Home / Properties / Property Bubble Malaysia Akan Burst?

Property Bubble Malaysia Akan Burst?

Property bubble Malaysia merupakan isu yang panas sekarang. Ramai yang memperkatakan tentang property bubble di Malaysia akan burst. Kalau dalam bahasa Malaysia nya gelembung hartanah ni akan pecah. Betul ke bubble ni akan burst atau sekadar khabar angin? Kalau dilihat pada trend harga hartanah di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang atau khususnya Kuala Lumpur memang tak masuk akal.

Sebenarnya apa yang akan jadi bila property bubble ni burst? Kebiasaannya bila property bubble ni burst, rumah yang berada di pasaran akan turun harganya dan ini mengakibatkan pembeli yang membeli rumah dari pemaju tidak dapat menjual pada harga yang lebih tinggi ketika dibeli dari pemaju. Apabila rumah tidak dapat dijual maka peminjam yang membeli rumah sebelum ini untuk tujuan pelaburan tidak akan dapat membayar semula pinjaman mereka kepada pihak bank sekiranya kedudukan kewangan mereka tidak kukuh. Kalau nak refinance sekali pon sukar kerana nilai harga rumah lebih rendah dari jumlah hutang dengan bank. Ini akan mengakibatkan bank tidak dapat mengutip semula wang yang dipinjamkan dan meningkatkan kadar ‘non performing loan’. Bila ini terjadi, bank akan mengurangkan pinjaman wang untuk kegiatan ekonomi dan menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi perlahan.

Senario sekarang kebanyakan rumah yang dijual oleh pemaju akan dibeli oleh pembeli samada untuk tinggal sendiri atau untuk tujuan pelaburan. Sekiranya rumah yang dibeli digunakan oleh pembeli untuk tinggal sendiri maka tidak akan menjadi sebarang isu tetapi kalau rumah yang dibeli itu digunakan untuk tujuan pelaburan samada untuk disewakan atau dijual semula ianya akan menimbulkan masalah sekiranya rumah tersebut tidak dapat dijual atau disewakan.

Saya bagi contoh yang paling mudah. Katalah ada 1 pemaju menjual rumah teres dengan harga RM600 ribu dan rumah ni dibeli oleh pelabur hartanah. Dan apabila rumah ni nak dijual semula ke pasaran oleh pelabur tersebut, tidak ada siapa yang sanggup membeli kerana harga RM600 ribu yang diletakkan oleh pemaju bukan lah harga sebenar yang mampu dibayar oleh pembeli. Yang rugi disini adalah pelabur hartanah kerana rumah tersebut sebenarnya dibeli pada harga yang melebihi paras kemampuan pembeli di pasaran sebenar. Bila pelabur berbelanja lebih dari kemampuan kewangan sebenar, maka pelabur akan mula tidak membayar pinjaman kepada pihak bank. Bila bank tidak dapat mengutip wang pinjaman maka rumah tersebut akan dilelong. Tetapi bila nak lelong tak dapat nak lelong pada harga RM600 ribu sebab nilai rumah tu cuma RM450 ribu di pasaran. Kat sini bank dah rugi RM150 ribu untuk sebuah rumah, Cuba bayangkan kalau ada 100 ribu rumah dengan kes yang sama, maka impaknya sangatlah besar. Boleh melumpuhkan sistem perbankan seperti apa yang dah berlaku di Amerika Syarikat.

Disini pentingnya langkah awal diambil supaya gelembung hartanah ni tidak pecah. Sekiranya property buble ni burst, maka harga rumah akan turun dan bank pon akan menjadi lemah.

Berdasarkan pengalaman saya memerhatikan harga hartanah di Lembah Klang terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam, harganya tiap-tiap tahun akan meningkat. Jangan terkejut kalau saya cakap rumah teres 20 x 70 di Shah Alam dah mencecah RM400,000. Ada ke orang yang mampu membeli rumah pada harga tu. Harga RM400,000 tu baru harga pemaju, belum lagi harga yang dinaikkan oleh spekulator. Bila rumah tu dijual semula ke pasaran oleh spekulator, harganya pasti akan mencecah RM500,000. Sekarang ni siapa yang nak dipersalahkan? Nak salahkan pemaju letak harga yang tinggi, tak boleh juga sebabnya rumah yang dijual oleh pemaju habis dijual dalam tempoh 3 hari. Kalau harga tinggi dah tentulah tak ada orang nak beli. Tetapi disebabkan ada pelabur yang sanggup membeli rumah tersebut maka rumah tersebut berjaya dijual oleh pemaju pada masa yang singkat. Bila ramai pelabur beli pasti akan ada spekulasi yang melonjakkan harga rumah tersebut ke tahap yang melampau. Contohnya saya pernah nampak 1 kes rumah yang dibeli pada harga RM700 ribu dijual semula pada harga RM850 ribu dalam tempoh setahun. Bila terlalu banyak aktiviti spekulasi maka harga rumah akan sentiasa melambung naik dan pemaju hanya mengikut rentak pasaran harga semasa bila menjual sesuatu rumah baru.

Kenapa situasi ni boleh berlaku disebabkan sekarang proses nak buat pinjaman mudah, kadar interest yang rendah dan pakej yang membolehkan orang membeli rumah dengan mengeluarkan sedikit wang tunai. Salah satu cara untuk membendung spekulasi yang melampau ni adalah dengan mengetatkan syarat pinjaman wang untuk hartanah kedua dan kadar margin of financing (MOF) yang diberikan dikurangkan ke 60%-80%. Bila MOF yang diberikan makin sikit, maka spekulator perlu mengeluarkan wang tunai yang lebih banyak dan mungkin ini dapat mengurangkan lonjakan harga rumah di pasaran.

Kadang-kadang saya terfikir kalau lah harga rumah teres bernilai RM600 ribu, maka jumlah sebulan yang perlu dibayar ke bank untuk pinjaman 30 tahun adalah lebih kurang RM2600. Maksudnya pendapatan isi rumah perlu sekurang-kurangnya RM10,800 supaya kedudukan kewangan menjadi sihat dan ada simpanan untuk kecemasan. Ramai ke rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,800? Sebabnya bila saya tengok rumah baru dilancarkan pemaju sekejap je dah habis dijual walaupon harganya RM600 – RM800 ribu. Kaya betul orang Malaysia ni.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

27 comments

  1. nanti org malaysia sendiri yang merempat di negara sendiri sebab tak mampu beli rumah…malaysia akan dipenuhi dengan org2 asing yg kaya dan mampu membeli rumah mahal…sigh….

    • betul tu. tapi yang lebih menakutkan kalau harga rumah dah berada di luar kemampuan kita. terpaksalah beli rumah kat kawasan luar bandar

  2. Memang betul la bro.. Harga rumah sekarang ni memang dah tak masuk akal.. apartment pun dijual harga beratus2 ribu.. siapa la nak beli kalau macam tu.. Bagi yang ada tanah, senang la… boleh buat rumah sendiri kat tanah tu. Bagi yang tiada tanah, memang tiada pilihan selain membeli atau menyewa rumah yang gitu mahal.
    Steward John recently posted..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film

  3. harap projek perumahan di Sg buluh akan bejalan dengan lancar. dgn adanya projek besar tu, harga rumah mungkin akan turun.
    razis recently posted..Kereta: Kereta Kelisa Berkelajuan Seperti Evo 10

    • @razis : yang ditakutkan projek kat sungai buluh tu ramai pelabur yang beli dari genuine buyer. kalau ramai pelabur yg beli, confirm harga akan melonjak naik. pelabur sekarang sgt agresif, sanggup beratur dan bermalam sblm rumah tu di launch pemaju.

  4. me lps bayar rumah duit cukup mkn jer tinggal–kdg2 tak cukup gak..so kredit card jd mangsa :(

  5. act dalam membeli rumah or tanah ni mmg suzie xder pengalaman.tp melalui pengalaman abah. suzie dapat lihat kesusahan nk tanggung bayaran bulanan utk membayar rumah..byaran tu sampi setengah dri gaji. tu blom kira potongan lain lg..cne nk hidup cm ni.uhhh
    suzierahman recently posted..25 Tip bersama

    • macam tulah hakikat bila dah kerja nanti. kalau nak selesa hutang mmg kena 1/3 je dari gaji. sbb tu kita kata harga rumah sekarang mahal sbb gaji masih macam tu juga

  6. erm..btol2..ble pk balik bang..dgn kadar gaji bekerja di malaysia..cam xmsk akal harga umah2 yg dijual sekarang..sbb nilai umah ayah beli kat shah alam yg dulu hanya dlm rm100ribu++..smp skrg msh ada baki utk dijelas..tapi bayangkan nilai rumah kami skrg itu..pasti berlipat kali ganda!sbb ada jiran yg jual umah itu dgn harga mencecah rm400ribu..terkesima sekejap kan..ntah mcmana la ifa nanti..mampu ka ifa beli umah…huhu
    tiefazatie recently posted..tips buffered earning trafik tinggi versi tiefazatie!

  7. Rasanya Pilot pun berfikir 20 kali kalau nak beli rumah dengan harga macam tu.. Ada ker negara yang harga rumahnya RM50K jer? kalau ada, terus migrate ke sana.. haha
    Steward John recently posted..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film

  8. Tak pe la.. pegi Dubai jer la.. hahahah
    Steward John recently posted..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film

  9. salam..
    risau dgn keadaan hrga property skrg ni..kesian ngan org muda2 yg br kawin n kurang berkemampuan..termasuk kakitgn kerajaan walaupun diorg gred 41..klu smpi 600K ishh melampau ssgt la..umur dah tua br nak beli umah? hutag sampai ke pencen la jawabnya..
    faradean recently posted..Nasi Lemak Sri Pandan dan Sambal Tumis Ikan Bilis

    • @faradean: itulah hakikatnya keadaan sekarang. gred 41 starting salary baru je rm1800, bila campur elaun jadilah rm2500. mmg kena beli apartment lah jwbnya sbb landed semua dah cecah rm500 ribu melainkan beli kat area yg jauh skit mcm kat kajang dan bangi. kalau kerajaan tak buat sesuatu makin teruklah rasanya

    • kalu gred 41 pun dah kata kesian beli rumah mahal, apatah lagi yang gred 17 tu kan? perlu diingat, dalam 1.2 juta kakitangan awam, lebih dari 2/3 adalah kumpulan sokongan. dengan harga tanah tak masuk akal di malaysia masakini, jangan haraplah mereka nak ada rumah sendiri yang SELESA. kenapa la tanah bumi milik Allah ni diperniagakan sebegitu rupa?????

  10. bahaya juga ye..abes cne tu nak bg die kekal kompetitif?xterlalu tinggi tp tak terlalu murah
    fitri recently posted..INFO Tarikh Lihat Anak Bulan Eid Adha

  11. salam – mohon link artikel nie, sgt bagus
    Mankete recently posted..Proton Inspira – New replacement for Proton Waja

  12. artikel yang baik.. benda ni mmg terjadi setiap 10 tahun.. dulu pun dah jadi.. land value naik secara mendadak setiap minggu…

    bro.. seakan arif tentang hartanah.. estate agent eh..

    • @sazali: kita bukan estate agent tapi ada serba sikit pengalaman buat investment dlm bidang hartanah. kiranya kita ada ambil tahu jugaklah current issue dlm property ni. kalau nak belajar, boleh lah timba ilmu kat sini :)

  13. menakutkan dengan dunia sekarang,
    yang kaya makin kaya,
    yang tak berada, makin melarat la jawabnya..
    aish..
    artikel ni memang bagus, review status ekonomi semasa

  14. maksudnya bagus la kalau property bubble ni burst..sbb yg control market skrg adalah para pelabur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge