Ramadhan Buffet 2010 at Federal Hotel
Untuk siri kedua review berbuka puasa, kami telah memilih untuk buka puasa di Hotel Federal Kuala Lumpur. Hotel ni terletak bersebelahan dengan Plaza Low Yat, Bukit Bintang. Hotel ini mempunyai banyak sejarah sejak dari mulanya hotel ni beroperasi pada tahun 1957. Ada ruangan khas di lobi hotel yang menunjukkan gambar hotel dari zaman 50-an hingga ke masa kini.
Bagi bulan Ramadhan, buffet Ramadhan telah disediakan oleh Hotel Federal di Restoran Verandah. Menu yang disediakan adalah lebih kepada masakan tempatan, di samping mempunyai beberapa signature dish seperti roast lamb dan nasi bukhari. Di samping itu, buffet ramadhan ini turut menyajikan makanan kegemaran Tunku Abdul Rahman iaitu sambal sotong. Resepi sambal sotong turut diletakkan bersebelahan sajian tersebut untuk tatapan pengunjung.
Live action stall yang menyajikan sate serta ikan dan ayam panggang.
Sambal sotong kegemaran Tunku Nasi tomato
Bagi penggemar nasi kandar, Ramadhan Buffet di Hotel Federal turut mempunyai beberapa sajian untuk nasi kandar seperti kari ikan, udang goreng berempah dan ayam masak merah. Selain daripada itu, antara makanan lain yang terdapat dalam pilihan untuk buffet ramadhan tersebut adalah seperti bubur lambuk, murtabak, sushi, fried seafood kuey teow, tempura ikan, shawarma, Penang pasembur, pelbagai jenis acar, pelbagai jenis salad, pelbagai jenis kuih dan buahan, ais kacang, minuman, aiskrim dan banyak lagi. Terdapat lebih kurang 100 jenis makanan yang disediakan untuk buffet ramadhan di Hotel Federal.
Selain daripada itu, kemudahan surau turut disediakan untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat di sana. Dari segi jumlah pengunjung yang berbuka puasa di sana pula, restoran Verandah hampir full house pada hari tersebut. Mungkin ini disebabkan hari tersebut adalah hari minggu dan lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai mall seperti Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza, BB Plaza dan Lot 10 yang terdapat di kawasan Bukit Bintang membuatkan Hotel Federal menjadi pilihan para pengunjung.
Harga buffet Ramadhan di Hotel Federal adalah RM68++ bagi dewasa dan RM40++ untuk kanak-kanak/warga emas. Tempat ini sesuai untuk dijadikan lokasi berbuka puasa setelah habis membeli belah di Bukit Bintang berdasarkan lokasinya yang dekat dengan shopping complex di kawasan tersebut.
The Verandah @ Federal Hotel Kuala Lumpur
35 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603 2148 9166
Website: www.fhihotels.com
Koordinat GPS: U 3.144121 T 101.709105
Tags: Buka Puasa, Bukit Bintang, Hotel, Hotel Federal, Ramadhan Buffet















Facebook
telan air liur je tengak makanan2 tu. macam sedap je. lagi2 sate tu.
terima kasih amir sebab melawat. memang terliur tgk gambar2 tu
mahal jugak eh harganya…
agak mahal skit. mungkin sebab hotel tu 4 bintang. tapi rasa dan pilihan makanan mmg class. kalau tak silap sape yg ada kad kredit rhb ada diskaun 50%. boleh cek dgn hotel utk kepastian
so kena amek kad kredit rhb la pulakkkk….hehehehe
selamat berpuasa, semoga amal ibadahnya diterima di Bulan Ramadhan ini
cantiknye pic makanan!best sungguh makanan2 nie..waaa!
wahhh, bestnya makanan tu.
ermmm, memang terliur hbs ni~