Home / News / Headlines / Pekelililing JPA Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Bagi Rasionalisasi Sistem Saraan Malaysia

Pekelililing JPA Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Bagi Rasionalisasi Sistem Saraan Malaysia

Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2016 mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam di bawah rasionalisasi skim perkhidmatan boleh dimuat turun di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 14 April 2016.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal melalui laman Facebook telah memaklumkan JPA telah menambah baik 252 skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia di bawah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Beliau telah menjelaskan bahawa rasionalisasi ini adalah bukan semakan ke atas Sistem Saraan sedia ada tetapi ianya adalah penambahbaikan. Satu sesi penerangan mengenai penambaikan 252 skim perkhidmatan ini akan dilakukan oleh JPA selepas pekeliling Bilangan 1 Tahun 2016 ini diumumkan. Pekeliling mengenai skim baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata antara penambahbaikan dalam skim tersebut adalah pemansuhan gred 17 dan 27 yang akan digantikan dengan gred yang lebih tinggi. Bagi yang terlibat dengan perubahan ini, akan menerima kenaikan tangga gaji pokok selaras dengan kenaikan gred di samping menerima laluan kerjaya berdasarkan tangga gaji maksimum yang baru.

Anda boleh follow laman facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam persekutuan.

Untuk maklumat lengkap Pekeliling tersebut berserta lampiran, maklum balas opsyen dan Senarai Kandungan Lampiran B3 (Klasifikasi Perkhidmatan) anda boleh layari Portal JPA di link ini.

Untuk memuat turun salinan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 dari Portal JPA, anda boleh muat turun di link di bawah.

pp012016

Anda juga boleh kongsikan di ruangan komen di bawah pandangan anda mengenai penambahbaikan ini.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge