Home / Foods / Buffet Ramadhan / Review Buffet Buka Puasa 2015 di KL East Gallery

Review Buffet Buka Puasa 2015 di KL East Gallery

Pasti ramai yang sedang mencari review tempat buka puasa yang menarik dan murah. Kali ini kami ingin berkongsi satu tempat yang menarik serta murah untuk anda berbuka puasa iaitu di KL East Gallery. Lokasi ini menyajikan makanan berbuka puasa secara buffet pada harga yang berpatutan iaitu RM38 nett bagi dewasa dan untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun pula pada harga RM19 nett. Apa yang lebih menarik lokasi berbuka puasa ini diuruskan oleh Sime Darby Convention Centre yang merupakan nama tidak asing lagi bagi yang sudah biasa berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre.

KL East

Tempatnya agak menarik kerana ianya baru sahaja dibuka kepada umum bagi mempromosikan projek kondominium baru Sime Darby Property di KL East iaitu Veo dan Quarza. Masuk sahaja ke KL East Gallery anda akan dapat melihat susunan kaunter buffet dan meja yang dihias dengan cantik.

KL East Buffet Ramadhan

KL East Buffet Ramadhan 2015 Suasana Cantik

Apa yang membuatkan buffet ini menarik adalah dengan adanya sajian kambing panggang dalam menunya. Jarang sekali buffet pada harga RM38 menawarkan kambing panggang dalam pilihan makanannya. Nasi arab turut disediakan bagi dimakan bersama-sama dengan kambing panggang tadi.

Kambing Panggang Buffet Ramadhan

Selain kambing panggang, ada banyak lagi makanan tempatan lain yang disajikan semasa kami kesana untuk berbuka puasa. Antaranya adalah pasembur mamak, char kuey teow, mee kari, murtabak, sate, sup, bubur, ulam-ulaman, steamboat, ikan bakar, pisang goreng dan cucur udang.

Pasembur Buffet Ramadhan

Char Kway Teow Buffet Ramadhan

Mee Buffet Ramadhan 2015

Selain itu, terdapat 5 jenis lauk pauk yang disediakan yang boleh dimakan samada dengan nasi putih atau nasi tomato.

Buffet Ramadhan Murah 2015

Pelbagai jenis pencuci mulut turut disajikan antaranya pelbagai jenis kek, kuih tradisional melayu, bubur pengat, buah-buahan, kurma, ais kacang dan aiskrim. Selain itu pelbagai jenis minuman seperti teh tarik, fruit punch dan sirap bandung turut tersedia untuk pengunjung.

Kuih Melayu Buffet Ramadhan 2015

Buffet Ramadhan KL East 2015 Setapak Wangsa Maju

Antara sajian yang menjadi pilihan kami untuk berbuka puasa ialah sate. Jarang sebenarnya boleh jumpa sate kalau buffet ramadhan yang harganya bawah RM50 di Kuala Lumpur. Memang untung jugalah kalau difikirkan dengan harganya serta makanan yang ditawarkan.

Buffet Ramadhan Murah 2015 Murah Menarik Sedap

Ikan Bakar Buffet Ramadhan

Ikan kembung bakar pon menjadi pilihan kami untuk dicuba. Sedap jugalah rasanya bila dicicah dengan kuah kicap dan sos asamnya.

Buah-buahan dan pelbagai jenis manisan dan kuih turut kami cuba.

Buah Buffet Ramadhan

Dessert Murtabak Buffet Ramadhan

Pasti ada yang tertanya-tanya berbaloi ke datang berbuka puasa disini? Kami cuba memberikan review atau pandangan yang sejujurnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Apa yang kami suka tentang berbuka disini adalah harganya yang berpatutan iaitu RM38. Variasi makanan yang disediakan juga ok dengan sajian utamanya iaitu kambing panggang dengan nasi arab. Ketika kami berbuka puasa disini juga tidak terlalu ramai orang, jadi tidak perlu bersesak-sesak ketika memilih makanan. Rasa makanannya juga sedap pada pandangan kami. Selain itu surau yang disediakan juga selesa dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 12-15 orang pada satu-satu masa.

Surau Buffet Ramadhan

Apa yang kami tidak suka pula rasanya macam tak ada. Cuma sate adalah antara makanan yang paling awal habis. Walaubagaimanapon kami lihat ini bukan antara masalah yang besar kerana masih terdapat makanan yang lain untuk dicuba. Selain itu lokasi berbuka puasa ini tidak dibuat di dalam tempat berhawa dingin, mungkin ada sesetengah orang akan merasa tidak selesa. Tetapi sepanjang kami berada di sana kami tidak merasa panas atau tidak selesa kerana ada disediakan kipas.

Dan sekiranya ada yang bertanya banyak ke makanan yang ditawarkan dalam buffet ini, kami sendiri pon tidak mampu untuk mencuba semua makanan disini. Walaupon pilihan makanannya tidak sebanyak di hotel yang kami pernah berbuka puasa tetapi bagi kami dengan harga RM38 agak berbaloi dengan makanan yang disediakan. Makanan barat tidak disajikan dalam buffet ini, tetapi bagi kami ianya adalah bersesuaian dengan harga yang dikenakan. Kalau ada makanan barat mungkin harganya sudah pasti bukan RM38 lagi. Dengan harga buffet sekarang yang semakin mahal, secara peribadi saya rasakan KL East Gallery menawarkan buffet pada harga yang sangat menarik.

Bagi yang ingin mencuba, dinasihatkan untuk telefon terlebih dahulu bagi membuat tempahan tempat bagi mengelakkan ketiadaan tempat sekiranya anda walk-in. KL East Gallery terletak bersebelahan dengan MRR2 berhampiran dengan Taman Melati. Bagi yang tinggal berhampiran seperti di Setapak, Gombak, Wangsa Maju, Taman Melawati dan Sri Rampai bolehlah datang kesini. Bagi yang masih tidak pasti di mana lokasinya, sekiranya anda biasa ke stesen LRT Gombak pasti anda akan ternampak jalan baru telah dibuka di persimpangan bertingkat menuju ke stesen LRT dari MRR2. Anda boleh masuk ke jalan baru tersebut kerana ianya akan membawa anda ke KL East Gallery.

 
KL East Gallery
Lot PT9341, Off Middle Ring Road 2(MRR2),
53100 Kuala Lumpur

Telefon: 0172526937 / 0320893688
Koordinat GPS: 3.226941, 101.728420

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

4 comments

  1. saya check harga RM 120 per person. macam mana awak boleh cakap RM 38 je…

    • Untuk makluman, ketika artikel ini ditulis harga buffet adalah RM38 untuk dewasa. Kami kesana pada hari ketiga berpuasa. Bagi mengelakkan kekeliruan, Sime Darby Convention Centre mempunyai 2 lokasi untuk buffet Ramadhan.

      1) Di Sime Darby Convention Centre, Jalan Bukit Kiara harganya ialah RM120
      2) Di KL East Gallery harganya RM38

      Untuk tempahan di KL East boleh hubungi nombor telefon 0172526937.

  2. Tahun ini, 2016, Sime Darby Convention Centre akan membuka Buffet Ramadhan di 2 lokasi:

    1) Halia Restaurant, Sime Darby Convention Centre (GPS: N3 08.297 E101 38.916) – Voucher are still sold now from RM89nett per person. For purchase of vouchers, please call 03-2089 2388

    2) The Glades Gallery – (GPS: 3.008523, 101.577077) – Priced at RM49nett per person, for reservations, please call 017 366 2913 / 2089 3639

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge