Proton Inspira

Proton Inspira telah mula dibuka untuk tempahan kepada umum setelah beberapa bulan khabar angin mengenai kereta baru Proton berlegar-legar di internet. Terdapat 3 jenis varian yang ditawarkan oleh Proton iaitu 1.8 Manual, 1.8 CVT dan 2.0 CVT. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM78,549 untuk 1.8 Manual, RM84,549 untuk 1.8 CVT dan RM91,549 untuk 2.0 CVT. Proton Inspira boleh didapati dengan 4 pilihan warna iaitu putih, plum red, perak dan hitam.

Tempahan boleh dibuat dengan membayar deposit RM1000 dimana-mana pengedar Proton. Bagi yang membuat tempahan sebelum 15 November 2010 akan menikmati perkhidmatan servis selama dua tahun percuma atau 50,000km pertama (yang mana datang terlebih dulu). Servis selama 2 tahun ini dianggarkan bernilai RM1,658 yang meliputi free parts and labour. Majlis pelancaran rasmi Proton Inspira akan diadakan pada 10 November 2010 nanti dan harga beserta pakej bagi setiap varian akan diumumkan secara rasmi pada majlis tersebut.

Nama Inspira sebenarnya diilhamkan dari perkataan inspirasi. Nama yang diberikan ni sebenarnya nampak agak menarik dan sesuai dengan imej Proton.
Gambar Proton Inspira (Sumber: paultan dot org)

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa Proton Inspira nampak hampir serupa macam Mitsubishi Lancer. Proton dah takde idea ke sampai nak kena tiru design Mitsubishi Lancer. Jawapannya adalah Proton Inspira ni adalah hasil perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC). Dalam perkongsian nie, Proton dan Mitsubishi akan bekerjasama dan saling bertukar model kenderaan. Tak timbul soal tiru meniru sebab memang Proton ada buat kerjasama dengan Mitsubishi untuk menggunakan enjin dan platform Mitsubishi Lancer untuk dijual semula sebagai Proton Inspira.

Ada sedikit perbezaan antara model Mitsubishi Lancer dengan Proton Inspira terutamanya dari segi design front grille, sport rim, bumper dan sistem suspensi. Dari segi enjin pula, Proton Inspira menggunakan enjin MIVEC dan bukannya enjin Campro seperti model Proton yang terdahulu.

Fuel consumption bagi Proton Inspira dijangka akan sama dengan FC bagi Mitsubishi Lancer disebabkan oleh penggunaan enjin dan platform yang sama. Mengikut rata-rata pengguna Mitsubishi Lancer, FC yang direkodkan adalah sekitar 7-9 Liter/100km bagi pemanduan di lebuhraya dan 11-13 Liter/100km bagi pemanduan di bandar. Walaubagaimanapon kadar FC turut bergantung kepada gaya pemanduan pemandu dan keadaan trafik serta jalan. Kalau pemandu jenis yang suka menekan minyak, maka FC pon akan jadi tinggi lah.

Bagi saya, kerjasama antara Proton dan Mitsubishi adalah satu kerjasama win-win bagi kedua-dua belah pihak dimana Proton dapat menjimatkan banyak wang untuk R&D dan boleh menumpukan wang untuk R&D kenderaan yang boleh menghasilkan volume yang tinggi seperti Proton Saga dan Proton Persona.

Syabas buat Proton kerana berjaya membawa Proton Inspira kepada pengguna dengan harga yang reasonable.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,

24 Responses to “Proton Inspira”

  1. suffer8zine says:

    harga boleh tahan mahal, fuhhh
    suffer8zine recently posted..UFO di ChinaMy ComLuv Profile

  2. mama zharfan says:

    ‘reasonable’ ke harganya..kalau kualiti setaraf dgn keta import, then baguslah..sbb me kdg2 agak kurang yakin dgn mutu kereta tempatan–me pun pakai satria ajer..cuma tgh berusaha nak pakai crv Insya Allah
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!My ComLuv Profile

    • admin says:

      rasanya reasonable sbb platformnya datang dari design mitsubishi. enjin pon pakai mivec. kalau dia boleh deliver kereta yg takde masalah dan kualiti yg ok, rasanya berpatutan lah harga tu.kalau nak beli mitsubishi lancer ex harga cecah rm121,000 :)

  3. suzierahman says:

    tp bntuk nya tu..cm robot lh.hihi..mhl2 nk kobek kt ner ni..bro mnt ke.bli r 1.
    suzierahman recently posted..7 – 9 0ct 2010 kenduri kawen ila part 4My ComLuv Profile

  4. tiefazatie says:

    erm mahal gak but mg murah lg dr evo kan2..haha..mybe ok kot..sbb dh combine ngan mitsubishi kan2..haha…
    tiefazatie recently posted..JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNGMy ComLuv Profile

    • admin says:

      kalau evo harga mau cecah rm330k. huhu. lancer 2.0 gt dlm rm124k :)
      mmg murah sgtlah tapi exterior ada beza skitlah especially front grille

  5. Fuziani JSR says:

    Cantik…bergaya… dan masih murah berbanding kereta luar…
    Fuziani JSR recently posted..AIR MATA SAUDARA BARUMy ComLuv Profile

  6. eira says:

    blh tahan harga ni..

  7. fitri says:

    menunggu model persona dan saga yang baru..masih dlm rnd..huhu
    fitri recently posted..iPhone 4 Termahal Di DuniaMy ComLuv Profile

  8. tiefazatie says:

    sgt bahagia masa study di labuan..senang2 je dapat naek evo..fairlady…lancer..sebab ramai ging2 keta sana member ifa..haha..xdpt beli..naek pun jadi!hihi
    tiefazatie recently posted..ifa sayang lebih la ennuff!My ComLuv Profile

  9. zik says:

    survey2 jelah ..nak beli..ai… entahla.. .belajau pun tak habis lagi..hehe
    zik recently posted..Garam bukitMy ComLuv Profile

  10. ummi iman says:

    abah iman tgh pasang angan2 nak membeli inspira ni..huhuks
    ummi iman recently posted..ATUKMy ComLuv Profile

  11. Jericho says:

    Harga agak mahal, bersesuaian dengan design yang cun melecun.. harap kualiti dia pun cun juga..
    Jericho recently posted..Journal- LBU – BKIMy ComLuv Profile

  12. eira says:

    boleh tahan harganya..huhu

  13. cascd says:

    haritu masa persona kluar, persona jd dream car.pastu bila inspira ni pulak kluar, ni pulak jd dream car aku.adoi..nsib bek tak beli persona awl2..
    nnt beli yg ini, ada pulak yg baru… huuu
    cascd recently posted..11 Operator Google Yang Harus Diketahui Oleh Blogger dan WebmasterMy ComLuv Profile

  14. Papa Zara says:

    inspira? papa tgok dr jauh je la :( (
    Papa Zara recently posted..Jom Parking kat Blog Ben AshaariMy ComLuv Profile

  15. uniknya cara diorg wt promosi tu….
    M U M U M E O W recently posted..Tutorial – Cara Tukar Favicon BloggerMy ComLuv Profile

  16. botaq says:

    kereta yang smart… lagi smart dari pesona
    botaq recently posted..Perkara Perlu Ada Untuk Jadi Lelaki HotMy ComLuv Profile

  17. jum tgk audi kat sini lak..hehe
    alexa yussida recently posted..hangat peluk ituMy ComLuv Profile

  18. yaya says:

    nak gak satu :p
    yaya recently posted..selamat berperang semua! -My ComLuv Profile

  19. Thaqif says:

    Tahniah kepada Proton. Bagi rakyat Malaysia, kami amat mengharapkan kualiti yang tinggi. Cuma pengedarnya kena berkualiti juga. Saya telah mengunjungi pengedar di KB dan saya memang amat tahu bahawa Jepun takkan berikan 100 % teknologinya kepada Inspira, bila ditanya jurujual ia kata semuanya sama kecuali bumper. Nak kelentong ke memang tak tahu ? Pembeli sekarang bijak bukan boleh dokelentong ! Harap Eon kena ajar jurujual agar lebih pandai dan jujur dengan pembeli. Berlainan sekali dengan kenyataan proton bahawa 40 % adalah komponen lokal dan akan tingkatkan kepada 60 %. Apa yang pembeli nak tahu ialah part mana yang berbeza dan dibuat di Malaysia / Asean. Walau apap pun kami tetap pilih Proton.

  20. Team Terabiz says:

    Hye,
    This proton inspira is really cool and i pretty sure people will modified it later,malaysian people is really creative people

    This is my first time comment at this blog ;)
    Team Terabiz recently posted..5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menulis BlogMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled