Home / Holiday / Review Flamingo Hotel by the Beach, Tanjung Bungah Penang

Review Flamingo Hotel by the Beach, Tanjung Bungah Penang

Percutian ke Pulau Pinang kali ini membawa kami ke Flamingo Hotel by the Beach yang terletak di Tanjung Bungah. Kedudukan hotel ini yang terletak di tepi pantai membuatkan percutian kali ini lebih santai sambil menikmati keindahan pantai di Pulau Pinang. Selain lokasinya di tepi pantai, Flamingo Hotel juga terletak berdekatan dengan Batu Ferringhi iaitu lebih kurang 7km atau 15 minit perjalanan dengan kereta. Selain itu, antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar atau berdekatan dengan Hotel Flamingo Penang ialah Toy Museum (300m), Gurney Drive (6km), Pasar Chowrasta (9km), Nasi Kandar Line Clear (9km), Nasi Kandar Beratur (10km), Georgetown Heritage Sites (10km), Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama (10km), Komtar (10km), Chew Jetty (11km), Bukit Bendera (13km) dan Penang Butterfly Farm (14km).

Setibanya kami di sana, urusan check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami telah menempah bilik deluxe seaview yang mempunyai pemandangan cantik Selat Melaka.

Lobi Hotel Flamingo Penang

Pemandangan indah Selat Melaka yang dapat dilihat melalui bilik deluxe seaview kami.
Deluxe Seaview Flamingo Hotel

Bilik deluxe seaview ini dilengkapkan dengan katil twin, internet WIFI dan televisyen LCD. Biliknya juga adalah agak luas mengikut standard kami. Bilik deluxe ini telah dihias dengan menggunakan konsep moden. Katilnya juga agak besar dan selesa. Biliknya juga tidak menggunakan carpet, sebaliknya menggunakan tiles. Walaupon mungkin sedikit sejuk lantainya tetapi dapat menghindar bau karpet yang busuk.

Bedroom Hotel Flamingo

LCD TV Flamingo Hotel Penang

Bilik deluxe seaview ini turut disertakan dengan sarapan untuk 2 orang dewasa. Disebabkan musim cuti sekolah, restoran waktu sarapan pagi agak padat dengan ramai orang menyebabkan ada makanan yang telah habis dan lambat untuk diisi semula. Anda mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan meja sekiranya anda turun lewat untuk sarapan.

Selain itu, Hotel Flamingo turut dilengkapkan dengan sebuah kolam renang yang besar.

Hotel Flamingo

Kolam Renang Flamingo Hotel Pulau Pinang

Swimming pool at Hotel Flamingo Penang

Hotel Flamingo Outdoor

Sekiranya anda tidak berminat dengan kolam renang anda boleh berjalan-jalan di pantai yang terletak bersebelahan dengan hotel. Pantainya bersih dan cantik. Selain itu turut disediakan kerusi rehat untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati pemandangan pantai.

Beach at Flamingo Hotel Penang

Pantai Hotel Flamingo Penang

Di lobi hotel turut disediakan lounge untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati makanan ringan dan minuman.

Lounge Hotel Flamingo

Kemudahan parking turut disediakan untuk tetamu hotel.

Flamingo Hotel By The Beach Penang

Harga bilik deluxe seaview adalah RM328++ pada musim cuti sekolah. Untuk harga terkini anda boleh semak di laman web Flamingo Hotel atau laman web tempahan hotel seperti Agoda dan Booking.com. Harga biliknya nampak macam agak mahal tetapi realitinya itulah harga hotel di Pulau Pinang semasa cuti sekolah. Sekiranya anda inginkan harga yang murah, anda perlu bercuti di luar peak season.

Keseluruhannya hotel ini sesuai sekiranya anda inginkan bilik yang luas dan berdekatan dengan pantai. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan hotel di Batu Ferringhi. Lokasinya juga strategik kerana terletak di tengah-tengah antara Batu Ferringhi dan Georgetown. Sekiranya anda ingin ke pasar malam Batu Ferringhi anda cuma perlu memandu kereta ke sana yang mungkin mengambil masa 15 minit sekiranya jalan tidak sesak. Banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan di sana. Bagi yang ingin mencari makanan di luar, anda memerlukan kereta kerana tidak banyak kedai makanan yang berada dalam walking distance dari hotel. Walaubagaimanapon, sekiranya anda datang menggunakan kereta, anda boleh memandu ke bandar Georgetown lebih kurang 15 minit untuk menikmati nasi kandar dan sup yang boleh didapati dengan mudah di Pulau Pinang.

 
Flamingo Hotel by the Beach
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Telephone 604 8927 111

Koordinat GPS: U 5.466549 T 100.288555

 

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge