Home / Foods / Sekinchan Ikan Bakar di Centrum Setiawangsa

Sekinchan Ikan Bakar di Centrum Setiawangsa

Sekinchan Ikan Bakar merupakan sebuah restoran yang tidak asing lagi dengan warga kota. Restoran ini terletak di Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur. Centrum Setiawangsa merupakan sebuah bangunan dimana terdapat banyak restoran yang beroperasi di tingkat bawah bangunan tersebut. Bagi warga kota yang tidak pernah sampai ke Sekinchan , anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke Sekinchan untuk menikmati ikan bakar. Hidangan ikan bakar kini boleh dinikmati di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.

Bagi yang tidak pernah dengar tentang Sekinchan Ikan Bakar sebelum ni, menu utama di restoran ni adalah ikan bakar. Selain ikan bakar, pengunjung juga disediakan makanan sampingan lain seperti nasi lemak, nasi putih, sup, ayam kampung, ulam, ubi kayu kelapa, sambal ikan bilis untuk dinikmati bersama dengan ikan bakar tersebut.

Terdapat pelbagai jenis makanan laut yang boleh dipilih dari ikan pari, ikan siakap, ikan kembung, ikan jenahak, ikan bawal, ikan cencaru, udang, sotong, kerang dan banyak lagi.

Hiasan dalaman Restoran Sekinchan Ikan Bakar adalah menarik dengan setiap bahagian dinding dihiasi dengan poster mengenai Sekinchan Ikan Bakar. Suasana di dalam restoran Sekinchan Ikan Bakar juga adalah selesa dan membolehkan kita menikmati makanan dalam suasana yang rileks.

Memandangkan kami ke sana seramai 8 orang, maka banyaklah makanan dan minuman yang telah diorder. Antara makanan yang telah diorder adalah ikan pari, ikan bawal, ikan jenahak, ikan siakap, sotong, ayam kampung dan nasi lemak.

2 ekor ikan pari yang kami ambil tersebut berharga RM78 dan dalam gambar ni cuma ada seekor je.

Kami juga ada mengambil ikan siakap diatas yang berharga RM53

2 ekor ikan jenahak yang kami ambil berharga RM64. Gambar diatas menunjukkan seekor ikan jenahak yang kami ambil pada hari tu.

Ikan bawal diatas berharga RM18.

Salah satu dish sotong yang kami ambil pada hari tu. Total cost untuk sotong adalah RM48.

1 set ayam kampung diatas dijual pada harga RM7.

Nasi lemak bungkus diatas berharga RM2 sebungkus.

Air tembikai laici jambo diatas berharga RM8 tapi memang puas hati sebab besar sgt. Kalau yang tak kuat minum tu, boleh berkongsi dengan orang lain air jambo ni. Selain saiz jambo, saiz super jambo pon ada.

Boleh dikatakan pada hari kami pergi ke restoran Sekinchan Ikan Bakar, agak ramai jugalah orang yang sedang makan disana. Bagi yang ingin kesana dinasihatkan untuk datang awal supaya tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai. Memandangkan hari tu pon kami sampal awal, jadi tidak ada sebarang masalah dengan order kami.

Kalau dilihat dari segi harga makanan yang disediakan, restoran Sekinchan Ikan Bakar boleh dikategorikan sebagai agak mahal kerana ada tempat lain yang menawarkan harga yang jauh lebih murah. Mungkin untuk terus kekal kompetitif owner perlu review semula harga makanannya. Kalau tak ramai pelanggan yang akan lari dan boikot ikan bakar sekinchan. Dari segi rasa agak subjektif sedikit kerana lain orang lain persepsinya. Bagi saya, saya tertarik pada kuah sambal ikan bakarnya.

Bagi yang tidak mahu berjalan jauh sehingga ke Sekinchan , Bagan Lalang , Umbai atau Klang untuk menikmati ikan bakar, maka bolehlah menjadikan Sekinchan Ikan Bakar sebagai alternatif untuk menikmati ikan bakar.

Bagi yang ingin mengetahui bagaimana untuk sampai ke restoran Sekinchan Ikan Bakar , bolehlah merujuk peta yang ada dibawah.



 
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
T1, T2 dan T3 Centrum Setiawangsa
Jalan Setiawangsa 8, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 603 4251 5766
Website: www.sekinchanikanbakar.com

Koordinat GPS: U 3.178902 T 101.741618

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

98 comments

  1. ouh!
    ingatkan betul-betul di pekan sekincan!
    Setiawangsa rupanya..
    anitadahahs recently posted..Join Contest Gadis Sopan

  2. huuhu lapor balik rasanya tgk ikan bakar ni huhuhu

  3. salam, alamak laparnyee tgk menu tu semua, centrum setiawangsa blah mana ye?? yg kt restoran mamak tu ke? harus pi serbu nie :p
    yanmie recently posted..Bila haziq memakai helmet

    • yanmie, restoran mamak sebelah mana yg yanmie maksudkan ek? sebelah belakang centrum ni betul2 dekat dgn sekolah. paling mudah masuk kat simpang sebelah kiri lepas giant kat petronas tu

  4. mahal jgak makanan kat cni!

  5. errmm, mahal x pa janji sedap n boleh cuba lagi.haha

  6. wah..glup3 telan air liue jer..ha3..tp hrga dier xder r mhl kn.biasa jr.nk cuba lh..waaa sape nk blajer sila hubungi sy..hik3
    suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  7. haa lg 1, air jambo tu besar jug kn..klu suzie mst pch pwot r. gls biasa pon xabs..hihi mmg xsuke mnum air. peace!

  8. wah macam best ni,
    boleh cuba kalau singgah kat sana
    nice post, bro
    padin recently posted..Perjumpaan Pengopi

  9. tula suzie pnh order air jambo ingat kn jmbu. sekali dtg dlm jug! rupenya mixed drink.
    suzierahman recently posted..Bila SITI NURHALIZA marah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  10. ini yg leh m’buatku kempunan..
    huuhuh
    da lm x mkn ikan bakar yg sedap hingga m’jilat jari..
    panadol recently posted..Remember This Always

  11. hee aku pun ingat kat sekincan..meleh tgk lauk2 nye heee
    jeman beragas recently posted..jujur

  12. macam amat yummy je~

  13. tetibe rse lapa lak kan…

  14. wahhhhh bestnya ikan bakar :) terasa lapar la pulak skrg ni :)
    ali recently posted..Bukit Tabur -

  15. wah..bestnye..tp ifa sllu makan yg kat melaka..kat anjung batu..hihi..best gle situ!xpe la..lain kali ifa amik pic gak..hihi
    tiefazatie recently posted..TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

  16. wah nampak best..terliur pulak…
    cik tom recently posted..Part Time Driver Yang Tak Reti Parking

  17. wah…sungguh menyelerakan, nak kena jenguk jugak satu hari nanti. TQ untuk info ni..memang suka bakar2 ni :D
    etomyam recently posted..Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Wilayah Persekutuan

  18. alamak!!!! dah mcm tak keruan tgk benda2 yg menyelerokannnnnnn :p ermmmmm
    kiterkitikitu recently posted..cigarette prices are expected to go up by 70 sen!

  19. eira plak kalu nak makan cam tu pergi makan kat new horizan or 4 season..hehe

  20. wow menariknya.. sedap2 makanan tu. :-)
    Amir Said recently posted..Resepi Daging Masak Lada Hitam

  21. cedapnye ! :D
    syaza kelyza recently posted..C406

  22. ermmm menarik-menarik
    usop recently posted..Selamat Hari Raya

  23. restoran baru kot..dlu2 masa sy dok sekitar stiawangsa, xde pn..heheheh

  24. best tu…tp boleh tahan mahal jugak yer..huhu

    yg terbaru..restoran ikan bakar sekinchan ade di sri gombak..baru jer bukak
    hafizmd recently posted..Isteri cantik yang solehah…

  25. wah..
    berseleranya tgk..cantik gambar2 ni…sm cam makanannya jg..
    cutezmommy recently posted..Nasi Ambang Tradisional

  26. dh lame x mkn ikan bakar..!

  27. sedapnya….ikan bakar feberet

  28. slurp. blh terliur ni, aku pun tak pernah pg lg tempat tu rasanya
    Affan recently posted..Fakta- Eh- 94 Pengganas adalah bukan Muslim

  29. sedapnya!!!!!!!!!!!!! lama tak makan ikan bakaq!!!
    cikpia recently posted..- 1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah -

  30. singgah sini tengok ikan bakar…
    tapi yang paling best tengok…sotong, nasi lemak dan air tembikai laici…
    aduh..mendidih perut tengok…
    eita recently posted..PUASA DAN LETIH

  31. singgah tgk pics kat entry time time lapar memang ler buat perut me bergendang sakan *me drooling mode
    siyes nak kena try gak ni..sbb me pun dok area gombak ajer
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  32. waaaa.. nmpk sedaplaaa!

  33. restoran tu dkt dgn rumah saya…haa tapi tak pernah cuba makan kat situ..harga agak mahal jugak ye..
    sweetsal recently posted..THE POWER OF CHEESE…

  34. ifa suka tengok picture2 makanan nie!best!hihi

  35. wahhh..kene try nih..menarik2..!!!
    ceekeen recently posted..::PanTuN JePuN::

  36. Ikannya cukup ayu, sotong seakan-akan si paul famas tu, yam bakar tambat hati. Kenapalah obes bhg. tengah ni, doktor pula tak sporting. Cubaan sdg ku hadapi. Waa x kisah
    wanLq recently posted..Unseen Sea

  37. patutlah lapar semalam..hehehe

  38. dekat gile babeng dgn uma

  39. Keren sob…
    Salam kenal, From: Chenk Rahman
    CheNk RahMan recently posted..Cara Setting Blog di Blogspot

  40. Siap bagi peta lokasi lagi…JOM pekana yang terbaru di Sri Gombak.
    akakcomey recently posted..TransBorneo Day 6 Pulau Mabul Kisah Bajau Laut

  41. mengancam semuanya… nyum2..
    zik recently posted..Bas persiaran terbalik- Lebuhraya

  42. bacE entry nie jadi LAPAR!!
    =)

  43. Morning! Hm sedapnya ikan bakar buat cepat lapar hehe

  44. gile mahal! keke x mampu den..
    kyu recently posted..3B- Buka Buku Baru

  45. BANGGAnye jd cucu embah warga SEKINCHAN!
    [w/pon da lame x blk kg & x prnh lepak Sekinchan Setiawangsa ni lagi...uuhuuuu:)]
    tips-kurus recently posted..Put On Weight!! Tips To Work Out!

  46. kat prima sri gombak pun ade satu, ari2 lalu depan kedai..blom sempat singgah lagi.takut mahal je lebey, rasa tak seberapa.memang nk kna pangkah awal2 le tu..:P
    Akma recently posted..Aku dah kawin skarang

  47. argghh..meleleh pulak air liur tQaH tgk gambar ikan bakar nie..sabar je lah..
    artieqah recently posted..Seterika yang Bodoh!!

  48. ppergghh…gugat iman! perut terasa lapo plak..

  49. memang menarik.. harga pun menarik

  50. sedapnye….sesungguhnya sy sedang lapar hari ini..

  51. hamboi..sakan promote.. walaupun saya duduk dekat ngan sekinchan.. 1 hari saya nak try gak makan kat ctu..hehehe
    Cikgu Lieya recently posted..Tahniah!

    • cikgu lieya: tak promotelah kak lieya. saya takde syer kat sana. hehe. cuma share je food review saya dgn orang ramai :)

    • Semua orang boikot…awakmacam bodohnak pergi…langsung tak tau perkembangan politik…yang awak tahu memuaskan nafsu makan awak tu…baik awak kawindengan daro J tu lah…

  52. 5 star untuk pic……rase surelah power kan..huhu..bravO!!!!!
    assoyfinger67 recently posted..DETIK BW KU YANG HILANG

  53. kedai ni mmg mahal..and sudah di-ban oleh aku..ahahha..
    lg best pi foodcourt blakang kedai nie, depan sekolah..
    lg mantap!!..ehehehe

  54. fuhh wa ingatkn lu sorg je mkn bro..nasib bek lu g ramai..gambo cantik..thanks info
    mr curly recently posted..URuT aSYiK !!!

  55. perghh…ikan pari ~
    zaL recently posted..ISU TUDUNG PERLU BIMBINGAN

  56. Aduhai…. meleleh2 air liur maksue nengok ikan bakar tu

  57. setakat ikan yg konon sedap menjilat jari..hahah lawaklah..macamla kedai lain tkde iakn bakar yg jauh lg sedap…kita biarlah jadik pengguna berhemah..inilah melayu…janji sedap..mahal nk mampos pon takpa(kalau maan kt hotel lain cerita)
    weyy tesco pon ikan dia fresh2 lah…beli buat sendir kt rumah je

  58. alamak aku lupa tokey dia pakai ferrari..kena la caj mahal2 barulah blh tampung installment ferrari dia hahahah

  59. mangse sekinchan ikan bakar

    jgn pergi sekinchan ikan bakar bandar botanic klang.. service dorang mcm b*d*… table da booking awl2 tp smpi2 untuk buke puase satu makanan pun xde atas meja.. bile panggil pekerja die.. ckp belum bakar lg.. mmg kne marah la.. jam da pukul 7.30pm da masuk wktu buke da pun.. tp makanan xdpt lg.. duet suda amik.. mmg shit la la dorg ni.. lg satu saye dgr cite dorg timbang ikan tu tipu.. dorg letak mcm batu pemberat nak bg berat sikit ikan tu.. supaya hrge dorg bole letak mahal… fikir2 kn la.. ini nama ye MELAYU TINDAS MELAYU..

    • tq for the advise. minta agar pengurusan sekinchan ikan bakar berbuat sesuatu sebelum pelanggan anda hilang kepercayaan. customer always right

  60. SY HARAP PIHAK PENGURUS SEKINCHAN DAPAT PERTIMBANGKAN HARGA DI RESTORAN. RAMAI YANG INGIN MENCUBA, TTP BILA MAKAN DISANA…RAMAI YG MENGGUGUT MAHAL SGT…SO, ANDA LEBIH MEMAHAMI ISI PELANGGAN ANDA

  61. Pernah makan di Sekinchan Ikan Bakar di Bdr Tun Razak.. Takdelah spesial sangat. Rasa amat biasa saje … tp harganya terlalu melampau… Tak berbaloi langsung….

  62. Sekinchan ni mmg dekat jer ngan umah tp xpenah g lagi sbb asyik penuh jer..nak g kene booking dulu ker bleh maen redah jer…sbb xsuker la nak makan maen booking2.mana nak tau bila perut rasa lapo.kan?kan?hehehe

  63. AKU MAKAN UNTUK KALI PERTAMA DAN TERAKHIR KAT SKINCAN IKAN BAKAR NE..SEBAB MAHAL GILER..DAH LA GITU KENA SERVE SENDIRI..KALAU SEDAP TAK PA LA NEE MACAM KEDAI2 IKAN BAKAR YANG LAIN….SAMA JER RASANYA….

  64. Mahalnya..huhu koyak dompet ni hehe.. tapi klu nk murah makan dkt Ikan bakar Bellamy la huhu

  65. melihat artikel nya jadi laper,,,hee:)

  66. Boycott Sekinchan ikan baker . Anjing Politiction .

  67. Hai Jamal apa Khabar ?.

    Nampak glamour je sekarang , dulu tak glamour. Amboi sekarang tak glamour habis. Free Advertisement pandai jugalah u berniaga mempromosikan iklan percuma didalam semua surat khabar. Hebat , penuh dengan kehebatan diri mu.

    Ok , macam nilah nak tanya income tax bayar dengan betul tak , cawangan terlalu banyak , mesti untung bersih melebihi 5 juta setahun , ada tak bayar income tax bayar 2 juta.

    Saya nak buat surat rasmi kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri dan BPR supaya menyiasat pendapatan harian anda serta pendapatan bulananan anda.

    Gaji pekerja ada tak dibayar mengikut dasar gaji baru minima rm900, kamu mesti kena hormat perlaksanaan yang telah diimplementasikan oleh pm kita, jangan tak ikut.

    Kita kan orang suruhan , kitakan sama , yang kaya tetap kaya , yang miskin tetap miskin, anda sudah kaya , jadilupah golongan yang miskin di negara ini.

    Apakah salahnya kalau ada perubahan dalam negara ini untuk kebaikan rakyat yang sederhana serta rakyat yang miskin. Saya berharap saudara jangan ikut arahan , biar serahkan semua kepada tuhan yang maha esa.

    Sebenarnya salah kamu pergi mengecat didepan rumah ambiga , hello brother jangan sampai macam tu. Sebagai seorang usahawan kita perlu menggunakan akal lebih , bukan menggunakan arahan lebih . Harap tamatkan kesemua lakunan anda , kalau tak kenalah buat laporan kat JAbatan Hasil Dalam Negeri.

    Tahniah Brother, Tahniah. Semoga perniagaan anda selepas ini akan beng beng beng , bermaksud tak akan maju lagi…..

  68. Terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  69. terbaikkk……InsyaAllah dapat BMW…….susuh nak dpt tuuuuu

  70. Penjual nasi lemak

    Aku sokong 100% pejuang, aku cuma penjual nasi lemak tulin… si jamal ni jual nasi lemak daging mentah power patutla kaye http://rimbunphotography.blogspot.com/2010/08/birthday-party-dato-jamal-concorde.html

  71. Sayang Sekali, Allah telah melimpahkan rezeki dan kemewahan kepada Taukeh Ikan bakar & Taukeh AP ini, tapi dia tak reti BERSYUKUR dan TAMAK dia menempah untk menerima kerugian dan penarikan balik Rezeki yang Allah kurniakan kepadanya didunia ini. Insyaallah

    Tengok jalah dalam sedikit masa lagi. Kalau dulu orang tak tahu yang Taukeh Ikan bakar Sekincan dan 25 outletnya dia punya sapa yang lalu akan singgah, karang pelanggan terutama penyokong bersih/Pakatan akan meminggirnya, malah Allah akan menggerak hati orang yang mengidam ikan bakar ni untuk tidak mengunjung kedainya? Ketika itu apa akan berlaku, 25 outlet bukan sedikit modal yang dilaburkan.

    Dia terlalu riya dan takbur, dia bukan sahaja melawan pro BERSIH yang menentang penyelewengan dan penipun sebaliknya menyokong dan menegakkan serta menyemarakan penipuan dan penyelewingan.
    Dalam hal Menyuruh kearah KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dituntu oleh Allah secara OTOMATISNYA DIA MELAWAN AJARAN ISLAM YANG DIANUTINYA.

    DALAM ERTIKATA LAIN DIA MELAWAN PROBERSIH DAN SEKALIGUS MELAWAN ALLAH. KITA TAK PERLU BERDOA KITA TUNGGU DAN LIHAT APA TINDAKAN ALLAH PULA..

  72. Apelah korang merepek pergi politik nie.. nie pasal makanan je..
    kalo x sedap xyah ler gie makan.. bukan kene undi follow dia pun kalo makan kat situ.

    review makanan sekincan.
    -x sedap.. next time jgn tulis ikan bakar.. tukar ikan kukus.. tang mane yang bakar..
    - mahal nak mampos..
    - time aku dtg, dia potong 2 ikan kembong aku.. vangan btol..x pernah ikan kene potong 2..
    bahagian kepala ngan ekor.
    - sambal x sedap..
    - mahal giler..

  73. Saya & sekeluarga dapat keracunan makanan setelah makan di Sekinchan Ikan Bakar wangsa maju. Dipercayai disebabkan racun serangga yang mereka gunakan untuk pest control. Saya dalam process mengambil tindakan undang undang terhadap restoran & pest control company Eco Pest sdn Bhd ini. Saya senyap senyap mengambil gambar di dapur mereka di tingkat atas, sangat kotor & menjijikan! kepada semua, pilihlah antara takut kempunan ikan bakar atau mati termakan racun serangga???!!!

  74. nur shakila ramlie

    kepada en jamal…harap teguran ni jadi perhatian dan rasanya dh banyak blog,di tweet, fb org memperkatakan tentang en jamal and restoran ikan bakar sekincan. saya tinggal di sentul dan saya dh mencuba ikan bakar di restoran en jamal. dek kerana saya semangat melayu dan suka org melayu berjaya juga tiap2 hari nampak signboard sekincan ikan bakar saya pg mencuba.. nampaknya betullah apa yg saya baca/dengar dari org2 yang pernah makan disini boleh dikatakan ikan nya tak fresh, bukan bakar betul tapi direbus/kukus dulu kmudian bakar mmg tak best lah cam nih, harga memang mahal beb ! lagi yang buat saya geram servis nya hampeh lembab lambat, saya bukan nak kondem u atau jenama restoran ikan bakar sekincan tapi sebelum itu harap u dapat bagi kursus customer servis pada staff u, belajarlah teknik2 memasak yang betul, ciptalah resepi yang ummph, paling penting harga berpatutan dan fikirlah apa yang customer suka…..rupanya u nih tokeh Nallice Place kat sentul tu patutlah org dah menyampah datg tmpt u servis lembab gile duduk dah sejam baru nak tanya air atau kita sendiri kena susahpayah pg buat order, dah tunggu sejam baru staf u dtg kata kak ini dah abis, ini dah abis….ayat klise….ingat sikit en jamal pelanggan datang sekali dia terseksa, sakit hati dan tertipu dorang tk datang lagi…..jangan kata orang santau atau antar barang kat kedai kita bila bisnes slow walhal diri sendiri yang menjahanamkan bisnes sendiri sedangkan org melayu sentiasa SUPPORT BISNESS ORG MELAYU….biasanya ORANG MELAYU PG MAKAN KEDAI ORANG MELAYU BUKAN BANGSA LAIN….renung2kan

  75. Dulu mungkin sedap & harga mahal . sekalang tak boleh la , makanan x sedap , x fresh (mungkin semua orang boycott dan makanan simpan terlalu lama) . Yang berubah ialah harga tetap mahal .

  76. Dato J tu dikaitkan dengan case dadah…tak tau ke korang…???Lagi mau mencekek & melantak…poraaahhh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge