Home / Foods / Perkhidmatan Pizza Hut Malaysia Delivery Secara Online dan Telefon

Perkhidmatan Pizza Hut Malaysia Delivery Secara Online dan Telefon

Pizza Hut Malaysia ada menyediakan perkhidmatan delivery makanan yang boleh ditempah secara online atau telefon. Perkhidmatan delivery memang banyak membantu terutamanya diwaktu kita malas untuk memasak atau keluar rumah mencari makanan. Untuk membuat tempahan pizza menggunakan telefon mudah sahaja. Anda hanya perlu mendail talian 1300-88-2525 untuk membuat tempahan makanan anda atau anda juga boleh membuat tempahan secara online di laman web Pizza Hut Malaysia.

Diantara dua kaedah ini, kami lebih cenderung menggunakan tempahan online kerana anda boleh melihat promosi pizza kombo terkini dari pizza hut yang dapat membantu semasa membuat pilihan makanan. Walaubagaimanapon sekiranya anda sudah tahu apa yang ingin ditempah, anda boleh terus mendail telefon anda untuk bercakap dengan operator Pizza Hut.

Sekiranya anda membuat tempahan secara online, anda mempunyai beberapa pilihan mod pembayaran iaitu menggunakan pembayaran secara online menggunakan online banking atau kad kredit. Atau sekiranya anda tidak percaya pada online banking, anda boleh memilih mod bayaran terus kepada pekerja penghantaran pizza.

Selepas membuat tempahan, pengesahan tempahan online anda akan dihantar ke email anda dan anda juga boleh melihat status penghantaran pizza anda secara online menggunakan Pizza Tracker. Kebiasaannya pizza anda akan dihantar dalam tempoh 30 minit dari masa tempahan dibuat dan mengikut pengalaman kami pizza selalunya akan sampai dalam tempoh masa tersebut. Cuma ada sekali tempahan kami dihantar tidak cukup seperti yang telah ditempah. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini anda boleh terus hubungi talian 1300-88-2525 untuk mendapatkan tindakan yang segera.

Penghantaran ke Rumah Pizza Malaysia

Kebiasaannya pizza yang sampai ke rumah akan berada dalam keadaan yang sedikit panas tetapi janganlah harapkan panas seperti di kedai. Asalkan pizza tersebut tidak sampai dalam keadaan sejuk sudah memadai bagi kami. Antara beberapa jenis pizza dari Pizza Hut yang pernah kami tempah secara online iaitu Super Supreme dan Chicken Pepperoni.

Pizza Malaysia Delivery

Pizza yang sampai juga telah dibungkus dalam kotak khas dan kebiasaannya akan ada beberapa kupon diskaun yang ditampal pada kotak pizza yang anda boleh gunakan untuk belian seterusnya nanti.

Selain itu, hidangan sampingan seperti sup cendawan dan garlic bread juga boleh anda tempah bersama-sama pizza. Sebenarnya ada banyak lagi menu hidangan sampingan dari pizza seperti pasta, tempura atau dessert. Untuk senarai lengkap anda boleh rujuk dengan laman web Pizza Hut Malaysia.

Garlic Bread Mushroom Soup Delivery

Bagi kami, sekiranya anda kesuntukan masa untuk memasak atau malas untuk keluar rumah anda bolehlah menggunakan perkhidmatan delivery dari Pizza Hut sebagai alternatif untuk mendapatkan makanan.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge