Home / News / Happenings / Insentif Dan Bonus Dalam Pembentangan Bajet 2011

Insentif Dan Bonus Dalam Pembentangan Bajet 2011

Seperti yang telah dijangka, Pembentangan Bajet 2011 kali ni lebih berkisar kepada matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Bantuan kewangan sebanyak RM500 turut diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah. Bonus gaji 2 bulan seperti yang diura-ura sebelum ni nampak gayanya tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan. Dengan bantuan khas kewangan ni pon jadilah. Dapatlah menampung sikit kos sara hidup yang makin meninggi nie daripada tak dapat langsung.

Antara insentif lain yang telah diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2011 adalah seperti berikut:

– Duti import 300 barangan kegemaran pelancong dan tempatan dicadang dimansuhkan antara 5 – 30 %. Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.

– Projek Sepadu Warisan Merdeka bernilai 5 billion dijangka siap 2015 yang melibatkan pembinaan menara pencakar langit 100 tingkat. Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dikekalkan sebagai warisan negara.

– RM50 juta diperuntukkan untuk bina laluan pejalan kaki berbumbung di lingkaran KLCC – Bukit Bintang

– Dana pencen swasta dilancar tahun depan

– Transit aliran berkapasiti tinggi, MRT dengan kos RM40 billion di Greater KL akan dilancar tahun depan

– Cukai jualan semua telefon dikecualikan

– Lapangan terbang Subang dibangunkan sebagai pusat selenggara , baikpulih kapal terbang dan latihan kursus

– Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar akan dilaksanakan oleh KWSP yang melibatkan pembangunan bercampur membabitkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana bernilai RM10 bilion yang dijangka siap pada tahun 2025

– Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, Legoland di Wilayah Iskandar Malaysia dijangka siap tahun depan

– Skim Amanah Hartanah Bumiputera bersaiz 1 billion dan patuh syariah akan dilancar tahun ini oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera

– Gaji pokok minimum pengawal keselamatan naik sehingga RM700 sebulan

– RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

– Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit

– Kadar tol di Lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang

– Skim Rumah Pertamaku akan diperkenal melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Dalam erti kata lain pembeli tidak perlu mengeluarkan duit pendahuluan 10% seperti amalan sekarang

– Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian lain yang lebih sesuai menjelang Jun tahun depan.

– Bantuan Khas Awam sebanyak RM500 untuk pegawai kerajaan gred 54 dan ke bawah

– RM20 juta diperuntukkan bagi menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang bagi melahirkan pemain bola sepak yang hebat dan berkemahiran tinggi

– Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011

– Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50

– 375 guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia akan diambil bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris

– Kerajaan akan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta atau PPP bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi. Beberapa projek PPP sudah dikenal pasti dalam RMKe-10 akan mula dilaksanakan pada tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion. Antara projek PPP yang telah dikenal pasti ialah

i) Pembinaan Lebuhraya (seperti Lebuhraya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuhraya Guthrie-Damansara, Lebuhraya Damansara-Petaling Jaya, Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuhraya Sungai Dua-Juru dan Lebuhraya Paroi-Senawang-KLIA)
ii) Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 mega watt di Kimanis, Sabah
iii) Projek pembangunan kesihatan seperti Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia di Kuantan, Pahang, Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu di Kuala Lumpur
iv) Pembinaan Academic Medical Centre yang merupakan projek usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland. Projek ini membabitkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

– Kerajaan mencadangkan agar kadar cukai perkhidmatan dinaikkan satu peratus kepada 6 peratus

– Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar

– Memperkasakan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia dengan melaksanakan langkah berikut:

i) Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan sebanyak 20 juta ringgit
ii) Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA di mana pensyarah boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.

Ada lagi beberapa insentif dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 seperti untuk modal insan, sektor pertanian dan pendidikan. Cuma apa yang disenaraikan disini adalah beberapa insentif yang menarik perhatian saya.

Daripada apa yang dapat dilihat, Bajet 2011 kali nie adalah Bajet yang lebih untuk merancakkan perbelanjaan orang ramai terutamanya inisiatif seperti pengurangan cukai untuk 300 barangan dan pengecualian cukai bagi telefon bimbit. Sektor hartanah turut menjadi tumpuan dalam bajet 2011 apabila beberapa inisiatif seperti mewujudkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera diperkenalkan bagi menggalakkan pelaburan dalam bidang hartanah dan membangunkan beberapa tanah yang strategik di kawasan Lembah Klang untuk tujuan pembangunan.

Diharap dengan beberapa insentif dan inisiatif yang diperkenalkan dalam Bajet 2011 ini dapat memacu negara ke hadapan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

11 comments

  1. linked ur post.
    tahniah buat kakitangan awam 😀
    zuanxi recently posted..Bajet 2011 RM500 Bonus Kakitangan Kerajaan 2010

  2. jadiklaaaaa…….

  3. cukai telefom dikecualikan..mksd nya t telepon murah erk..per po n suzie sokong! cuti 90hri gaji full bag perempaun bersalin..best3..caya lah

  4. tapi perlu ke pembinaan manara 100 tingkat 2?
    suffer8zine recently posted..UFO di China

  5. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA di mana pensyarah boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran

    yang ni paling me bersetuju..hehe..
    has recently posted..1st Hotz Mama Cabutan Amat Bertuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge