Home / Holiday / Cameron Highlands / Natasya Resort Cameron Highlands Review

Natasya Resort Cameron Highlands Review

Bagi yang sedang mencari hotel atau apartment untuk percutian anda di Cameron Highlands, mungkin anda boleh memilih untuk menginap di Natasya Resort Cameron Highlands. Natasya Resort Cameron Highlands merupakan sebuah apartment 1 bilik yang terletak di Kea Farm Cameron Highlands. Apartment ini sebenarnya terletak di lokasi yang sama dengan Hotel Equatorial. Jangan terkejut kalau anda dapati ada sebahagian apartment ini dimiliki oleh Hotel Equatorial dan sebahagian lagi di miliki Natasya Resort.

Reception area Natasya Resort terletak di sebelah kiri setelah anda melalui pintu masuk ke Hotel Equatorial. Check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan anda akan dibawa ke unit apartment oleh staf resort. Kebanyakan unit yang dimiliki oleh Natasya Resort adalah unit di tingkat bawah manakala unit di sebelah atas dimiliki Hotel Equatorial Cameron Highlands.

Suasana persekitaran di Natasya Resort memang cantik dengan rekabentuk bangunan yang bercirikan English. Semua apartment di sini adalah low rise dan tidak melebihi 5 tingkat. Kemudahan tempat letak kereta disediakan percuma dan adalah mudah untuk mencari tempat letak kenderaan kerana anda boleh meletak kenderaan di hadapan unit apartment.

Apartment di Natasya Resort menyediakan kemudahan sofa bed dan TV LCD yang dilengkapkan dengan beberapa channel Astro. Apartment ini sesuai untuk 3 orang dewasa kerana sofa bed ini boleh digunakan sebagai tempat tidur. Selain itu apartment ini mempunyai akses WIFI percuma. Walau bagaimanapun akses internet menggunakan WIFI tersebut sangat perlahan dan membuatkan anda putus asa untuk menunggu website untuk load.

Apartment ini turut mempunyai dapur yang dilengkapkan dengan peti sejuk dan microwave.

Bilik tidur di Natasya Resort dilengkapkan dengan 2 katil single.

Natasya Resort turut mempunyai balkoni yang dilengkapkan dengan kerusi rehat. Balkoninya sangat luas dan mempunyai pemandangan hijau yang cantik berlatar belakangkan kebun sayur. Walau bagaimanapun bau dari kebun bersebelahan Natasya Resort agak kuat dan mungkin tidak digemari oleh sesetengah orang. Kalau anda tidak boleh tahan bau dari kebun tersebut, disarankan anda untuk sentiasa menutup pintu sliding di balkoni.

Dari segi lokasi, ianya terletak di Kea Farm yang dikelilingi dengan kebun sayur, strawberi dan pasar yang menjual sayur dan buah-buahan segar. Selain itu, Natasya Resort juga terletak tidak jauh dari Ladang Teh BOH Sungai Palas (Sungai Palas Tea Plantation) yang menjadi lokasi penggambaran filem Ombak Rindu.  Jaraknya dari Brinchang pula adalah lebih kurang 4 km. Walaupun terletak tidak jauh dari Brinchang yang mempunyai banyak kedai makan, adalah menjadi satu cabaran untuk memandu ketika musim cuti sekolah kerana jalan akan menjadi terlalu sesak dengan kebanjiran kenderaan di Cameron Highlands.

Harga semalam untuk apartment di Natasya Resort Cameron Highlands adalah RM169 nett (hari biasa) dan RM229 nett (hujung minggu). Harga ini hanyalah untuk bilik sahaja sebab Natasya Resort tidak menyediakan sarapan. Selain itu, harga ini cuma sah bagi musim bukan cuti sekolah. Harga bagi musim cuti sekolah adalah lebih mahal dari harga bukan peak season. Kalau anda ingin tahu harga bagi musim cuti sekolah anda bolehlah menhubungi resort di nombor yang tertera di bawah.

Nasihat saya sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Cameron Highlands, anda digalakkan untuk membuat tempahan bilik hotel sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan bilik.

 
Natasya Resort Cameron Highlands
Lot 6, Entertainment Complex,
Kea Farm,
39100 Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.

Tel : 605 496 1030

Koordinat GPS: U 4.505340 T 101.407352

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge