Home / News / Happenings / Rebate Toll 20% Touch and Go vs Diskaun Tol Hari Raya

Rebate Toll 20% Touch and Go vs Diskaun Tol Hari Raya

Mesti ramai sekarang tengah sibuk bersiap2 utk pulang berhari raya di kampung dan sudah pasti lebuhraya/highway akan menjadi laluan utama korang utk sampai ke destinasi. Hari ni aku terasa macam nak buat perbandingan antara rebet tol 20% dengan diskaun tol raya yang baru diumumkan baru2 ni.

Rasanya semua orang mesti dah tahu diskaun tol raya untuk Hari Raya 2010 ni. 24 syarikat konsesi lebuhraya telah menawarkan diskaun dan 1 syarikat konsesi menawarkan tol percuma bagi pengguna lebuhraya.

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Pertama (LPT) tidak perlu membayar tol pada 7, 8, 15 dan 16 September dari pukul 9 malam hingga 6 pagi. Kalau sesiapa yang menggunakan tol Karak dah dapat jimat RM8 pada hari tersebut. Kalau yang guna LPT pulak dapat jimat RM21 untuk satu hala. Boleh lah buat benda lain dengan duit tu.

Untuk lebuhraya lain pulak, kebanyakannya cuma menawarkan diskaun. Kat sini aku list kan highway utama yang menawarkan diskaun sempena raya ni.

1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura
Diskaun 20 peratus kepada pengguna kenderaan ringan yang menggunakan lebuhraya PLUS antara pukul 12 tgh malam hingga 7 pagi serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

2. Lebuhraya Kulim Butterworth
Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

3. Lebuhraya Metramac
Diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

4. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
Diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept.

5. Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
Diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9 Ogos hingga 20 Sept.

6. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
Diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

7. Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
Diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10 Sept hingga 6 pagi 11 Sept.

Bagi yang ingin mengetahui senarai lengkap diskaun tol boleh lah download di sini

Kesimpulannya diskaun tol raya ni cuma sah untuk tarikh tertentu sahaja. Kalau korang lalu highway pada tarikh dan masa yang ditetapkan korang akan dapat menikmati diskaun tu. Kalau korang lalu selain dari masa yang ditetapkan, korang tak dapatlah nak rasa diskaun tu.

Bagaimana pulak dengan rebat tol 20% ?

Rebat tol ni dah lama diperkenalkan sejak 1 September 2009. Rebat ni diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban pengguna yang kerap menggunakan lebuhraya. Bagi yang tidak tahu, rebat tol 20% ni boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja asalkan korang menggunakan lebuhraya lebih dari 80 kali sebulan dan setiap transaksi tol menggunakan sama ada Touch and Go atau Smart Tag. Sape2 yang x ada Touch and Go atau Smart Tag tak dapatlah nak nikmati rebet ni walaupon korang pakai tol lebih dari 80 kali sebulan. Kalau korang tanya lebuhraya mana yang valid utk rebet ni, jawapannya adalah semua tol asalkan pakai Touch N Go atau Smart Tag. Kalau korang buat transaksi pakai Touch and Go untuk benda lain selain tol tidak akan termasuk dalam kiraan transaksi 80 kali sebulan tu.

Sebenarnya aku pon baru lepas claim rebat aku kat PLUS semalam. Korang nak tahu berapa jumlah rebat yang aku dapat. Utk semalam je aku dapat RM240.90. Ni lah hasilnya setelah aku kumpul dlm 3 bulan. Lagi pon aku ni boleh consider sebagai heavy user lebuhraya. Tiap2 hari je aku akan lalu tol 6 kali sehari. Aku akan lalu DUKE, NKVE dan Tol Batu Tiga, bila ulang alik jadilah 6 kali sehari.

Kalau korang nak tahu kat mana korang boleh redeem rebat tol ni, korang boleh pergi kat mana2 Plaza Tol yang ada kaunter reload Touch and Go atau pergi ke Touch and Go hub di KL Sentral, Faber Tower KL atau Wisma Nufri Johor Bahru. Sebut je rebet tol dan hulurkan kad Touch and Go korang, tahulah gadis tol tu nak buat apa.

Kalau korang nak pantau penggunaan atau jumlah transaksi korang dalam sebulan, korang boleh register kat laman web Touch and Go . Bila korang dah register, korang boleh tgk jumlah transaksi dan rebet yang korang boleh tebus. Korang klik je kat bahagian register now dan masukkan nombor kad Touch and Go.

Kesimpulannya aku dapat pulang beraya kali ni dengan percuma pada bila2 masa dan hari menggunakan rebat tol 20% yang aku nikmati selama ni. Bagi yang kerap menggunakan tol lebih dari 80 kali dalam sebulan dan tidak menggunakan Touch And Go, beralihlah ke Touch and Go supaya korang pon dapat enjoy rebat 20%. Cuba bayangkan kalau sebulan belanja korang RM100 kat tol, korang dapat jimat RM20. At least dapat something daripada tak dapat langsung.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

11 comments

  1. really informative..good job! :)

  2. wow! sempoi~
    nobitasensei recently posted..Sakit Perut

  3. Willyo Alsyah dn Ces5Ter band mgucpkn slmt idul fitri. mhn maaf lhir dn batin

  4. wah..best gak kan..tp ifa blik kg aritue xlalu tol pun..hihi

  5. Nice info…
    thanks.
    Chenk Rahman recently posted..Indonesia Siap Bersaing di SERP

  6. senang nya berada di negeri anda banyak dikon,
    nice pos
    indonesia siap bersaing di serp recently posted..Exchange Link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge