Home / Holiday / Promosi Tiket Legoland Malaysia Annual Pass

Promosi Tiket Legoland Malaysia Annual Pass

Legoland Malaysia merupakan tarikan pelancong terbaru di Iskandar Malaysia dan sempena pembukaannya sedang mengadakan promosi tiket annual pass ke Legoland Malaysia.

Legoland Malaysia JB
Bagaimana nak beli tiket annual pass ke Legoland Malaysia?

Mudah sahaja. Anda boleh membelinya secara online di laman web Legoland Malaysia atau melalui Air Asia Red Tix. Annual pass dijual pada harga RM275 untuk dewasa, kanak-kanak RM210 dan warga emas 60 tahun ke atas pada harga RM210. Tetapi harus diingatkan sekiranya anda membeli melalui Air Asia Red Tix anda akan dikenakan fee sebanyak RM3.

Apa bezanya tiket regular dengan annual pass ni? Kalau ada tiket annual pass anda boleh masuk ke Legoland untuk 1 tahun dari tarikh anda redeem annual pass anda. Sekarang ni kalau anda beli tiket annual pass anda perlu redeem sebelum 31 Disember 2012. Bagi saya harganya memang berbaloi kalau dibandingkan dengan tiket regular yang dijual pada harga RM140 untuk dewasa. Tambahan pula hari tu saya dapat beli tiket annual pass dengan harga RM198 sempena promosi Legoland Malaysia dengan Maybank. Memang berbaloi sangat tapi promosi tu dah habis. So kenalah rajin-rajin tengok laman web Legoland atau Maybank untuk tahu promosi terkini di Legoland. Cuti sekolah hujung tahun pon dah nak dekat jadi memang sesuai sangatlah bawa anak-anak bercuti di taman tema antarabangsa pertama di Malaysia.

Apa yang bestnya pasal Legoland? LEGOLAND Malaysia mempunyai lebih dari 40 rides, pertunjukan dan tarikan. Dengan kawasan seluas 76 ekar anda pasti akan teruja dengan tarikan yang ada disini. Dari rollercoaster sampailah ke tujuh jenis taman tema yang ada disini. Satu hari memang tak puas.

Dan tarikan utamanya pastilah MINILAND, dimana landmark negara kita dan Asia seperti KLCC, bangunan Perdana Putra, Taj Mahal, Masjid Putrajaya dan banyak lagi dibina menggunakan lebih dari 30 juta Lego.

Selamat bercuti di Legoland Malaysia.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge