Pungutan Pingat Sukan Asia 2010 Guangzhou – Hari Kelima

*Untuk berita pungutan pingat terkini Malaysia di Sukan Asia 2010, sila klik di sini

Pungutan pingat Malaysia di Sukan Asia 2010 setakat hari kelima ialah 3 emas, 3 perak dan 4 gangsa. Ini meletakkan Malaysia di tangga ke 9 keseluruhan di kalangan negara yang bertanding. Selepas Malaysia gagal menambah sebarang pingat pada hari semalam, pada hari kelima Sukan Asia 2010 Malaysia berjaya menambah 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Seperti yang telah diramal, jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang berjaya memenangi pingat emas dalam acara Keirin. Pingat perak dalam acara Keirin turut dimenangi oleh pelumba negara iaitu Josiah Ng.

Bowling turut menyumbangkan emas kepada kontinjen negara melalui gandingan Adrian Ang dan Alex Liew dalam acara beregu lelaki.

Pingat perak dan gangsa disumbangkan oleh sukan equestrian menerusi Quzandria Nur Mahamad dan Md Qabil Ambak Mahamad Fathil.

Sumber: Astro Sports Channel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,

8 Responses to “Pungutan Pingat Sukan Asia 2010 Guangzhou – Hari Kelima”

  1. princeduyong says:

    tahniah buat skuad malaysia…
    princeduyong recently posted..APA KORBAN KITAMy ComLuv Profile

  2. [...] Pungutan Pingat Sukan Asia 2010 Guangzhou – Hari Ketiga Filed in Happenings , News 2 comments Hello there! If you are new here, you might want to subscribe to the RSS feed for updates on this topic.Powered by WP Greet Box WordPress Plugin*Untuk berita pungutan pingat terkini Malaysia di Sukan Asia 2010, sila klik di sini [...]

  3. [...] Sukan Asia Guangzhou 2010 – Berita Sekitar Hari Kedua Filed in Happenings , News 7 comments Hello there! If you are new here, you might want to subscribe to the RSS feed for updates on this topic.Powered by WP Greet Box WordPress Plugin*Untuk berita terkini pungutan pingat Malaysia di Sukan Asia 2010, sila klik di sini [...]

  4. afiq din says:

    gembira rase msia dpt emas.. teruskan usaha :)
    afiq din recently posted..Cite raye Tahun nieMy ComLuv Profile

  5. suzierahman says:

    hebat..chayok2 mlysia!
    suzierahman recently posted..Bahana Nabil Cium mulut!My ComLuv Profile

  6. Affan says:

    kalau tak silap aku, azizulhusni tu antara yang top world ranking dalam acara keirin. Malaysia boleh
    Affan recently posted..Cabaran SEO Berita Sukan TerkiniMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled