Ramadhan Buffet 2010 at Lanson Place
Review ke-3 untuk sesi buka puasa kali ni adalah Buffet Ramadhan di Lanson Place Ambassador Row Serviced Residences. Lanson Place menyediakan hidangan melayu tempatan dan juga makanan BBQ dalam buffet Ramadhan nya. Restoran ini mempunyai 2 bahagian iaitu indoor dan outdoor. Bahagian outdoor lebih kepada suasana santai dan nampak lebih rileks dan bahagian dalam restoran nampak lebih formal.
Bagi yang meminati makanan BBQ atau grill, Lanson Place menyediakan pelbagai pilihan makanan grill dari ayam panggang, paprika chicken sausage, daging panggang, ikan panggang dan sate. Di samping itu, terdapat pelbagai pilihan sos untuk cicah dengan makanan grill tersebut.
Selain daripada makanan grill, Lanson Place turut menyediakan makanan tempatan seperti rendang ayam, kailan ikan masin, beancurd in cantonese style, roti jalan, murtabak, mee goreng, kuey teow goreng, meehoon goreng dan pelbagai jenis kuih tempatan.
Selain daripada makanan tempatan, beef lasagna turut disediakan dalam sajian buffet ramadhan bagi memenuhi citarasa pengunjung yang inginkan variasi makanan dari barat. Selepas selesai menjamu selera, pengunjung boleh memilih untuk menjamu pelbagai jenis pemanis mulut seperti puding dan kuih. Di samping itu, teh taik dan nescafe tarik turut disediakan bagi peminat minuman tersebut.
Buka puasa buffet ini boleh didapati dari 16 Ogos hingga 7 September 2010 pukul 7 petang hingga 10 malam. Harga bagi Buffet Ramadhan di Lanson Place Ambassador Row adalah RM65 nett. Di samping itu terdapat promosi dimana bagi setiap 5 tetamu berbayar, tetamu yang ke-6 boleh makan buffet secara percuma.
Lanson Place terletak di Jalan Ampang Hilir bersebelahan dengan Restoran Victoria Station dan Sayfol International School. Bagi yang ingin mencari kelainan dan suasana santai boleh lah mengunjungi Lanson Place untuk berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan.
Map source: Google Maps
Lanson Place Ambassador Row Serviced Residences
1 Jalan Ampang Hilir
55000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603 4253 2888
Website: www.lansonplace.com
Koordinat GPS: U 3.160131 T 101.729636
Tags: Ampang Hilir, Buka Puasa, Lanson Place, Ramadhan Buffet












Facebook
yg ni pun nampak sedap..
rasa makanan tu boleh tahan. tempat pon best juga sebab suasana ala2 santai
nyesal la aku baca yg ni. buat perot aku lapar je! haha. btw nice entry.
hehe. dugaan bulan ramadhan bro
Datanglah beramai berbuka puasa a la santai di Lanson Place. Seorang 65.00nett . Datang 6 orang dan bayar untuk 5 orang. Sila hubungi Jeffry @ 0126919391 untuk tempahan
wah!makanan!so heaven!bestnye tue!
tiefazatie recently posted..KL Urbanite First Giveaway Contest
blh terliur hbs ni..