Home / News / Happenings / Pembentangan Bajet 2011 – Apa Harapan Anda?

Pembentangan Bajet 2011 – Apa Harapan Anda?

Pembentangan bajet atau belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010 nanti pastinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah insentif yang akan diperkenalkan nanti dalam bajet 2011 kali nie. Tumpuan rakyat Malaysia sudah pasti pada insentif menarik yang akan dilaksanakan dalam Bajet 2011 untuk merancakkan ekonomi negara bagi membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Kalau ditanya pada kakitangan kerajaan, pengumuman yang paling dinanti-nantikan dalam pembentangan belanjawan 2011 dah tentulah pengumuman bonus untuk kakitangan kerajaan. Khabarnya Cuepecs telah pon memohon 2 bulan bonus untuk penjawat awam tapi adakah tuntutan nie dapat dipenuhi masih penuh dengan teka-teki. Nasihat saya janganlah terlalu berharap dan sekiranya bonus tersebut diumumkan dalam bajet 2011 nanti anggaplah sebagai satu surprise. Kalau tak nanti kempunan pulak.

Kalau bonus selalu menjadi topik hangat bila belanjawan akan dibentangkan, sektor swasta pastinya mengharapkan insentif daripada kerajaan terutamanya dalam pengurangan cukai korporat dan insentif yang akan dapat menggalakkan pengguna berbelanja. Kalau dilihat dari temubual di TV3 tadi, kebanyakan major player dalam industri automatif mengharapkan insentif dari kerajaan terutamanya dari segi pengurangan kadar faedah bagi membeli kenderaan dan juga insentif bagi menggalakkan penghasilan kereta jenis hybrid yang lebih mesra alam.

Bagi yang tinggal di bandar-bandar besar contohnya Kuala Lumpur dah tentunya mengharapkan sesuatu dalam Bajet 2011 nanti untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Kalau kita tengok pada masalah traffic jam di Kuala Lumpur ni memang tak ada penghujungnya. Kalau sebelum nie ada diumumkan peruntukan dalam bajet untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dari segi infrastrukturnya, kali nie diharap ada sesuatu yang menggembirakan dalam bajet 2011 terutamanya bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti LRT atau bas.

Bagi pelajar pula dah pastinya mengharapkan peruntukan dari kerajaan bagi meringankan beban pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA. Kalau sebelum ni ada insentif untuk membeli netbook bagi pelajar universiti, apakah insentif yang akan diperkenalkan dalam bajet 2011 kali nie untuk pelajar ?

Sektor pelancongan pon rasanya mungkin akan mendapat sedikit insentif kerana seperti yang kita tahu Malaysia merupakan negara ke-9 paling tinggi di dunia dari segi kemasukan pelancong. Dan dah pastinya sektor pelancongan akan dilihat sebagai salah satu sumber utama pendapatan negara. Samada ada insentif untuk sektor pelancongan ada atau tidak, kena tunggu bajet 2011 lah yer.

Pendek kata semua lapisan masyarakat di Malaysia dari orang yang berkerja di sektor swasta atau kerajaan, pesara, golongan orang kurang upaya, pelajar, warga emas, ibu tunggal dan banyak lagi akan menantikan perkhabaran gembira dalam Bajet 2011 nanti. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, diharap bajet 2011 kali nie akan dapat memperbaiki taraf hidup kita dan memacu kita menjadi negara berpendapatan tinggi.

Ada satu perkara yang amat membimbangkan saya pada masa ni adalah harga rumah yang dilihat semakin tak masuk akal. Bayangkan rumah teres superlink di kawasan Kuala Lumpur boleh mencecah hingga RM500,000 disebabkan oleh spekulasi yang melampau. Kalau perkara ni tak dibendung, rasanya mungkin ramai genuine buyer tidak mampu untuk membeli rumah disebabkan harga yang berada di luar kemampuan. Mungkin ada inisiatif yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan dalam belanjawan 2011 bagi membendung masalah nie.

Untuk ringkasan inisiatif dan insentif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2011 pada petang tadi bolehlah merujuk pada Pembentangan Bajet 2011

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

26 comments

  1. fuhhh, traffic kat kl ni agak gaban, mmg bagus la di naik dan naik taraf
    suffer8zine recently posted..UFO di China

  2. tak nak berharap sgt..takut frust…kalau ada bonus tu, syukur sgt2 lah :)
    mama zharfan recently posted..sticky post RM100 jd taruhanjom cuba nasibclick jer banner kat bwh ni

  3. orang gomen dah dua tahun tak der bonus ni ekekeke
    etomyam recently posted..Proton Panggil Semula Kereta Gen2 Dan Satria Neo

  4. harapan kami semoga kakitangan awam dapat bonos ye

  5. harapan supaya semua dpt menafaat…lagi2 golongan bawahan…selama ni xde ape pun dpt..mcm xde makna je bajet2 yg lepas ni pada kami org2 kg…

  6. tunggu dan lihat.. x mau komen pape.. hehe

    zairie recently posted:
    BE..? APA PERLU BUAT?
    zairie recently posted..REVIEW ADVERTISMENT BUFFERED EARNING ASTRO P RAMLEE

  7. harapan supaya harapan2 orang lain menjadi kenyataan .. boleh gitu?
    nur recently posted..seminggu dah jimmy shanley

  8. harapan saya. byk lg peruntukan dan keistimewaan utk para pelajar.. discount ke.. ape ke..
    Ariffsyah recently posted..PatrickSpongeBob Squarepants Got Relation With Majin BuuDBZ

  9. alangkah bestnye kalau kerajaan bayar bonus 2 bln gaji sebab dah 2 thn x dapt bonus…
    tengkusri recently posted..POKOK APA

  10. harap bonus je…hahahahahaha

  11. harapan suzie? wawawa cne erk..hope lbh bnyk jwtn kosong yg ditawarkan dan sesuai dgn kelayakan.ok x? hihi
    nk gak bonus..jeles2 tgk mmber dpt bonus! waaa
    suzierahman recently posted..Entry Pesanan wat kwn2 blog tersayam!

  12. bonus tu x berapa nak harap sgt..tapi yang penting gaji mau naik…hehehehe…bonus sekali dapat hilang anytime…kalo gaji naik tiap2 bulan nampak beza dia…kan3???

  13. bonus tu ada xtp xtau la brp bulan…kwn cuepacs bgtau yesterday…
    aDAN recently posted..Fakta mengenai tubuh badan manusia

  14. moga da perkara yg best dan bermanfaat pada negara..aiseh..hahaa
    tiefazatie recently posted..tagged by mumun!

  15. traffik kl mmg dasat..perlu ada penurunan pada harga motor 250cc keatas. kapcai kurang selamat terutama perjalanan yg agak panjang

  16. bonus tu x la kesah sgt….
    tapi kenaikan gaji tu,kena ada…baru bleh bersaing dgn negara2 yg berpendapatan tinggi…… adiossss

  17. kalau pun tak bonus, kaji semulalah gaji kita orang ni. rasanya tak berbaloi, gaji naik 10 sen barang naik RM1.00. so bonus setahun sekali, tapi kalau gaji di selaraskan semula seperti lima tahun lepas, rasanya bagus selaraskan, sebab kita terima setiap bulan…..ok deh….

  18. Saya sokong sdri, Haslina. Teringin sangat naik gaji sebelum pencen. Good luck to the pembentangan hari ini. Malaysia Boleh!! I love to be a Malaysian. Syukur sangat2.

  19. azila@glord@arechik

    hrpan aderlah hendaknyer pelarasan gaji…gaji skrg x relevan dgn harga kenaikan brg..kesian kat kami yg dok bdr besar ni…yg ade anak2 sekolah..perit tu

    • kebanyakan feedback yang diperolehi menunjukkan ramai yg inginkan pelarasan gaji supaya setaraf dengan kos sara hidup. memang tak dapat dinafikan kos sara hidup di bandar besar sgt tinggi dan gaji bagi staf sokongan tidak sesuai atau tidak cukup utk menampung kos sara hidup yg tinggi lebih2 lagi yg mempunyai ramai anak yg masih bersekolah. harapnya kerajaan dapat berbuat sesuatu bagi meringankan golongan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge