Home / Foods / Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru : The Best From KL

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru : The Best From KL

Sebut sahaja Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru pasti ramai yang dah tahu tentang kesedapannya. Sesiapa yang inginkan nasi lemak yang best di Kuala Lumpur bolehlah singgah ke gerainya yang terletak di Kampung Baru. Warung ini terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur dan yang bestnya anda boleh menikmati nasi lemak sambil melihat KLCC dari sini.

Warung ini memang sudah tidak asing lagi dengan warga KL dan telah menarik minat ramai pelanggan dari serata dunia. Sampaikan pakcik saya dari Johor pon sanggup singgah di Nasi Lemak Antarabangsa kalau dia sampai ke Kuala Lumpur. Begitulah hebatnya penangan nasi lemak disini. Dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga ke 12 tengahari gerai ini sentiasa mendapat perhatian oleh warga kota terutamanya bagi yang suka makan lewat malam.

Sampai sahaja di sini anda boleh melihat satu papan hitam yang menunjukkan pengunjung vip dan dari serata dunia yang telah sampai ke sini dari tahun 1995.

Nasi Lemak Best Famous KL

Sebenarnya agak lama juga kami sudah tidak ke sini tetapi memandangkan kebetulan pada hari tersebut kami berada berhampiran dengan Kampung Baru kami pon singgah kesini. Nasib kami agak baik kerana kedai baru dibuka dan orang pon masih belum ramai lagi. Line beratur pon tak berapa panjang jadi cepatlah juga kami dapat makanan.

Seterusnya jom kita lihat lauk apa yang terdapat di sini.

Ayam Goreng Nasi Lemak Antarabangsa

Selain ayam goreng, anda mempunyai pelbagai pilihan lauk seperti ayam rendang, kerang, daging, sotong, paru, begedil, hati ayam dan telur goreng.

Selain itu servis disini juga cepat kerana anda hanya perlu beratur dan memilih lauk yang anda mahu.

Nasi Lemak Best KL

Kami telah memilih nasi lemak dengan ayam rendang, nasi lemak dengan kerang serta nasi lemak ayam goreng.

Nasi Lemak Ayam Rendang Antarabangsa

Nasi Lemak Kerang Antarabangsa

Jumlah harga hidangan termasuk dengan air untuk tiga orang adalah RM22.60. Pada pendapat kami harganya adalah berpatutan.

Semakin lama kami berada disana kami dapat melihat semakin ramai pengunjung mula sampai ke sini sama ada untuk bungkus atau makan disini.

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Tetapi harus diingatkan bahawa untuk mencari tempat letak kenderaan di sini adalah agak sukar memandangkan disini adalah Kampung Baru. Anda memerlukan sedikit kesabaran untuk mencari petak parking atau anda boleh meletak kenderaan di beberapa tempat operator letak kenderaan dengan sedikit bayaran. Ruang makan disini juga tidak terlalu besar dan sekiranya anda ingin makan disitu di waktu puncak mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan meja. Sebab itu saya lebih suka untuk bungkus sekiranya di waktu puncak.

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru KL

Bagi yang berhajat untuk ke Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, ianya terletak di Kampung Baru dan adalah lebih mudah jika anda menggunakan Jalan Raja Abdullah dan kemudian masuk ke Jalan Raja Muda Musa. Sekiranya anda datang dari Jalan Raja Abdullah, gerai ini akan berada di sebelah kiri anda di Jalan Raja Muda Musa. Untuk memudahkan anda untuk sampai kesini anda boleh merujuk map Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru di bawah.

Map Nasi Lemak Antarabangsa

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru
Jalan Raja Muda Musa
Kampung Baru
50300, Kuala Lumpur,

Koordinat GPS: U 3.162382 T 101.704103

Sebut sahaja Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru pasti ramai yang dah tahu tentang kesedapannya. Sesiapa yang inginkan nasi lemak yang best di Kuala Lumpur bolehlah singgah ke gerainya yang terletak di Kampung Baru. Warung ini terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur dan yang bestnya anda boleh menikmati nasi lemak sambil melihat KLCC dari sini. …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Jom pergi sekarang

Summary : Ternyata tidak menghampakan. Recommended untuk mencuba nasi lemak disini.

User Rating: 2.73 ( 6 votes)
76

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

2 comments

  1. Entri kali ni nak cerita tentang nasi lemak antarabangsa Kg. Baru.Laparnya perut ni,sebab tulah tiba-tiba nak cerita tentang nasi lemak yang paling popular kat KL ni.Perut masih belum diisi,patutlah asyik berbunyi-bunyi sejak petang tadi.Nasi lemak antarabangsa Kg. Baru ini mendapat namanya kerana seorang juruterbang Malaysia Airlines yang sering kali membeli nasi lemak di sini untuk dibungkus sebelum dibawa bersama ketika dalam pernerbangan ke luar negara.Daripada situlah nasi lemak ini mendapat gelaran nasi lemak ‘antarabangsa’. Perniagaan nasi lemak antarabangsa ini diasaskan oleh Puan Normi Tandoh kira-kira 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1973. Dah dua kali aku mencuba nasi lemak ni.Pertama kali di warung asal nasi lemak antarabangsa yang terletak di Kg.Baru dan kali kedua juga ditempat yang sama.Aku terpaksa beratur kira-kira 5-10 minit untuk menunggu giliran sebelum dapat membuat pesanan.Bagi nasi lemak biasa,harganya ialah RM2.95 dan harga akan meningkat mengikut jenis lauk-pauk yang ditambah.Antaranya seperti ayam masak merah,rendang daging,sambal sotong,telur goreng,begedil dan macam-macam lagi. Bagaimana pula dengan rasanya?Hmm..bagi aku biasa sahaja,tapi boleh lah sekadar nak mencuba.Nanti kalau orang tanya,boleh lah jawab,dah penah makan dah.haha.

  2. to be honest bro … nasik lemak kawasan setinggan yg murah lagi sedap bebb … 20 hengget yg aku byr ni bole dpt 5 bungkus 10x ganda sedap … its not worth a single cent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge