Rewardku Bersama Nuffnang
Nuffnang sudah tidak asing lagi bagi para bloggers. Bagi yang setia bersama Nuffnang sudah pasti banyak ganjaran yang dah anda perolehi seperti Buffered Earning, tiket movie dan banyak lagi hadiah contest. Kali ni saya nak ceritakan sikit apa ganjaran yang telah saya dapat sepanjang 2 minggu lepas sebagai pembakar semangat kepada blogger baru yang masih sangsi dengan Nuffnang.
1. RM2,000 sebagai hadiah untuk contest Why I Love Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza
Setakat 5 bulan bersama Nuffnang, ni lah hadiah contest terbesar pernah kita dapat. Dan bintang untuk entry yang membuatkan diriku terpilih antara 5 blogger bertuah tak lain tak bukan ialah anak kembar kita. Gambar anak kita yang spontan dan bersahaja berjaya menambat hati para juri dari Pizza Hut. Bertuah betul daddy ada anak yang comel. Nanti daddy belanja kamu semua makan pizza lagi. Thank you Nuffnang.
2. Buffered Earningku Dah Bertukar Ke Metered Earning
Setelah hampir 2 bulan iklan Alliance Bank dan Nestle menjadi Buffered Earnings (BE) di KL Urbanite, akhirnya 2 BE tersebut telah bertukar status ke Metered Earnings (ME).
Setakat ni, Alliance Bank lah ME yang paling besar nilainya di KL Urbanite iaitu RM54.24. Rasanya ramai lagi blogger otai di luar sana yang income ME nya lebih besar dari ni. Untuk blog yang masih berusia 5 bulan ni rasanya oklah tu dapat RM54. Bila blog ni makin berkembang nanti, mungkin akan meningkat lah nilai BE tu. Pada Nuffnang, jangan lah malu-malu nak bagi BE lagi ke blog ini.
3. Tiket Movie
Tiket movie ni dah jadi macam sahabat karib kita pulak. Semenjak jadi ahli Glitterati Nuffnang, dah 2 kali kita dijemput pergi ke premiere screening. Bulan lepas dapat peluang tengok cerita Skyline dan minggu depan dapat peluang tengok cerita Tron Legacy pulak. Nak dapat tiket ni mudah je, join je contest yang dianjurkan dan selebihnya kita serahkan pada juri. Kalau ada rezeki, dapatlah panggilan ke premiere screening.
Pada bloggers yang masih sangsi dengan Nuffnang, diharap cerita ni dapat meyakinkan anda untuk setia bersama Nuffnang. Yang penting adalah minat untuk menulis dalam blog. Jadikan penulisan dan perkongsian maklumat sebagai agenda utama untuk berblogging dan ganjarannya pasti akan datang kemudian.
Tags: Buffered Earnings, Contest, Metered Earnings, Nuffnang



Facebook
wah tahniah!
Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia
@suffer8zine: tq bro
congrats !
dalia recently posted..Senarai penyertaan my cOntest
@dalia: tq dalia
waa…boley cashout tiap bulan ni..hehehe
fitri recently posted..WikiLeaks Yang Gila Kentang
@fitri: harap2 begitulah selalu. hehe
wah!
tahniah! tahniah!
bukan senang tu nak lulus juri
@wansiti: tq
bnyk nya..ikiki..congrats,,best3 rezeki twins..
Banyak reward tu, bolehla ajarkan peta-petua untuk tukarkan BE kepada BF kepada us ni XD
@maxloon: boleh ajer kalau nak belajar
wah! besnye..nk gak..huhu
@yanie j: mmg best yanie. lain kali yanie cubalah. mana tahu ada rezeki
congrats bro! rm2k tu byk tau!!! rezeki ur twins tu

Mama Zharfan recently posted..sharing is caring – betul ke soursop durian belanda adalah penawar kanser
@mama zharfan: tq. mmg rezeki anak2
wahh, bestnye!

Sofia recently posted..University Malaya Examination Week
@sofia: tq sofia. seronok sgt
congretz bro.. ^^
panadol recently posted..Aku Suka So
@panadol: tq bro
kite newbie dan still blur ttg nuffnang ni.Kite ada gak buat post ttg mkn Pizza tak tau pulak ada contest.Sybas dan tahniah yer.Rzki anak2 comel tu
aleasara recently posted..Forum bersama Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz
@aleasara: thank u aleasara.
kalau nak belajar pasal nuffnang nie, boleh je tanya kat kita. insyaallah kita tolong jawab.
wah..
TK taktau la bila nak jadi gitu..
makan tahun jugak kot..
tahniah..
toyol recently posted..FAKTA MENARIK DUNIA HAIWAN