Home / Foods / Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : Makanan Western Murah dan Sedap

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : Makanan Western Murah dan Sedap

Bagi yang mencari makanan western yang murah dan sedap di KL, anda boleh cuba grilled lamb steak special yang terdapat di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak. Restoran ini telah direkomen oleh rakan lain yang pernah ke sini dan saya pon membuat keputusan untuk mencubanya sendiri. Restoran ini terletak di Rawang dan perjalanan dari Kuala Lumpur mungkin akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sekiranya jalan tidak sesak.

Mencari restoran ini buat pertama kali mungkin akan sukar sedikit kerana kurangnya landmark untuk membantu anda mengenal pasti lokasi kedai Pak Ngah. Walaubagaimanapon, sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur menggunakan Jalan Kuching, anda akan melalui beberapa kawasan seperti Selayang, Templer Park dan pekan Rawang. Setibanya anda di Rawang, anda akan dapat melihat sebuah Tesco baru di sebelah kiri anda dan terdapat sebuah pusingan U lebih kurang 1.4km daripada Tesco. Anda perlu membuat pusingan U dan anda boleh menghimpit kiri kerana kedai tersebut terletak di sebelah kiri jalan lebih kurang 200 meter dari pusingan U tersebut.

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Apa yang istimewanya disini ialah Lamb Steak Special. Bagi yang tidak makan kambing, disini juga terdapat pilihan ayam panggang istimewa. Memandangkan kami datang dari jauh, kenalah cuba signature dish disini iaitu Lamb Steak Special. Harga untuk sepinggan lamb steak special ialah RM18. Bagi saya harganya adalah berpatutan untuk standard KL.

Lamb steak special sedap Pak Ngah Hilmi

Lamb steak special ini didatangkan sekali dengan kentang goreng, potato wedges, coleslaw, salad dan buah oren.

Lamb Steak Grilled Halal

Tidak dilupakan jus tembikai (RM2.50) sebagai pelengkap hidangan dinner kali ini.

Jus tembikai sedap

Apakah pendapat kami tentang makanan disini? Rasa lamb steak special disini boleh tahan sedap dan pada pendapat kami ianya disebabkan oleh sos black pepper yang digunakan disini. Rasa sosnya membuatkan anda berselera dan daging kambingnya juga dipanggang dengan baik. Hasilnya daging kambing yang dihidangkan tidak hangus dan juga tidak diberikan kepada kami dalam keadaan yang belum masak. Jus tembikainya juga ok. Servis dan hiasan dalaman disini pula adalah biasa sahaja.

Bagi kami, sekiranya anda inginkan makanan western yang dijual pada harga berpatutan dan rasanya sedap bolehlah datang ke sini untuk mencubanya. Cuma jangan harapkan restoran yang fancy kerana restoran ini terletak di tepi jalan berdekatan dengan banyak bengkel di kawasan Rawang.

Pak Ngah Hilmi Lamb Grilled Steak dibuka setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12 malam dan ditutup pada hari Isnin.

Untuk panduan anda ke sini anda boleh merujuk map di bawah atau telefon nombor ini 0129332709/0192284344 untuk panduan arah jalan.

Map Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri menarik lain mengenai tempat makan best yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.


Pak Ngah Hilmi Lamb Grilled Steak
Jalan Lama Rawang,
Rawang, Selangor

Koordinat GPS: U 3.306619 T 101.589158

Bagi yang mencari makanan western yang murah dan sedap di KL, anda boleh cuba grilled lamb steak special yang terdapat di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak. Restoran ini telah direkomen oleh rakan lain yang pernah ke sini dan saya pon membuat keputusan untuk mencubanya sendiri. Restoran ini terletak di Rawang dan perjalanan dari Kuala …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh tahan

Summary : Harganya berpatutan dan rasanya juga boleh tahan sedap

User Rating: 2.86 ( 5 votes)
72

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

2 comments

  1. Aduhh baru nak try pegi.. skali rawang daaa..anyway tq for sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge