Penting Sangat Ke Keyword Dan SEO Ni?
Sepanjang minggu lepas saya agak jarang blogwalking disebabkan kesibukan dengan kerja yang menghadkan masa saya untuk blogwalking. Sebagai ganti untuk memastikan trafik blog saya tidak jatuh teruk, saya telah bermain dengan keyword dan SEO sebagai eksperimen untuk beberapa entry minggu lepas.
Rasanya semua blogger pasti pernah dengar perkataan keyword dan SEO nie. Kalau blogger otai pastinya dah lama praktikkan keyword dan SEO ni. Bagi blogger newbie pula, kalau kurang mahir dengan keyword dan SEO ni kenalah menuntut ilmu dengan blogger yang berpengalaman.
Setiap blogger pastinya mempunyai impian untuk melihat entry kita terletak dalam muka pertama SERP. Terletaknya entry kita di muka pertama SERP akan meningkatkan kemungkinan entry tersebut diakses oleh orang ramai sekaligus meningkatkan trafik blog anda.
Disini saya nak berkongsi 1 screenshot Unique Visitor blog KL Urbanite bagi minggu lepas.

Anda dapat perhatikan Unique Visitor saya pada 11 Oktober adalah 939 dan ini dapat dicapai tanpa saya melakukan blogwalking pada hari tersebut. Unique Visitor yang terhasil dari 11 hingga 15 Oktober semuanya dicapai tanpa melakukan blogwalking. Rahsia trafik saya pada 11 Oktober adalah penggunaan keyword yang tepat dan entry tersebut berada di muka pertama SERP. Kebanyakan unique visitor yang saya dapat pada hari tersebut adalah berdasarkan keyword ‘kemalangan bas ekspres delima’. Dan semuanya dicapai dengan hanya 1 entry yang menggunakan keyword yang ‘high demand’. Cuba bayangkan kalau saya ada 2 atau 3 entry lagi yang menggunakan keyword yang tepat. Dah pasti unique visitor tersebut akan meningkat lagi.
Antara keyword yang saya gunakan sepanjang minggu lepas adalah seperti dalam screenshot di bawah.

Bagaimana nak pastikan entry kita boleh berada di muka pertama SERP?
Untuk mencapai tahap nie memerlukan sedikit ilmu tentang keyword, SEO dan memahami cara Google meletakkan hasil carian berdasarkan keyword yang diberi. Rule of thumb kalau nak entry kita berada di muka pertama SERP dan menghasilkan UV yang tinggi adalah memastikan entry kita mempunyai keyword yang tepat. Keyword yang kurang tepat akan membuatkan entry tersebut kurang dicari di enjin carian seperti Google.
Keyword menjadi asas untuk Google mencari article atau content yang memenuhi search term yang diletakkan oleh si pencari maklumat di internet. Adalah penting untuk mengetahui keyword yang sering digunakan oleh orang ramai di enjin carian seperti Google. Untuk mengetahui keyword yang kerap digunakan memerlukan sedikit homework dan antara kaedah yang boleh digunakan ialah menggunakan AdWords Keyword Tool.
Perletakan keyword dalam entry juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan entry tersebut mempunyai peluang yang cerah diletakkan dalam muka pertama SERP. Disini SEO sangat penting kerana jika keyword tidak diletakkan di tempat yang sesuai atau kurangnya keyword digunakan dalam entry akan merendahkan peluang entry tersebut berada di muka pertama SERP. SEO yang kukuh akan mempunyai keyword yang diletakkan di tempat berikut:
i) Tajuk artikel
ii) Perenggan pertama artikel
iii) Tajuk gambar dan lain-lain yang digunakan dalam artikel
iv) URL
Tetapi perlu diingat keyword tidak boleh diletakkan berulang kali dalam entry anda kerana entry tersebut akan dikenakan penalti oleh enjin carian. Ini kerana keyword stuffing ini dianggap sebagai artikel yang tidak ditulis dengan cara yang normal kerana menggunakan keyword yang diulang-ulang banyak kali. Kebiasaannya keyword density yang sering digunakan adalah antara 3-5 % daripada entry tersebut.
Saya pon sebenarnya masih mendalami lagi ilmu tentang keyword dan SEO. Keyword dan SEO saling berkait rapat. Kalau anda mengamalkan SEO tetapi tidak mempunyai keyword yang mempunyai permintaan tinggi, ia tidak akan mampu menghasilkan unique visitor yang tinggi. Anda perlu mempunyai kedua-dua elemen tersebut supaya blog anda mempunyai UV yang tinggi. Bila anda sudah mahir dengan selok belok keyword dan SEO tak mustahil anda akan mempunyai unique visitors melebihi 1000 sehari. Bagi yang mempunyai keinginan untuk mempunyai UV yang tinggi bagi blog anda, cepat-cepatlah menuntut ilmu tentang SEO dan keyword nie.
Selamat mencuba.

Facebook
wah..menarik.. kongsikan ya..hee
suspen ni….
zuanxi recently posted..Nora Danish & Farid- Cuti-Cuti Cinta
tgh mennati entri seterusnya
suffer8zine recently posted..UFO di China
tak sbr nak tunggu entry tu
mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!
wah..cam menarik ja nie..hihihi
tiefazatie recently posted..1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah
mesti traffic mencurah2 mcm hujan kan. hihihi
kyuubi recently posted..Wayne Rooney Main Tarik Tali
cepat2 entry.. sayer mau baca! hihihi
gomokpendek recently posted..JOM SHOPPING KAT RIZI BIZ SHOP
mmg penting kalau tak suka blogwalking.. hehe..
Ezany-Kun recently posted..Majlis Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Datin Dr Harlina Mohd Yunos Video
@ezany-kun: betul tu bro. kalau takde masa nak blogwalking boleh concentrate kat keyword yg power dan seo
.Info yang menarik,nanti buat entri tentang Link farm dan Backlink..
yahaya recently posted..Tulisan salji
@yahaya: insyallah kalau ada masa saya cuba tulis pasal backlink pula
Hebat ni bro…. terima kasih atas tips tersebut.
@steward : sama2 bro. nanti kalau bro ada tips boleh kongsi pula dgn saya dan blogger lain
wah!!sgt mantap la tips nie bang..tq ya..=)
tiefazatie recently posted..1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah
@tiefazatie: biasa2 jer tips nie. cubalah buat ek. hasilnya memang meletup kalau menjadi
Terima kasih kerana berkongsi maklumat
akakcomey recently posted..Trans-Borneo Day 6 Scuba Time
@akakcomey: sama2 kak.
@suzie : boleh ajer kalau nak belajar. malu bertanya sesat jalan
wah best nya..kna bnyk blaja dr bro ishak ni…
suzierahman recently posted..My Belle Giveaway
sangat menarik…wpun kurang faham….tapi cuba utk faham…terima kasih dgn tips
izryn recently posted..Krisis Haluan Wayne Rooney
kalau tak faham takpe. boleh cuba utk fahamkan sikit2
insyaalah akan cuba..hehe
bang insyaallah nt ifa try ye bang..tq..=)
tiefazatie recently posted..1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah
aku still blur pasal SEO. Malas nak cari keyword sebenarnya. hentam je. Template yang optimeze SEO pon bagus. tak perlu pakai plugin.

ceghap recently posted..Awek- Bab 1
sya pun masih lagi dlm process utk memahami SEO
New Entry “Adakah menjadi suri rumah itu hina?”
syamila recently posted..GA – The Way They Sleep…
nice tips dude..
Singgah lagi cari apa yang belum baca ni…
akakcomey recently posted..Trans-Borneo Day 6 Scuba Time
wah…dhsyat nie…hebat2..
nasique recently posted..Dunia Maya Vs Dunia Realiti
semoga bejaya bos…
ACK recently posted..Air batu campur yang best kat mana
wah2 mantaplah bro

hakim az recently posted..MADU – Penawar Segala Penyakit
@hakim : tq bro
memang menarik nie..jeles tengok views sampai mencecah 500+ hu3 jeles2….ramai gak tengok bajet 2011…mmg keyword tue penting….

nash recently posted..Dara Gersang
@nash: keyword mmg penting kalau nak dapat hit yang tinggi
key word menarik untuk tajuk yang menjadi tumpuan orangramai, bagaimana jika bloggers biasa yang hanya mempunyai entry mengenai personel life, personel experience…?
@jomsantaisekejap : kalau blogger yang bercerita pasal personal life pon boleh juga dpt hit yg tinggi tapi kena buat research skit pasal keyword yg selalu orang pakai atau concentrate utk dptkan pembaca/pengikut setia yg sentiasa follow ur new entry. insyallah boleh dpt hit yang tinggi jugak. yg penting dalam mana2 blog adalah content, kalau content kita bagus insyallah ramai orang akan follow
saya bukan tak mau blogwalking skrg..tapi memandangkan byk blogwalking one way hehe tu stop sat tu..
nuriz recently posted..Tunang Sakinah- Helmi Afendi Sanggup Tunggu
nampak macam bunyi frust je. hehe. ramai lagi blogger kat luar sana yg jujur. jgn stress sgt nanti cepat tua
sedang cuba2 belajar
terjumpa pula ilmu di sini
hehehe – thanks
boleh je belajar dari sini. sama2 berkongsi ilmu
tq bro 4 tips…. ni yang dikatakan on-line SEO… n kene seiring dengan off-line SEO (backlink)..
marhaen kacak recently posted..Dato’ Bendahara Buta Sejarah Ke : Takpala…..Biarkan…….
terima kasih atas tip tersebut
Mus recently posted..Ramalan Kematian Paul Si Sotong Kurita Adalah Tepat
masih penin2 lagi ngan seo dan keyword..
has recently posted..My Belle Giveaway
thanks for d infor
mamakembar3 recently posted..Sapa boleh tolong translate
still tak paham… keyword tu maksudnya camana eik ???/
pN.rOs recently posted..betul ke dara
@pn ros: keyword bermaksud perkataan yg digunakan bila nak cari maklumat dalam enjin carian. contohnya mcm saya nak cari maklumat pasal proton inspira, saya keyin kat google search ‘proton inspira’. bila dlm entry kita ada perkataan ‘proton inspira’ maka page kita akan diindeks dalam hasil carian google. tapi kalau nak diindeks dalam muka pertama google, semuanya bergantung pada perkara lain spt seo, page rank dan macam2 lagi.
harap info ni dpt membantu
bgus2.. teruskan kongsi tips2 menarik di blog ini..
RedBoys recently posted..NetKL – Penyedia Domain & Hosting Terbaik
bagus sekali postingannya ijin membaca gan
aryo recently posted..membuat daftar isi
saya pun ngah belajar lagi nih,,dok merangkak lagi.
eiela recently posted..Tips Menjawab Exam PTD
oooooo…. banyak wansiti perlu belajar lagi nie, adeh~
ingatkan berblog ni, sebab nak release tension je, rupa2nya sekarang,
dah jadi part-time job yang digemari tu..
hohooo
wansiti recently posted..Oh Abah & Umi- Aku mau kawen!
@wansiti: mmg byk benda kena belajar kalau nak jadi hebat. saya sendiri pon sentiasa mencari ilmu baru utk mantapkan diri sendiri. jgn rasa penat mencari ilmu
hahaha…macam-macam tau2 je,
memang dah tak larat dah nak belajar ni, tension!
nak cari keja lak pas ni
wansiti recently posted..GA Novel dari Mr Gidan E-Shop- best wooOooo! Nak novel!
teknik camni sesuai di gunakan bagi blog personal yang tak fokus pada sesuatu niche. Maksudanya, blogger tersebut boleh pakai mana-mana keyword hot demand untuk dijadikan tajuk artikel + content.
Tapi untuk blog yang ada niche tersendiri, kena gunakan teknik SEO cara lain terutama membina backlink selain menggunakan ‘low competition-high demand’ keyword. Kesannya agak lambat, tapi berguna dalam jangka masa panjang.
ShueQry recently posted..Tip Motivasi – 3 Perkara Perlu Anda Lihat sebelum Membeli Buku Motivasi
bila saya baca artikel ni kali, saya dah mula faham sikit-sikit..
ilmu yang berguna,thanks for sharing gan
aryo recently posted..submit backlink otomatis