Satay Station Setiawangsa
Satay Station Setiawangsa merupakan sebuah lagi restoran yang menawarkan hidangan satay selain dari Sate Kajang Haji Samuri. Selain di Setiawangsa, Satay Station mempunyai beberapa cawangan lain di Mont Kiara, Kampung Pandan, Permaisuri dan Ampang Waterfront.
Sate ayam dan daging disini dijual pada harga RM1 secucuk.
Rasa sate disini lebih berempah dan juicy berbanding dengan Sate Kajang yang pada pendapat saya agak kering sedikit.
Di samping sate, Satay Station turut terkenal dengan Mee Rebus Bonda (RM6 sepinggan). Pada yang kurang meminati sate, bolehlah mencuba mee rebus bonda.
Bagi yang ingin kesana mencuba sate ini, Satay Station cawangan Setiawangsa terletak di Centrum Setiawangsa berdekatan dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
Satay Station Setiawangsa
Centrum Setiawangsa,
Kuala Lumpur
Phone : 019 282 7134
Koordinat GPS: U 3.178861 T 101.741760
Tags: Food, Mee Rebus, Satay Station, Sate



Facebook
nyamannyaaaaaaaaa…!! nikmat makan di M’sia.

tips-kurus recently posted..Tips Kurus Sihat Bersama NINJA!
Nampak menyelerakan…..
Kamal Mustafa recently posted..Wordless Wednesday 2 | Makam Hang Jebat