Home / Foods / Nasi Kukus Ayam Dara Sedap Taman Melati Kuala Lumpur

Nasi Kukus Ayam Dara Sedap Taman Melati Kuala Lumpur

Di Kuala Lumpur ada banyak gerai atau restoran yang menjual nasi kukus ayam dara sedap. Nasi kukus ayam goreng berempah memang sedap kalau kena dengan kuahnya dan disajikan dengan ayam goreng berempah yang besar. Kali ini saya ingin kongsikan satu gerai yang menjual nasi kukus ayam dara di Kuala Lumpur. Pada pandangan peribadi saya, gerai ini merupakan salah satu gerai yang menjual antara nasi kukus ayam goreng berempah terbaik di KL dan Selangor.

Nasi kukus ini dijual di sebuah gerai tepi jalan berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati KL, lebih kurang 200m. Kalau berjalan kaki dari stesen LRT dalam 5 minit boleh sampai ke gerai ini. Nak mencari gerai ini pon tidak susah sebab ianya terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan flat Sri Langkawi di Taman Melati.

Nasi kukus ayam dara

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah ini nampak macam biasa je tapi apabila dihidangkan dengan kuah gulainya yang kaw dan sambal belacannya, memang best. Apa yang saya suka dengan nasi kukus ayam goreng berempah disini ialah ianya dihidangkan dengan ikan masin sekali.

Ikan Masin

Bila ayam gorengnya dihidangkan dengan serdak memang lagi menyelerakan. Ditambah pulak dengan daun karinya, makin harum baunya.

Lauk Nasi Kukus Ayam

Makanan Nasi Kukus Ayam Dara Sedap Melati

Nasi kukus ayam dara disini dihidangkan secara bungkus yang diletakkan didalam pembalut dengan daun pisang. Kuah gulainya yang pekat memang kaw dan menyelerakan apabila dimakan bersama ayam goreng berempahnya. Sebungkus nasi kukus ayam dara ini berharga RM6.

Nasi Kukus Ayam Dara Sedap KL

Kalau datang pada masa bukan peak hour servisnya memang cepat. Tapi kalau datang masa peak hour, kenalah beratur sikit. Gerai ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 3 pagi.


Gerai Nasi Kukus Ayam Dara @ Taman Melati KL
Jalan Madrasah,
Taman Melati Kuala Lumpur

Koordinat GPS: U 3.219659 T 101.720552

Di Kuala Lumpur ada banyak gerai atau restoran yang menjual nasi kukus ayam dara sedap. Nasi kukus ayam goreng berempah memang sedap kalau kena dengan kuahnya dan disajikan dengan ayam goreng berempah yang besar. Kali ini saya ingin kongsikan satu gerai yang menjual nasi kukus ayam dara di Kuala Lumpur. Pada pandangan peribadi saya, gerai …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Kuahnya pekat dan sedap. Saiz ayamnya pon ok. Siap ada ikan masin lagi.

User Rating: 3.87 ( 3 votes)
70

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge