Home / Foods / Nasi Kandar Sedap : Raihan Nasi Kandar Pulau Pinang

Nasi Kandar Sedap : Raihan Nasi Kandar Pulau Pinang

Sesiapa yang bekerja di area Glenmarie Shah Alam pasti pernah makan di Restoran Nasi Kandar Raihan. Nasi kandar sini memang yang paling sedap di Glenmarie dan kalau waktu lunch memang beratur panjang.

Selain dipanggil Nasi Kandar Raihan, ada juga orang yang menggelarnya nasi ganja. Tetapi kini restoran Raihan sudah tidak beroperasi lagi di Glenmarie.

Baru-baru ini saya ke Puncak Alam untuk melihat projek perumahan Hillpark di sales gallery MKH disini dan secara tidak sengaja telah ternampak Restoran Nasi Kandar disini. Saya tidak pasti adakah ini restoran yang sama seperti di Glenmarie. Tetapi kalau dilihat pada taglinenya pada signage restoran nampak macam sama.

Memandangkan saya dah pon sampai ke Puncak Alam, apa kata saya cuba nasi kandar disini. Baru boleh tahu sama atau tidak dengan nasi kandar di Glenmarie.

Raihan Nasi Kandar

Nasi kandar disini dengan ayam goreng memang biasanya akan datang dengan serbuk rangup yang digoreng bersama ayam. Serbuk rangup ni lah yang membuatkan ayam gorengnya lebih sedap.

Nasi Kandar Raihan Sedap

Cumanya nasi kandar yang sama makan kali ini rasa macam kurang power kuah karinya. Macam tak cukup kaw. Tetapi ayam goreng dia masih sedap.

Nasi Kandar Sedap Selangor Raihan

Servis disini memang cepat sebab saya makan bukan waktu lunch. Orang pon tak berapa ramai dalam restoran waktu saya makan. Saya rasa waktu weekdays masa makan tengahari mungkin pelanggannya lebih ramai kerana restoran ini terletak berhampiran dengan kawasan industri ringan di Alam Jaya.

Dari segi rasanya mungkin nasi kandarnya dah tak kaw macam dulu tetapi masih sedap kalau nak dibandingkan dengan restoran mamak lain yang terdapat di sini. Kalau kuahnya masih kaw pasti nasi kandarnya akan lebih sedap.

Bagi yang ingin ke sini anda hanya perlu mencari pasaraya Econsave di pusat perdagangan Alam Jaya. Restoran Nasi Kandar Raihan terletak di corner lot deretan kedai pejabat yang terletak bersebelahan dengan pasaraya Econsave.


Restoran Raihan Nasi Kandar
Jalan PPAJ 2,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor

Koordinat GPS: U 3.240357 T 101.448564

Sesiapa yang bekerja di area Glenmarie Shah Alam pasti pernah makan di Restoran Nasi Kandar Raihan. Nasi kandar sini memang yang paling sedap di Glenmarie dan kalau waktu lunch memang beratur panjang. Selain dipanggil Nasi Kandar Raihan, ada juga orang yang menggelarnya nasi ganja. Tetapi kini restoran Raihan sudah tidak beroperasi lagi di Glenmarie. Baru-baru …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Rasanya ok. Lebih sedap dari ordinary kedai mamak yang jual nasi kandar di Lembah Klang.

User Rating: 2.7 ( 1 votes)
58

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. Original Raihan nasi kandar had opened at Bukit Puchong, really great and original splendid taste asli pulau pinang at Puchong.
    Abdul Rahman recently posted..Buffet Ramadhan 2014

  2. Assalamualaikum wbt…untuk pengetahuan saudara Nasi Kandar Raihan Glenmarie masih beroperasi spt biasa di alamat No 37 Jalan Pengeluaran U1/78 Taman Perindustrian Batu 3 40150 Glenmarie Shah Alam..kami telah berpindah ke sini 4 tahun yg lepas..untuk pengetahuan saudara juga Nasi Kandar Raihan Puncak Alam itu bukanlah cawangan kami…kami dlm proses mengambil tindakan undang2 terhadap cawangan tersebut ini kerana mereka mengunakn nama syarikat kami tnp kebenaran malah telah menjejaskn nama baik n kualiti makanan kami…sila bertandang ke Restoran Nasi Kandar Raihan Glenmarie untuk Nasi Kandar Asli Pulau Pinang..sekiranya ada apa pertanyaan bole hubungi-0176982786(En Raihan)..Kami juga telah membuka cawangan baru di Puchong yg beralamat di No 1 Jalan BP 6/7,New Town Bandar Bukit Puchong..sekian terima kasih

    • thank you tuan atas penjelasan yang padat. saya dah pon try di glenmarie last week and memang rasanya lazat dan tidak mengecewakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge