Home / News / Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) telah dibuka dan boleh digunakan oleh mereka yang berkelayakan untuk mendapat bantuan deposit bayaran untuk pembelian rumah pertama bagi satu isirumah. Borang permohonan boleh didapati dengan membuat permohonan secara online di laman web Sistem Pengurusan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Seperti yang kita sedia maklum, antara perkara yang membantutkan hasrat pembeli untuk membeli rumah pertama adalah ketidakmampuan untuk menyediakan bayaran deposit 10% terutamanya untuk rumah subsale dimana sekiranya harga rumah tersebut adalah RM500,000, anda harus menyediakan sehingga RM50,000 untuk membayar deposit rumah tersebut. Ini tidak termasuk dengan kos-kos lain seperti bayaran guaman untuk urusan perumahan dan urusan pembiayaan. Perkara ini mungkin jarang terjadi sekiranya melibatkan pembelian rumah baru dari pemaju kerana kebiasaannya kos-kos ini akan diserap sedikit oleh pemaju bagi menarik perhatian pembeli.

Dengan adanya skim MyDeposit, golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana (M40) dapat menikmati bantuan dari Kerajaan untuk membayar deposit rumah idaman mereka sehingga 10% dari harga rumah atau maksimum RM30,000 (mana yang lebih rendah) sekaligus meringankan beban golongan pertengahan untuk membeli rumah pertama.

Syarat-syarat kelayakan Skim MyDeposit:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan ;
  2. Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah ;
  3. Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
  4. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  5. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

Sumber: Jabatan Perumahan Negara

​Kriteria Projek Perumahan yang Dibenarkan untuk Skim MyDeposit:

  1. Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale);
  2. Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah;
  3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

Sumber: Jabatan Perumahan Negara

​Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungi  Cawangan Pengurusan Perumahan di talian
03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460 dan Bahagian Teknologi Maklumat di talian 03-8891 4478

Untuk memohon secara online anda boleh ke laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge