Home / Foods / Asian / Sakura Kristal Cafe and Restaurant @ Setia City Mall

Sakura Kristal Cafe and Restaurant @ Setia City Mall

Sakura Kristal sudah tidak asing lagi bagi komuniti Melawati dan Ulu Klang. Kini Sakura Kristal telah membuka sebuah cawangan baru di Setia City Mall yang terletak di Bandar Setia Alam, Shah Alam. Sakura Kristal menyajikan makanan berkonsepkan fusion dimana menggabungkan selera Asian dan Western. Bagi yang sukakan makanan Asian atau Western pasti tidak mempunyai masalah untuk memilih makanan dari menu yang disediakan. Sempena bulan Ramadhan ini, Sakura Kristal Setia City Mall mengadakan promosi diskaun 50% untuk all-time favourite dishes dan Set Ramadhan. Untuk set Ramadhan pengunjung boleh memilih set menu ‘From the Wok’ atau ‘From the Grill’.

Sakura Kristal Setia City Mall terletak di tingkat LG dan berhadapan dengan taman Setia City Mall. Bagi yang tidak biasa dengan Setia City Mall mungkin akan tercari-cari dimana letaknya Sakura Kristal. Sakura Kristal terletak berhampiran dengan East Entrance dan anda perlu berjalan menuju ke East Entrance sehingga anda dapat melihat air pancut dan Starbucks di sebelah kiri anda. Untuk sampai ke Sakura Kristal anda perlu belok ke kiri dan terus berjalan sehingga ke hujung dan anda akan dapat melihat entrance ke Sakura Kristal.

Untuk kunjungan kali ini kami telah mengambil peluang untuk mencuba Set Menu B ‘From The Wok’ dan Set C ‘From The Grill’. Set Menu B ‘From The Wok mengandungi kombinasi makanan seperti Mango Chicken, Signature Peranakan Seafood Curry, Stir-Fried Mixed Vegetables, Nasi Putih, Kurma dan air Sirap Bandung manakala Set C ‘From The Grill’ mengandungi kombinasi makanan seperti Mushroom Soup, Chargrilled Chicken Chop, Kurma dan air Sirap Bandung.

Makanan pertama sekali yang sampai ialah Chargrilled Chicken Chop yang dilengkapkan dengan french fries, salad dan sos black pepper.

Mushroom soup melengkapkan menu Western kami pada hari tu.

Makanan seterusnya yang disajikan ialah Mango Chicken. Ayam ini telah disalut dengan tepung dan digoreng dan disajikan bersama dengan buah mangga. Tak rugi kami memilih mango chicken sebab rasanya sedap dan rangup.

 

Selang beberapa minit kemudian sampai pula mixed vegetable dan peranakan seafood curry.

Peranakan seafood curry antara makanan top kami pada malam tu memandangkan ianya adalah antara signature dish di Sakura Kristal. Rasanya memang sedap dan kari ini dilengkapkan dengan ayam, udang, lokan dan kupang dan dihidangkan masih panas dari dapur. Sajian ini pasti akan menjadi pilihan kami kalau kami pergi ke Sakura Kristal lagi.

Tak cukup dengan set menu kami tambah lagi dengan hidangan ala carte french fries.

Sirap bandung yang menjadi minuman kami kali ini.

Selain makanannya yang enak, Sakura Kristal turut menyediakan suasana makan yang eksklusif dan selesa kepada pengunjungnya. Sakura Kristal menggunakan kombinasi warna gelap dan terang untuk mewujudkan suasana ekslusif dalam ruang makannya disamping pencahayaan yang minima.

Selain mempunyai ruang makanan berhawa dingin, pengunjung yang inginkan ruang outdoor boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian luar restoran yang mempunyai pemandangan cantik taman Setia City Mall.

Bagi yang ingin menjamu selera disana tidak perlu risau akan status halalnya kerana Sakura Kristal telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Bagi yang sedang mencari tempat untuk menjamu makanan Asian atau Western bolehlah pergi ke restoran Sakura Kristal yang berdekatan dengan anda. Selain di Setia City Mall, Sakura Kristal turut mempunyai cawangan di Taman Melawati, SEGi University College Kota Damansara dan KL Festival City Setapak.



 
Sakura Kristal Restaurant
Lot LG-39, Setia City Mall
7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam, Seksyen U13
40170, Shah Alam
Selangor

Phone : 603 3345 6197

Koordinat GPS: U 3.109963 T 101.459212

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

13 comments

  1. kat Kl banyak tp belum pernah cuba.. tgk jer dari luar..
    heheheh

  2. OKje pernah gi sekali….. dah lama dah….. Banyak pilihan dan puas hati…. Teringin lak nak gi lagi…. Tapi area OKje tak de plk!

  3. OKje pernah gi sekali dulu…. dah lama… Teringin pulak nak gi lagi….Memang puas hati!

  4. terliur tgk makanan,dia punya decoration pn cantik.

    • makanan kat sakura kristal sedap. kalau pergi branch melawati selalu penuh. tak perlu risau pasal status halal sebab ada sijil halal dari jakim. boleh makan tanpa was-was

  5. waaa besnya,bl nak blanje ida ni ? 😀

  6. wahh, nice option.. klau ada pluang nk pegi tempat ni :)

  7. Wah dah ada dekat Shah Alam eh.. makanan dia memang awesome gila. Selalu pi dekat melawati je rumah pun situ2 je. hehe.. Lawa la taman mall nie..

  8. Nampak sodap!boleh pegi makan ramai2 kat sini plak!

  9. Terasa seperti di-ripped off terang-terangan. Ayam yg diberi hanya bersaiz kecil, hampir 1/4 saiz sebenar di dalam gambar. Sedarlah manusia, anda semua sedang ditipu oleh hawa nafsu kapitalis2 yg hanya mementingkan poket mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge