Home / Foods / Nasi Lemak Royale Original Dari Kedah

Nasi Lemak Royale Original Dari Kedah

Siapa yang tidak kenal Nasi Lemak Royale? Nama nasi lemak royale sememangnya sangatlah famous di Kedah disebabkan oleh makanannya yang sedap dan menyelerakan. Dalam percutian kami ke Kedah, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba Nasi Lemak Royale yang asli di Kedah.

Kunjungan kali ini telah membawa kami ke cawangan Nasi Lemak Royale di Pantai Johor yang terletak berhampiran dengan Istana Anak Bukit. Kedudukan gerai ini yang terletak bersebelahan dengan jalan utama membuatkan gerai ini mudah untuk dicari. Sekiranya anda datang dari arah Alor Setar, anda hanya perlu menggunakan Jalan Anak Bukit dan sampai sahaja ke persimpangan tiga di Pantai Johor anda perlu terus memandu melepasi lampu isyarat dan lebih kurang 60 meter selepas lampu isyarat tersebut akan terdapat sebuah gerai di sebelah kiri anda dan disitulah terletaknya gerai Nasi Lemak Royale. Kawasan letak keretanya juga luas dan memudahkan anda untuk meletakkan kereta anda.

Jalan ke Nasi Lemak Royale

Nasi Lemak Royale Alor Setar

Setibanya kami disana, gerai masih belum sesak lagi dengan pengunjung. Walaupon namanya adalah nasi lemak royale, tetapi anda sebenarnya tidak akan dihidangkan dengan makanan nasi lemak. Nasi yang disediakan adalah lebih mirip kepada nasi minyak dengan warna nasinya yang kekuningan.

Periuk Nasi Lemak Royale

Disini terdapat pelbagai pilihan lauk yang anda boleh pilih dari ayam goreng, ayam madu, burung puyuh, sotong, ikan dan juga telur masin.

Ayam Goreng Nasi Lemak Royale

Seperti kebiasaannya dengan nasi kandar, nasi lemak royale juga boleh dihidangkan dengan kuah campur. Selepas memilih lauk kami, beginilah hasil pilihan kami.

Nasi Lemak Royale Ayam Goreng

Nasi lemak royale dengan ayam madu serta sotong.

Nasi Lemak Royale Sotong

Disini anda boleh mendapatkan sepinggan nasi lemak royale dengan ayam goreng pada harga RM4.20 dan sekiranya anda inginkan nasi lemak royale + ayam goreng + sayur harga untuk sepinggan hanyalah RM5.00.

Sambil kami menikmati hidangan kami, dapat dilihat semakin ramai pekerja yang baru pulang dari pejabat mula membanjiri gerai ini. Kebanyakan daripada mereka lebih gemar untuk membungkus makanan untuk dibawa pulang. Tidak banyak kedai makanan yang anda boleh lihat situasi di mana pengunjungnya menikmati hidangan nasi yang berat pada pukul 5.30 petang.

Beratur di Nasi Lemak Royale

Kesimpulannya, sekiranya anda datang ke Kedah pastikan anda tidak lupa untuk singgah ke Nasi Lemak Royale. Anda pasti tidak akan hampa dengan kesedapan makanan disini. Layanan dari pekerjanya juga cepat. Cawangan di Pantai Johor ini dibuka setiap hari daripada pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.


Nasi Lemak Royale Cawangan Pantai Johor
Jalan Anak Bukit
Alor Setar, Kedah

Koordinat GPS: U 6.170067 T 100.368063

Siapa yang tidak kenal Nasi Lemak Royale? Nama nasi lemak royale sememangnya sangatlah famous di Kedah disebabkan oleh makanannya yang sedap dan menyelerakan. Dalam percutian kami ke Kedah, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba Nasi Lemak Royale yang asli di Kedah. Kunjungan kali ini telah membawa kami ke cawangan Nasi Lemak Royale di Pantai Johor …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Sedap

Summary : Nasi lemak royale ternyata tidak menghampakan dan bukan sekadar gah pada nama. Kami pasti akan kembali semula ke sini untuk menikmati nasi lemak royale.

User Rating: 4.73 ( 2 votes)
78

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

5 comments

  1. Blogwalking and good night friends 😀

  2. Woooowww Lemaknyeuuuuu.. Mantap.. Bikin saya nak makan.. ^_^

  3. puas hati makan dkat nasi lemak royale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge