Home / Foods / Cina Muslim / Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Kini telah menjadi satu trend kebanjiran restoran berkonsepkan makanan cina muslim di Kuala Lumpur. Mohd Chan Abdullah merupakan salah satu restoran yang tidak asing lagi di KL dalam menyediakan makanan cina muslim. Maka tidak hairanlah Restoran Mohd Chan Abdullah mempunyai 8 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Restoran Mohd Chan ini mempunyai ramai pengikut atau pelanggan tetapnya. Ini dapat dilihat melalui ramainya orang yang datang untuk menjamu selera disini terutamanya di waktu puncak.

Bagi pembaca yang pernah melancong ke Beijing, China pasti akan teringat kembali makanan cina muslim yang di hidangkan semasa anda bercuti di China. Walaupon Mohd Chan Abdullah menyajikan makanan cina muslim dalam menu makanannya, tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi pilihan makanan yang dihidangkan kalau dibandingkan dengan restoran makanan cina muslim di Beijing. Akan tetapi anda masih mempunyai pelbagai pilihan makanan cina muslim untuk dipilih yang telah disesuaikan dengan citarasa penduduk tempatan.

Dalam sesi jalan-jalan cari makan kali ini, kami telah mencuba beberapa jenis makanan yang terdapat disini. Antaranya ialah Siakap Goreng Kapitan Style. Ikan siakap ini digoreng dengan rangup dan memang sesuai dengan citarasa kami yang memang sukakan lauk ikan sebegini digoreng rangup. Rasa kuahnya juga sedap dan enak. Set ini dijual pada harga RM38 sepinggan.

Siakap Goreng Kapitan Mohd Chan

Kami turut memesan daging masak kam heong. Kam Heong sebenarnya adalah sejenis perkataan dari dialek Kantonis yang membawa maksud bau keemasan. Daging Kam Heong ini dimasak bersama dengan daun kari dan rempah yang menaikkan aroma untuk masakan ini. Dan seperti biasa hidangan sebegini disediakan dalam portion yang besar yang boleh dimakan oleh 2 hingga 3 orang dewasa. Set ini dijual pada harga RM20.

Daging Masak Kam Heong

Sup sayur bersaiz kecil ini pula berharga RM8. Walaubagaimanapon sup ini kurang mendapat perhatian kami kerana kami lebih gemarkan sup yang berempah seperti Sup Hameed di Pulau Pinang. Mungkin sup stail masakan cina muslim kurang sesuai dengan citarasa kami.

Sup sayur chinese muslim food mohd chan abdullah

Selain makanan untuk dihidangkan dengan nasi, terdapat juga beberapa pilihan makanan ala carte nasi goreng dan mee. Kami telah mencuba Wantan Mee Roasted Ayam yang berharga RM5.50 sepinggan. Rasa meenya ok cuma kami jangkakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dihasilkan.

Wantan mee roasted chicken makanan cina muslim

Untuk melengkapkan hidangan tengahari ini sudah pastilah minuman.

Kedondong Asam Boi Ribena Laici

Keseluruhannya makanan disini sedikit mahal jika dibandingkan dengan kedai makanan tempatan yang lain. Walaubagaimanapon jika dibandingkan dengan kedai makanan cina muslim yang lain, sebenarnya harga disini adalah lebih kurang sama dengan restoran cina muslim yang lain. Mungkin ini adalah standard harga makanan cina muslim.

Dari segi rasa pula, kami rekomen anda untuk mencuba hidangan ikan dan masakan kam heong disini yang pada pendapat kami adalah sedap. Sekiranya anda kesini untuk mencuba makanan ala carte anda boleh mencuba wantan mee kerana hidangan sebegini jarang terdaat dikedai makanan melayu.

Dari segi saiz hidangan pula, harus diingatkan makanan disini disediakan dalam portion yang besar yang boleh dimakan oleh 2 ke 3 orang dewasa. Sekiranya anda datang dalam kumpulan yang kecil anda boleh memesan 2 atau 3 jenis makanan sahaja supaya tidak membazir.

Bagi yang ingin mencuba makanan cina muslim di Restoran Mohd Chan Abdullah, anda boleh pergi ke cawangan terdekat dengan tempat anda. Antara cawangan yang anda boleh kunjungi adalah di Taman Melawati, Dataran Glomac Kelana Jaya, Wangsa Maju, Bandar Baru Bangi, Rawang, Shah Alam, Klang Sentral dan Bukit Beruntung. Untuk sesi review ini, kami telah mencuba di cawangan Taman Melawati yang terletak bersebelahan dengan salun gunting rambut A Cut Above.

Sekiranya anda suka pada entri ini, silalah like atau share entri ini kepada kenalan anda menggunakan button Tweet, FB like atau Google Circles di bawah. Dan sekiranya anda tidak mahu terlepas entri-entri lain mengenai tempat makan menarik yang harus anda kunjungi, anda boleh mengikuti kami di facebook melalui link ini.



Restoran Mohd Chan Abdullah Makanan Cina Muslim Cawangan Taman Melawati

60, Jalan Negara
Taman Melawati
53100, Kuala Lumpur

Tel: 012 6480680

Koordinat GPS: U 3.209108 T 101.750487

Kini telah menjadi satu trend kebanjiran restoran berkonsepkan makanan cina muslim di Kuala Lumpur. Mohd Chan Abdullah merupakan salah satu restoran yang tidak asing lagi di KL dalam menyediakan makanan cina muslim. Maka tidak hairanlah Restoran Mohd Chan Abdullah mempunyai 8 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Restoran Mohd Chan ini mempunyai ramai pengikut …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh tahan

Summary : Sesuai untuk penggemar makanan cina muslim. Saiz hidangannya besar walaupon harganya mungkin sedikit mahal

User Rating: 3.85 ( 2 votes)
71

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge