Pembiayaan Rumah Ketiga Cuma 70 Peratus Daripada Nilai Rumah

Pembiayaan untuk pinjaman perumahan rumah ketiga cuma dibenarkan pada kadar 70% dari harga rumah seperti yang telah diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam. Kadar maksima 70% ini berkuatkuasa serta merta. Seperti yang saya pernah bincangkan mengenai property bubble di Malaysia sebelum ini, dah dapat dijangkakan bahawa langkah ini akan diambil bagi mengekang spekulasi melampau yang akan melonjakkan harga hartanah.

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan kadar maksima pembiayaan 70% ini hanyalah bagi pembelian rumah yang ketiga dan seterusnya. Pembelian rumah pertama dan kedua dikecualikan daripada arahan terbaru ni.

Saya merupakan antara salah seorang yang termasuk dalam kategori pembelian rumah ketiga diatas. Terkejut saya bila bank telefon saya tadi dan bagitahu pembiayaan bagi rumah yang saya nak beli cuma boleh dapat sehingga 70% sahaja. Pada mulanya saya jangka akan dapat pembiayaan sekitar 80-85%, tapi bila BNM kuatkuasakan peraturan baru ni, pinjaman saya cuma boleh diberi sehingga 70% sahaja. Nak buat rayuan pon tak lepas. Nampak gaya kena pakai cash money lah untuk membiayai 30% lagi harga rumah tersebut.

Pada pendapat saya langkah terbaru ni akan mengurangkan pembelian rumah dikalangan pelabur yang bergantung kepada pinjaman bank kerana terpaksa mengeluarkan modal yang lebih banyak sekaligus menaikkan risiko pelaburan. Mungkin beberapa bulan yang akan datang saya jangkakan industri hartanah akan bergerak perlahan dan pemaju mungkin akan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum melancarkan projek yang baru.

Bagi saya langkah terbaru dari BNM ini akan dapat membantu mengurangkan spekulasi yang melonjakkan harga rumah ke tahap yang tidak mampu dibeli oleh ‘genuine buyer’. Berita ini dapat memberikan sedikit ruang kepada ‘genuine buyer’ untuk membeli rumah pada harga yang lebih berpatutan berbanding sekarang dimana kebanyakan rumah telah habis dibeli oleh pelabur yang kemudiannya menjual semula ke pasaran untuk dibeli oleh ‘genuine buyer’.

Apa pendapat anda semua? Adakah tindakan ini tepat atau akan membunuh industri hartanah di Malaysia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,

8 Responses to “Pembiayaan Rumah Ketiga Cuma 70 Peratus Daripada Nilai Rumah”

  1. suzierahman says:

    huuu ksian bro..der duit back up x tu bro? huhu mcm2 ate mereka ni ye.wah der 3 rumah dh bro.alhamdulillah..
    suzierahman recently posted..1st GA By Qieranna- Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!My ComLuv Profile

  2. mama zharfan says:

    me satu rumah pun semput nak bayar instalment setiap bln – one third gaji me tu :p
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!My ComLuv Profile

  3. suffer8zine says:

    time beli ok je, tp time nk bayar mmg sakit la kan :P

    Terkini : Pengsan 100 kali sehari
    suffer8zine recently posted..Mulut paling lebar diduniaMy ComLuv Profile

  4. kerja kosong says:

    mesti dukung program ni.. berila kesempatan genuine buyer tuk punya rumah.

    • admin says:

      Secara tak langsung tindakan ni dapat mengurangkan kerancakan jual dan beli rumah bagi pelabur yg menggunakan pinjaman bank. Tapi bagi pelabur yang ada byk wang tunai, masih boleh terus membeli seperti biasa dan yang pastinya kurang saingan dari pelabur lain.

  5. princeduyong says:

    bagus bagus…
    princeduyong recently posted..MAHU JADI KAYAMy ComLuv Profile

  6. wansiti says:

    pelaburan hartanah yang menguntungkan,
    tapi saya setuju juga dengan pendapat @kerja kosong.
    Sekadar pendapat.

    Oh, yea..
    saya baca post recent, umur 26 dah beli umah yea?
    Ajar, ajar saya, cmne nak beli umah dalam usia muda cmtu..

  7. jows says:

    tue la, terperangkap jugak dengan peraturan baru nie..sebabnya, walaupon jadi penjamin, rumah tersebut dikira rumah kita..contohnya, saya dah beli 1 rumah guna nama sendiri, kemudian jd penjamin kpd kawan, bile nak beli rumah lain dah susah sebab pembiayaan 70% jer..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled