Home / Properties / Pelancaran Rumah Prima Alam Damai

Pelancaran Rumah Prima Alam Damai

Projek terbaru PR1MA di Alam Damai telah dilancarkan dan pembeli boleh membuat pendaftaran rumah PR1MA secara online di laman web PR1MA. Di samping itu, kaunter pendaftaran PR1MA turut dibuka di Persiaran Bistari, Alam Damai, Cheras dari 9 hingga 10 Mac pukul 10 pagi hingga 6 petang.Perumahan mampu milik Prima Alam Damai mempunyai keluasan binaan dari 670 hingga 1055 kaki persegi. Permohonan yang memenuhi syarat kelayakan akan dipilih melalui satu sistem undi terbuka bagi menjanjikan satu proses pemilihan yang adil bagi yang berkelayakan.

Perumahan PR1MA Alam Damai menawarkan 8 blok apartmen dengan 2,078 unit rumah kediaman. Sebanyak 4 jenis layout yang ditawarkan untuk apartmen ini. Unit A1, A2 dan A3 menawarkan 3 bilik tidur manakala unit A4 adalah merupakan sebuah studio dengan 1 bilik tidur dan 1 bilik utiliti. Selain itu terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk penghuni apartmen ini. Antara kemudahan yang disediakan di PR1MA Alam Damai adalah seperti surau, dewan komuniti, tadika, pusat asuhan kanak-kanak, taman permainan dan taman rekreasi. Selain itu, Prima Alam Damai turut dilengkapkan dengan Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan gimnasium. Bagi mengeratkan hubungan kejiranan antara penduduk ‘skygarden’ turut disediakan di apartmen ini.

Projek PR1MA Alam Damai akan dibina di atas tanah seluas 6.07 hektar dan blok tertinggi untuk projek ini adalah setinggi 43 tingkat dan blok yang paling rendah adalah 20 tingkat. Tapak projek ini terletak di Persiaran Bestari dan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Apartmen ini akan mempunyai 3,500 petak letak kenderaan dan 2 peratus daripada tempat letak kenderaan akan diperuntukkan untuk golongan OKU. Setiap unit kediaman akan dilengkapkan dengan sambungan Astro dan juga kemudahan interkom. Bagi memastikan tahap keselamatan di PR1MA Alam Damai, lebih daripada 400 CCTV akan disediakan. 20 lif turut disediakan untuk keseluruhan projek ini bagi menjamin keselesaan penduduk. PR1MA Alam Damai dijangkakan akan siap dibina pada tahun 2016.

 
Syarat kelayakan bagi memohon rumah PR1MA adalah seperti berikut:
– Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
– Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
– Individu atau keluarga yang berpendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500.
– Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu rumah.
– Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri

 
Berdasarkan analisis kami, lokasinya yang strategik di Alam Damai dan berhampiran dengan stesen MRT yang akan siap pada tahun 2017 membuatkan perumahan PR1MA Alam Damai sesuai untuk didiami oleh keluarga atau individu bujang yang baru memulakan kerjaya. Lokasinya yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam akan mengurangkan kebergantungan individu pada kenderaan persendirian dan dapat mengurangkan kos perjalanan ke tempat kerja. Stesen MRT yang terdekat dengan Prima Alam Damai adalah di stesen Plaza Phoenix yang terletak lebih kurang 2.4 kilometer dari tapak projek.

 
Gambaran artis apartmen PR1MA Alam Damai yang diambil dari brochure PR1MA Alam Damai
Rendering Alam Damai PR1MA

Prima Alam Damai

 
Pelan lantai unit A1 942 kaki persegi (832 unit) – Sumber dari PR1MA
Pelan Lantai Unit A1 PR1MA Alam Damai

 
Pelan lantai unit A2 1,055 kaki persegi (292 unit) – Sumber dari PR1MA
Pelan Lantai Unit A2 PR1MA Alam Damai

 
Pelan lantai unit A3 1,002 kaki persegi (832 unit) – Sumber dari PR1MA
Pelan Lantai Tipikal Unit A3 PR1MA Alam Damai

 
Pelan lantai unit A4 670 kaki persegi (122 unit) – Sumber dari PR1MA
Pelan lantai unit A4 PR1MA Alam Damai

Harus diingatkan di sini bahawa perumahan PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik dalam tempoh 10 tahun melainkan dengan kebenaran PR1MA.

 
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa hari pelancaran Pr1ma Alam Damai.

Mock Up Model Prima Alam Damai
Mock-up model yang menunjukkan projek Pr1ma Alam Damai yang mengandungi 8 blok.
Model Alam Damai Prima

Type A1 – 942 kaki persegi
Type A1 Prima Alam Damai

Type A2 – 1,055 kaki persegi
Type A2 Pr1ma Alam Damai

Type A3 – 1,002 kaki persegi
Type A3 Model Prima

Type A4 – 670 kaki persegi
Type A4 Prima Alam Damai

Sekiranya anda masih mencari rumah pertama anda dan memenuhi syarat kelayakan, silalah mendaftar di www.pr1ma.my bagi mendapatkan rumah prima yang pertama di Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan hartanah di lokasi strategik di Kuala Lumpur.

Selain itu projek Pr1ma akan turut melibatkan beberapa lokasi strategik di Kuala Lumpur seperti di Bukit Jalil, Putra Heights, Sungai Besi, Brickfields, Jelatek, Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Batu Muda, Glenmarie, Cheras, Hulu Langat, Bukit Raja dan Ampang. Keseluruhan projek ini akan menawarkan lebih kurang 50,000 unit perumahan mampu milik untuk warga di Lembah Klang.

Nantikan entry kami seterusnya untuk maklumat mengenai projek Pr1ma yang akan datang. Like facebook page KL Urbanite untuk tidak ketinggalan mengetahui pengumuman terkini pelancaran rumah PR1MA lain di Kuala Lumpur.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

4 comments

  1. Nurul faridah binti Maliki

    Saya ingin mendaftar untuk rumah pr1ma ni,,tolong beri peluang kepada saya.

  2. mcm mana nk apply rumah ni ? Dan saya dah register under prima

    tolong feedback

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge