Home / Lifestyle / Weddings / Pakej Dewan Perkahwinan di Dewan Prima LJT

Pakej Dewan Perkahwinan di Dewan Prima LJT

Hujung tahun nanti ramai cousin saya yang akan kahwin dan saya pon teringatlah kembali zaman-zaman bujang dulu. Bila nak plan wedding ni, macam2 info nak cari contohnya pasal dewan lah, sewa khemah lah, katerer lah, mak andam lah, fotografi lah dan macam2 lagi. Yelah benda ni buat sekali seumur hidup, dah tentulah nak yang terbaik kan. Kalau pilih supplier yang salah, nanti nyesal tak sudah.

Kali ni saya nak cerita skit pasal Dewan Prima LJT di Taman Melawati. My parents pernah dapat 2-3 undangan majlis kahwin kat sana. Kalau ikut experience my parents, dewannya memang grand dan nampak baru. Makanannya pon boleh tahan.

Dewan Prima LJT ni mempunyai keluasan 9,415 kaki persegi lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti hamparan permaidani, sistem audio, pentas utama, bilik persalinan, bilik kawalan, surau, tandas dan ruang parkir berbumbung. Selain perkahwinan, Dewan Prima LJT ni boleh juga digunakan kalau nak buat function macam annual dinner company, product launching, fashion show dan konvokesyen. Bila dewan dah besar, macam2 event boleh buat.


Kalau tengok pada senarai majlis kahwin, hampir setiap weekend dari Oktober sampai ke Disember 2010 dah full ditempah untuk majlis kahwin. Kalau ada sape2 yang berminat tu kenalah tempah awal2. Kalau last minute memang melepas lah jawabnya. Saya kahwin dulu pon plan 6 bulan lebih awal sebab kalau time cuti sekolah memang susah nak cari dewan, katerer dan lain-lain.

Cakap pasal pakej perkahwinan yang ada disini, harganya bermula dari RM50.00 seorang untuk 500 pax, RM40.00 seorang untuk 600 pax, RM37.00 seorang untuk 800 pax dan RM33.00 seorang untuk 1000 pax dan ke atas. Harga pakej kahwin di dewan ni yang saya tulis kat atas ni untuk konsep buffet.

Kalau yang berhidang (dome style) pulak, harga dia lain skit dari buffet. Harga start dari RM65.00 untuk 400 pax dan RM58.00 untuk 500 dan 600 pax.

Biasanya bila dah amik pakej kahwin kat dewan yang grand ni, tak boleh nak amik katerer dari luar. Semuanya kena pakai katerer dewan tersebut. Kalau tak percaya, cubalah gi survey kat Dewan Perdana Felda dan Dewan Tabung Haji. Semuanya kena pakai in-house katerer, samalah jugak macam Dewan Prima LJT.

Kalau kena juga buat majlis kahwin kat dewan tapi nak cari katerer sendiri, boleh try survey dewan2 milik majlis perbandaran atau dewan bandaraya. Biasanya dewan2 ni cuma bayar sewa dewan je. Katerer boleh cari sendiri.

Nampak grand kan pelamin kat atas tu. Kalau yang nak kahwin grand tu, kenalah banyak menyimpan dari sekarang sebab sekarang kalau tak habis RM10k untuk kahwin memang tak sah. Banyak benda yang nak kena spend contohnya barang hantaran, kos andaman, kos fotografi, kos katerer, kos dewan atau khemah. Semuanya nak kena pakai duit.

Pada yang dah teruja tengok gambar2 kat sini dan nak melangsungkan hari terindah anda di Dewan Prima LJT, boleh lah menghubungi mereka di talian 03 4149 4440. Bagi yang tidak tahu dimana letaknya Dewan Prima LJT ni, dewan ni terletak betul2 sebelah tapak pasar malam Taman Melawati. Kalau ada sedara mara datang pon memang senang lah nak parking. Boleh parking kat tapak pasar malam sebab tapak pasar malam nya memang luas. Nak sampai ke Dewan Prima LJT ni, kena cari bangunan Wisma LJT dulu. Kat ground floor nya ada Sales Gallery Sime Darby Property.

Antara landmark lain yang berhampiran dengan dewan ni ialah Bangi Kopitiam. Kalau jumpa Bangi Kopitiam Taman Melawati ni, maksudnya dah dekat lah tu dengan dewan prima ni. Untuk pelan ke Dewan Prima LJT, boleh rujuk pelan kat bawah ni. Yang berwarna merah tu adalah lokasi Wisma LJT.

Sumber Harga dan Gambar : Dewan Prima LJT

 
Dewan Prima LJT
Lorong Perak,
Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati

53100, Kuala Lumpur
Tel: 603 4149 4440

Website: http://dewanprimaljt.com.my

Koordinat GPS: U 3.210908 T 101.749506

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

16 comments

  1. pergh..camnie byk gle duit kena simpan kalu nak kawen nie..miahahaha
    tiefazatie recently posted..KL Urbanite First Giveaway Contest

  2. memang best wat kat dewan..
    tetamu datang pun selesa :)
    tp kos mungkin agak tinggi :)

    • kos memang tinggi skit. sape2 yg tgh tight budget tapi nak buat kat dewan, boleh cuba usha dewan2 milik majlis perbandaran atau dewan bandaraya. selalunya murah skit compare dgn dewan macam ni. dewan ni dah kira macam standard hotel :)

  3. wah..leh ker nk kawen cra ni.me bkn artis..wawawa ala kdar jnji leh berkmpul sanak saudara n shbt andai pon dh alhmdulillah..hihi

  4. nk kua kn link sekali.xaci td xkua..jgn mrh bro..
    suzierahman recently posted..ON9 SPA

  5. Kalau buat di masjid @ di sekolah OK gak.
    CgMas recently posted..The Boys Favourite TV programme

  6. kalu kawen cm ni kna pinjm kt bnk n ank 10 pon xabs bayo g r..

  7. bajet nak kawen mesti ada ni!meriah btl kahwin.hehe

    • fuhh..bangga giler mlm ni dpt baca sume entry kat dot com nih.dr kul bape td dok tilik satu satu satu sampai la undur2 tgk first entry nih skeeue

  8. nampak glamer je kalu kawen kat dewan.hahah

  9. suker giler pelamin nya tu..klu lh dapat..omg! xsedo g ni
    suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  10. kena cari suami kaya la ni..hahaha..adoi la..xpe2..usaha tangga kejayaan..sekali seumur hidup..janji jgn hutang sana sini kan bang..=)
    tiefazatie recently posted..hadiah misteri utk ifa la!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge