Pungutan Pingat Sukan Asia 2010 Guangzhou – Hari Ketiga
*Untuk berita pungutan pingat terkini Malaysia di Sukan Asia 2010, sila klik di sini
Pungutan pingat Malaysia di Sukan Asia 2010 pada hari ketiga ditambah dengan 1 emas dan 1 perak. Pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia Guangzhou 2010 disumbangkan oleh atlit wusyu negara Chai Fong Ying dalam acara Taijiquan. Beliau telah menewaskan atlit dari Jepun, Ai Miyaoka dan atlit Taiwan, Wen Ching Ni yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.
Pingat perak pula disumbangkan oleh atlit Billiard negara Amir Ibrahim dalam acara 8-Ball Pool Singles lelaki. Beliau tewas kepada atlit Taiwan, Kuo Po-Cheng dalam perlawanan akhir. Pingat gangsa dimenangi oleh peserta dari India, Kumar Alok dan peserta dari Indonesia, Nasution Irsal Afrinneza.
Manakala atlit harapan Malaysia dalam acara trek lumba basikal, Mohd Azizulhasni Awang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara Pecut 200m lelaki setelah menewaskan peserta dari Iran, Hassanali Varposhti. Acara separuh akhir ini akan berlangsung pada hari Selasa pukul 10 pagi waktu tempatan. Harapan untuk menyaksikan seorang lagi pelumba negara di peringkat separuh akhir acara Pecut 200m wanita tidak kesampaian apabila Fatehah Mustapa telah tewas kepada pelumba Korea Selatan, Kim Wongyeong di peringkat suku akhir.
Hajat pasukan bola sepak Malaysia untuk layak ke peringkat suku akhir musnah apabila tewas 1-3 kepada Iran dalam perlawanan peringkat kedua. Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha menerusi sepakan penalti.
Sumber: Astro Sports Channel
Tags: Pungutan pingat, Sukan Asia 2010, Sukan Asia Guangzhou 2010

Facebook
thanks bro for the update

Mama Zharfan recently posted..desperado mode – nak kena cari HP 3g la plakadoyai
wah….
agak2 berapa pingat lg kita boleh dapat?