Home / Foods / Sate Kajang Hj Samuri Kekal Sate Paling Sedap Di KL

Sate Kajang Hj Samuri Kekal Sate Paling Sedap Di KL

Siapa yang tidak kenal restoran Sate Kajang Hj Samuri. Sate Kajang pernah memenangi kategori sate paling sedap di KL dan Selangor dalam Anugerah The Star People’s Food Awards yang berdasarkan undian orang ramai. Sate Kajang cawangan Medan Sate Lama Kajang berjaya mengalahkan kedai sate famous lain di KL seperti Sate Zaini Ampang, Restoran Satay Satay 1 Utama, Sate Willy Medan Selera Ramal Kajang dan Sate Kajang Retro Subang Jaya bagi dinobatkan sebagai sate terbaik di Lembah Klang.

Sate Kajang yang telah beroperasi semenjak tahun 1992 dengan lebih dari 15 cawangan di KL dan Selangor memang tidak dapat disangsikan adalah rangkaian kedai makan sate yang terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian restoran yang luas memang tidak dinafikan ada kalanya mungkin kualiti satenya akan sedikit jatuh seperti yang pernah kami rasa sebelum ini di cawangan Taman Melati dimana sate yang kami terima sejuk dan kering. Tetapi kami masih ingin mencuba sekali lagi sate kajang bagi melihat adakah terdapat perubahan pada kualiti makanannya.

Kali ini kami singgah di cawangan Danau Kota Setapak untuk mencubanya. Lokasi kedainya agak mudah untuk dicari iaitu bersebelahan dengan Setapak Central Mall. Tempat letak kereta juga banyak dan mudah untuk mendapatkan parking terutamanya di aras basement.

Sate Kajang Haji Samuri Sedap KL

Seperti biasa sate ayam dan daging menjadi pilihan kami. Anda hanya perlu order di kaunter dan terus membuat bayaran. Servis juga cepat kerana orang tidak berapa ramai. Sate yang disajikan disini juga besar saiznya dan tidak mempunyai lemak. Di samping itu, satenya juga dibakar dengan baik dan kurang bahagian yang dibakar hangus. Selain itu, yang penting sekali makanan kami masih panas apabila sampai ke meja kami dan satenya juga agak ‘juicy’. Kami memang lebih sukakan sate yang’juicy’ kerana bagi kami sate yang kering macam tidak berapa sampai rasanya. Kesemua faktor-faktor ini telah membuatkan kami berpuas hati dengan kualiti sate yang disajikan.

Sate Sedap KL

Bagi pengunjung yang dah biasa menjamu sate kajang pasti sudah biasa dengan kuah kacang satenya yang dimakan bersama sambal. Dan memang tidak dinafikan tanpa kuah kacang yang sedap agak sukar untuk kita mendapatkan kombinasi rasa sate yang mantap.

Kuah Sate Sedap KL

Kunjungan kami kali ini nampaknya tidak menghampakan dan sebenarnya sudah agak lama kami tidak singgah ke sate kajang disebabkan oleh pengalaman-pengalaman lepas dimana kami sedikit kecewa dengan standard sate yang dihidangkan. Dengan harga satu cucuk sate ayam atau daging pada harga 80 sen (tidak termasuk caj GST), kami rasakan harga Sate Kajang adalah sangat berpatutan dengan saiz dan rasanya. Jika dibandingkan dengan kedai sate famous yang lain, ada yang sampai mengenakan harga RM1 untuk secucuk sate.

Sekiranya anda inginkan sate yang harganya berpatutan, saiz yang besar, kuah kacang yang sedap dan pelbagai aneka pilihan sate maka haruslah anda singgah ke Sate Kajang. Dan sekiranya anda inginkan environment yang lebih asli anda bolehlah singgah ke Kajang untuk mencubanya di cawangan utama.

Anda boleh like laman facebook KL Urbanite jika anda tidak mahu terlepas entri terbaru kami mengenai tempat-tempat makan menarik di Malaysia.

 

Sate Kajang Hj Samuri – Cawangan Danau Kota
No.3A-0, Platinum Walk,
No 2, Jalan Langkawi, Setapak,
53300 Kuala Lumpur

Telefon 603 4142 3696

Koordinat GPS: U 3.207453 T 101.719038

Siapa yang tidak kenal restoran Sate Kajang Hj Samuri. Sate Kajang pernah memenangi kategori sate paling sedap di KL dan Selangor dalam Anugerah The Star People’s Food Awards yang berdasarkan undian orang ramai. Sate Kajang cawangan Medan Sate Lama Kajang berjaya mengalahkan kedai sate famous lain di KL seperti Sate Zaini Ampang, Restoran Satay Satay …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Harga yang berpatutan dengan rasa yang sedap. Antara sate yang terbaik di KL

User Rating: Be the first one !
73

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge