Home / Holiday / PARKROYAL Penang Resort Hotel Review

PARKROYAL Penang Resort Hotel Review

PARKROYAL Penang Resort Hotel merupakan sebuah hotel mewah yang terletak di Batu Ferringhi Pulau Pinang. Sekiranya anda mencari resort tepi pantai bertaraf 5 bintang sebagai destinasi percutian anda, maka anda telah sampai ke tempat yang betul. Pengalaman kami selama tiga malam di PARKROYAL Penang memang tidak mengecewakan. Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan dari kolam renang, Koko-Nut Kids Club untuk anak-anak, gym, spa dan sukan air.

Sekiranya ini adalah kali pertama anda ke PARKROYAL Penang, anda perlu melalui jalan yang bengkang bengkok untuk sampai ke Batu Ferringhi. Setibanya anda di Batu Ferringhi anda akan menjumpai entrance ke hotel PARKROYAL di sebelah kanan anda.

Parkroyal Hotel Penang Entrance

Hotel PARKROYAL Penang Resort dari luar.

Drop Off Parkroyal Hotel Penang

Hotel PARKROYAL mempunyai ruang lobi yang besar yang turut menempatkan Javana Lounge. Disini anda boleh duduk secara santai sambil menikmati snek dan minuman dari lounge.

Lounge Parkroyal Penang Hotel Batu Ferringhi

Javana Lounge Parkroyal Penang Hotel

Di lobi hotel anda boleh berehat sambil menikmati udara segar dari pantai yang terletak bersebelahan hotel ini. Penggunaan konsep outdoor menyerlahkan lagi suasana ekslusif di lobi resort ini.

Lobby Parkroyal Hotel Penang

Bilik kami ini menghadap ke laut dan didatangkan dengan tilam yang empuk. Sepanjang 3 malam kami disini tidur kami memang nyenyak. Biliknya juga agak luas.

Parkroyal Hotel Rooms

Bilik ini turut dilengkapkan dengan tv LCD yang mempunyai channel Astro. Akses internet turut diberikan percuma. Sarapan di hotel PARKROYAL merupakan salah satu plus point resort ini. Sarapannya mempunyai banyak pilihan dan makanannya pon sedap.

Sekiranya anda datang bersama anak-anak, pastikan anda singgah di Kids Club. Di sana anak-anak anda dapat meluangkan masa untuk bermain dengan pelbagai jenis mainan di sana dan mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan di Kids Club.

LCD TV Parkroyal Hotel Penang

Kolam renang di sini juga sangat besar dan sesuai dengan status resortnya.

Swimming Pool Parkroyal Hotel Batu Ferringhi

Bagi yang ingin menghabiskan masa di tepi pantai, pantainya terletak bersebelahan dengan hotel. Banyak aktiviti sukan air boleh dilakukan di sana.

Pantai Batu Ferringhi Park Royal Hotel

Bagi yang ingin bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam, banyak kerusi rehat disediakan di resort.

Batu Ferringhi Beach Parkroyal Hotel Penang

Parkroyal Hotel Penang Outdoor

Yang paling menarik tentang resort ini adalah lokasinya yang terletak di kawasan yang strategik di Batu Ferringhi. Di sebelah malamnya anda boleh singgah ke pasar malam Batu Ferringhi yang terletak di hadapan hotel ini. Anda boleh membeli pelbagai jenis souvenir seperti t-shirt, baju, fridge magnet, key chain dan banyak lagi untuk dibawa pulang. Bagi yang ingin mencari makanan di luar resort, terdapat pelbagai jenis restoran berhampiran dengan resort seperti Eden Seafood Restaurant dan restoran yang menyajikan makanan arab.

Sekiranya anda ingin menikmati nasi kandar famous Pulau Pinang seperti nasi kandar Line Clear, nasi kandar Beratur dan restoran Kapitan anda perlu memandu ke Georgetown yang terletak lebih kurang 15km dari resort. Walau bagaimanapon perlu diingatkan kadang kala trafik mungkin akan menjadi sesak sedikit dengan kenderaan yang banyak.

Secara keseluruhannya kami berpendapat resort ini sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin dan ingin pergi honeymoon. Selain itu resort ini juga sesuai bagi yang berkeluarga dengan anak-anak kerana terdapat pelbagai aktiviti untuk semua orang. Walaupon harga resort ini mungkin sedikit mahal tetapi ia menawarkan value for money dengan pelbagai perkhidmatan bertaraf 5 bintang yang diberikan.


 
PARKROYAL Penang Resort
Batu Ferringhi Beach
11100 Penang, Malaysia

Telephone 604 881 1133

Koordinat GPS: U 5.472012 T 100.246319

 

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge