Bagi yang merancang untuk membeli kereta Perodua yang baru, Perodua ada mengadakan promosi bagi model kenderaan yang terpilih. Ini merupakan masa yang sesuai untuk anda membeli kereta Perodua pilihan anda dan mendapatkan pulangan yang berbaloi untuk wang anda.
Sempena Hari Raya, Perodua menawarkan promotion duit raya RM800 dalam bentuk rebat bagi setiap pembelian variant Myvi yang terpilih. Selain itu, Perodua turut menawarkan promosi duit raya RM2500 dalam bentuk rebat bagi setiap pembelian variant Alza yang terpilih. Tempoh promosi ini dari 1 Jun hingga 31 Julai 2015.
Selain itu Perodua turut menawarkan Gear Up Perodua Originals untuk model Perodua Axia dan Perodua Myvi 2015. Dengan pakej ini, anda dapat mengubahsuai Perodua Axia dan Myvi anda dengan aksesori body kit original yang lebih ranggi dan sporty, rekabentuk sarung tempat duduk baru bercorak honeycomb dan penebat bunyi dan haba bagi mengurangkan bunyi dari luar masuk ke dalam kabin bagi meningkatkan keselesaan dalam kabin kereta.
Untuk maklumat lanjut anda boleh singgah dimana-mana cawangan pengedar Perodua yang terdekat dengan anda.