke simpang empat yang terletak lebih kurang 900 meter dari pasar. Di simpang empat itu anda boleh belok ke kiri dan memandu terus sehingga anda nampak 2 blok Flat Kampung Melayu di sebelah kanan anda. Antara landmark yang anda akan nampak sepanjang perjalanan dari simpang empat ke flat adalah sebuah sekolah kebangsaan di sebelah kiri anda. Sampai disitu anda boleh meletakkan kenderaan di tempat parking rumah flat dan berjalan ke arah flat tersebut.

Sampai sahaja di restoran tersebut anda boleh melihat ramai orang sudah mula beratur bagi mendapatkan nasi kandar. Jam menunjukkan pukul 9 pagi tetapi setiap meja di dalam kedai sudah hampir penuh diisi oleh pengunjung yang datang untuk menikmati nasi kandar.

Nasi Kandar Kg Melayu

Apa yang menariknya tentang nasi kandar di sini adalah kombinasi kuah campurnya yang amat kaw kaw.

Nasi Kandar Kg Melayu Lauk Ayam Sotong Sedap

Kombinasi kuah campur, ayam goreng berempah dengan sotong ini nyata tidak menghampakan. Tidak rugi bangun pagi semata-mata untuk mencuba nasi kandar Kg Melayu. Untuk set ini harganya cuma RM8.50. Not bad untuk sepinggan nasi kandar yang power.

Nasi Kandar Kg Melayu Famous

Set nasi kandar dengan ayam kari serta telur dadar ini cuma berharga RM6.50. Rasa karinya memang kaw dan memang mengangkat deria rasa di pagi-pagi hari. Rasa rempahnya sangat menyelerakan dan membuatkan anda lentok sebentar dengan keenakan rasa karinya.

Disini anda akan mempunyai banyak pilihan makanan untuk dipilih dari sotong hinggalah ke ayam. Dan selebihnya biarkan pekerja disana untuk meletakkan campuran kuah campur yang semestinya akan mempesonakan deria rasa anda. Sekiranya anda tidak tahan pedas, anda boleh meminta supaya dikurangkan sedikit kuah campurnya.

Lauk Nasi Kandar Sedap Penang

Restoran Nasi Kandar Kg Melayu dibuka dari pukul 6 pagi hingga 1 petang dan akan ditutup pada waktu tengahari. Kedai ini akan dibuka semula untuk operasi dari pukul 5.30 petang hingga 11 malam. Pada hari Isnin kedai ini akan ditutup pada sebelah petang.

Sekiranya anda ingin ke sana, anda boleh menggunakan koordinat GPS di bawah untuk membantu anda sampai ke sana.


Nasi Kandar Kampung Melayu
Jalan Pisang Tanduk
Kampung Melayu,
Air Itam, Pulau Pinang

Koordinat GPS: U 5.400181 T 100.284323

Bagi yang mencari nasi kandar terbaik dan sedap di Penang, jangan lupa singgah di Nasi Kandar Kampung Melayu di Air Itam. Nasi Kandar Kg Melayu memang famous dan sudah tidak asing lagi dengan penduduk tempatan di Pulau Pinang. Selain menikmati nasi kandar anda juga boleh menikmati roti canai disini. Untuk sampai ke sini mungkin agak …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Summary : Nasi Kandar Kampung Melayu memang tidak menghampakan. Definitely akan datang semula ke sana untuk menikmati nasi kandar.

User Rating: 4.9 ( 1 votes)
84

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge