Home / Lifestyle / Weddings / Prosedur Perkahwinan Di Selangor

Prosedur Perkahwinan Di Selangor

Bagi yang tertanya-tanya apakah prosedur perkahwinan yang perlu dilalui untuk membolehkan kita berkahwin dengan pasangan kita, disini saya akan ceritakan lah sikit antara proses yang perlu dilalui bagi pasangan yang akan memohon kebenaran untuk berkahwin bagi negeri Selangor. Kalau negeri lain mungkin ada sedikit perbezaan dari segi prosedur perkahwinannya, untuk kepastian boleh hubungi Pejabat Agama Islam negeri berkenaan. Tapi boleh je kalau nak gunakan dulu prosedur yang ada disini sebagai panduan dan tambah lah kemudian kalau ada keperluan tambahan mengikut negeri masing-masing.

Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari Pejabat Agama Islam Daerah untuk negeri Selangor, berikut disenaraikan beberapa prosedur yang perlu dilalui.

 
Prosedur Perkahwinan Bagi Lelaki (Di Selangor)
- Mesti pergi kursus pra perkahwinan yang diiktiraf.
- Dapatkan Borang 2A di JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
- Dapatkan borang pemeriksaan HIV di Pejabat Agama Islam Daerah dan buat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Klinik swasta tak boleh tau.Cakap je kat klinik tu nak buat ujian HIV
- Lengkapkan borang permohonan dan pastikan semua dokumen sokongan dilampirkan sekali masa submit borang kat PAID. Pastikan borang dihantar 3 bulan sebelum tarikh akad nikah.
- Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Biasanya boleh tanya pada PAID siapa Penolong Pendaftar Nikah bagi qariah yang anda tinggal. Yang ni kena bawa 2 orang saksi utk pergi jumpa sekali.
- Bila dah lengkap borang dengan pengesahan PPN, hantar ke PAID untuk dapatkan Kebenaran Berkahwin.
- Bila dah dapat Kebenaran Berkahwin dari PAID, serahkan pada pihak perempuan jika menikah di luar Selangor. Jangan simpan pulak Kebenaran Berkahwin tu.

Bagi memudahkan anda, boleh download checklist permohonan kahwin untuk lelaki bagi negeri Selangor disini . Checklist ni pon saya dapat dari JAIS.

 
Prosedur Perkahwinan Bagi Perempuan (Di Selangor)
- Mesti pergi kursus pra perkahwinan yang diiktiraf.
- Dapatkan Borang 2C di JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
- Dapatkan borang pemeriksaan HIV di Pejabat Agama Islam Daerah dan buat pemeriksaan HIV di mana-mana klinik kesihatan kerajaan sama seperti permohonan lelaki.
- Lengkapkan borang permohonan dan pastikan semua dokumen sokongan dilampirkan sekali masa submit borang kat PAID. Pastikan borang dihantar 2 bulan sebelum tarikh akad nikah.
- Dapatkan Borang Kelulusan Berkahwin atau Surat Kebenaran Berkahwin dari pihak lelaki.
- Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Biasanya boleh tanya pada PAID siapa Penolong Pendaftar Nikah bagi qariah yang anda tinggal. Yang ni kena bawa wali yang sah dan 2 orang saksi utk pergi jumpa sekali.
- Bila dah lengkap borang dengan pengesahan PPN, hantar ke PAID untuk dapatkan kelulusan atau Kebenaran Berkahwin.
- Bila dah dapat Kebenaran Berkahwin dari PAID, serahkan pada PPN sebelum tarikh akad nikah.

Bagi yang nak dapatkan checklist permohonan kahwin untuk perempuan, boleh download disini

Kalau perempuan ni biasanya kena amik perhatian skit especially bab wali. Kena baca dan fahamkan betul2 apa yang ada dalam borang checklist tu dan prosedur yang perlu dilalui. Dan pastikan anda isi borang yang betul. Kalau masih tak jelas juga, boleh call JAIS atau PAID.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

14 comments

  1. bagusnye bro nie..tq..hihi..tp ifa duk tganu nie..n lambat lg nak kawen…papepun..nice info..tq..=)
    tiefazatie recently posted..TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

  2. di kelantan lak..hihi..thks 4 the info bro
    suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. pergh nk kawin pn ssh..byk proses la plak..
    ingtkan kalu laki n pmpuan dh stuju blh kawin jer
    kl mcmnie xkawin la aku jwbnye..
    haru recently posted..Projek IM- Jana Wang Facebook Edisi Ekspress

  4. hihi bro haru ni..nk kawen kna r berkorbn skit
    suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. good info..tp aku dh kawin..huhu
    rizuanismail recently posted..Sokong Kempen Block blog porno-lucah Malaysia

  6. byk propose la plak..hahha

  7. hihi bro..bgus tu..t nk kawen sng coz dh taw prosedur nya kan
    suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. owh…baek la camtue ye bang..xpe2..lambat lagi tue..hihi..papepun tq2..hihi
    tiefazatie recently posted..hadiah misteri utk ifa la!

  9. saya dpt borg 2d&2c je.borg hiv tu xde pon

  10. aku org ganu, tunang lak org selngor, kawen kat selngor…yg jd masalah, kitorng sekarang keje kat jb….nk setelkan borng, bnda2 tuh semu, amik masa, tenaga….ct terbuang mcm tuh jer….any suggestion????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge