Home / Holiday / Penginapan Hotel Murah di Korea Selatan: 2nd Pencil Hostel Review

Penginapan Hotel Murah di Korea Selatan: 2nd Pencil Hostel Review

Bagi yang sedang merancang percutian ke Korea Selatan pasti akan memikirkan cara untuk mengurangkan kos dengan menginap di hotel atau guesthouse murah di Korea. Bagi yang tidak mahu membazirkan wang dengan menginap di hotel lima bintang bolehlah mencuba untuk menginap di guesthouse atau hostel di Seoul, Korea. Konsep menginap di guesthouse atau hostel bukanlah perkara yang baru malah menjadi trend terutamanya kepada backpackers. Menginap di guesthouse, hostel atau pon dorm adalah jauh lebih murah daripada menginap di hotel dan ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda semasa sedang bercuti.

Kali ini kami akan menceritakan pengalaman kami menginap di 2nd Pencil Hostel Hongdae di Korea Selatan. 2nd Pencil Hostel Hongdae merupakan sebuah apartmen yang terletak di kawasan kediaman di Seoul, Korea Selatan. Hostel ini terletak lebih kurang 600 meter dari stesen subway Hongik University iaitu lebih kurang 10 minit sekiranya berjalan kaki.

2nd Pencil Guesthouse Seoul Korea near residential houses

Kedudukan hostel ini terletak di dalam kawasan kediaman.  Di Korea Selatan kebanyakan rumah adalah jenis apartment. Sampai sahaja disini, anda perlu melalui lorong kecil di tepi apartment ini untuk sampai ke 2nd Pencil Hostel Hongdae.

2nd Pencil Guesthouse Korea Alley

Koridor ini akan membawa anda terus ke pintu masuk apartment ini.  Antara landmark yang perlu anda perhatikan untuk sampai ke sini adalah lukisan mural di dinding. Sekiranya anda nampak lukisan mural seperti ini maka anda telah sampai ke guesthouse 2nd Pencil Hostel.

Mural 2nd Pencil Guesthouse Hotel Korea

Untuk masuk ke sini anda memerlukan nombor pin yang akan diberikan kepada anda selepas proses check-in dilakukan. Semua pintu disini dilengkapkan dengan peralatan elektronik. Kunci tidak digunakan langsung sepanjang anda berada disini. Oleh itu pastikan anda tidak lupa nombor pin yang telah diberikan.

2nd Pencil Guesthouse Seoul Korea Entrance

Disini juga turut disediakan komputer bagi yang memerlukannya. Di sebelah komputer tersebut merupakan pejabat untuk anda melakukan urusan check-in. Sewaktu gambar ini diambil pejabat masih belum dibuka kerana waktu operasinya adalah dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Urusan check-in disini adalah mudah dan cepat. Staf disini akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan nombor pin di setiap pintu masuk di sini dan cara menggunakan heater. Kebetulan semasa kami berada di sana staf yang menjaga pejabat adalah orang Malaysia, jadi mudahlah untuk kami berkomunikasi kerana di Korea Selatan agak susah untuk mencari orang yang boleh berbahasa Inggeris. Staf tersebut juga sangat peramah dan memberikan kami tips tempat makanan yang halal dan juga tempat menarik untuk dikunjungi di Seoul, Korea Selatan.

2nd Pencil Guesthouse Korea reception

Disini anda boleh memilih bilik yang disediakan seperti bilik twin, bilik bertiga atau bilik berempat. Setiap bilik dilengkapkan dengan bilik air, katil, almari baju, televisyen LCD, mesin basuh, peti sejuk dan dapur. Bagi yang ingin menggunakan mesin basuh anda boleh membeli sabun dari staf disini. Selain itu bilik ini turut dilengkapkan dengan kemudahan wifi. Signal wifi juga adalah kuat dan membolehkan anda untuk terus berhubung dengan kenalan di Malaysia melalui facebook atau twitter.

Amenities 2nd Pencil Guesthouse

Televisyen LCD disini mungkin sedikit kecil. Walaubagaimanapon ianya bukanlah satu isu bagi kami kerana kami jarang berada di bilik guesthouse sepanjang percutian ini. Lagi pon kebanyakan siaran di sini adalah dalam bahasa Korea.

2nd Pencil Guesthouse Korea with LCD tv

Tilam disini mungkin tidak seempuk tilam di hotel 5 bintang tetapi memadai untuk kami berehat selepas penat berjalan seharian. Tidur kami sepanjang percutian ini adalah nyenyak dan selesa. Heater di dalam bilik juga berfungsi dengan baik sehingga kami lupa suhu di luar adalah serendah 8 darjah celcius.

Double Room Pencil Guesthouse Seoul Korea

Harga bilik twin ini adalah lebih kurang RM223 untuk semalam selepas di tukarkan dari matawang South Korean Won. Untuk harga terkini anda boleh menyemak dengan laman web Hostel Hongdae. Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan bilik, anda boleh menggunakan laman web tempahan hotel seperti Agoda, Booking dot com atau Asiarooms kerana laman web tersebut menerima bayaran menggunakan kad kredit.

Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh merujuk map di bawah untuk sampai ke guesthouse tersebut. Anda boleh menggunakan subway Seoul Line 2 untuk sampai kesini. Perjalanan menggunakan subway dari Incheon International Airport akan mengambil masa lebih kurang 52 minit untuk sampai ke stesen Hongik University. Setelah anda sampai di sini anda boleh keluar menggunakan pintu nombor 2 dan berjalan menuju ke 2nd Pencil Hostel mengikut dashed line berwarna merah dalam map dibawah.

Map 2nd Pencil Guesthouse Hongdae Seoul Korea

 
2nd Pencil Hostel
73-6, Yeonnam-ro 1-gil, Mapo-gu, Seoul
Korea Selatan

Telephone: +82-(0)70-4274-5622

Koordinat GPS: U 37.558762 T 126.919517

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

2 comments

  1. nor zazilawati omar

    salam…nak tanya 2nd pencil ni dapur dgn bilik air private ke?

    • yup. bathroom private dalam bilik dgn ada simple kitchen. the room rate quite reasonable and will consider again if we’re going to seoul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge