Home / News / Headlines / Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Dengan Map

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Dengan Map

 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pon mengumumkan senarai lokasi pemasangan kamera AES yang boleh diperolehi melalui laman web rasmi JPJ. AES akan mula beroperasi pada 22 September 2012 dan untuk fasa pertama 14 lokasi telah di pasang dengan kamera AES yang melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Selangor. Dan untuk fasa berikutnya akan ada 831 lokasi AES di seluruh Malaysia.

Apa sebenarnya AES ni? AES merupakan Sistem Penguatkuasaan Automatik yang digunakan untuk mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik dengan menggunakan kamera tetap atau mudah alih. Ianya akan digunakan untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Anda tidak perlu risau dengan sistem AES kerana amaran yang mencukupi akan diberikan dalam bentuk papan tanda sebelum anda memasuki zon AES. Tujuan sistem ini adalah hampir sama dengan kamera speed trap terdahulu cuma bezanya tidak ada lagi kamera tersembunyi untuk merekodkan kesalahan trafik dalam AES. Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan mereka yang memandu melebihi had laju akan dapat dilihat antara dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi AES tersebut dan lokasi kamera yang mengesan mereka yang melanggar lampu merah akan diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat tersebut. Kamera ini juga mampu mengesan kesalahan pemandu yang memandu melebihi had laju pada waktu malam dengan menggunakan flash.

Bagi fasa pertama, antara lokasi AES dengan koordinat untuk mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju adalah seperti berikut:

 
1. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Speed limit 70km/h | Koordinat GPS 2.94656 , 101.68422)

2. Jalan Persiaran Timur Putrajaya (Speed limit 80km/h | Koordinat GPS 2.94313 , 101.71394)

3. Km 301.9, Kajang – Lebuhraya PLUS (Speed limit 90km/h | Koordinat GPS 2.97565 , 101.74259)

4. Km 6.6 Jalan Kajang/ Puchong – Lebuhraya SKVE (Speed limit 80km/h | Koordinat GPS 2.973157 , 101.685212)

5. KM D7.7 Sungai Besi (Speed limit 80km/h | Koordinat GPS 3.05085 , 101.70506)

6. KM 7 Jalan Maharajalela Teluk Intan (Speed limit 90km/h | Koordinat GPS 3.97649 , 100.98882)

7. KM 376, L/Raya PLUS – Slim River (Speed limit 110km/h | Koordinat GPS 3.84434 , 101.40277)

8. KM 91 Jalan Ipoh -Butterworth (Speed limit 60km/h | Koordinat GPS 4.78145 , 100.73517)

9. KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Speed limit 90km/h | Koordinat GPS 3.9657 , 101.3270)

10. KM 205.6 Taiping Utara – Lebuhraya PLUS (Speed limit 110km/h | Koordinat GPS 4.90453 , 100.66797)

 
Bagi yang suka bawa kereta melebihi had laju atau langgar lampu merah maka berwaspadalah kerana mungkin tiket saman akan menunggu anda di rumah. Patuhilah had laju di jalan dan lebuhraya terutamanya yang melibatkan speed limit antara 60km/jam hingga 90 km/jam. Kadang-kadang mudah terleka dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Map untuk lokasi sebahagian kamera AES dalam Zon B adalah seperti berikut.

 
Map Lokasi AES Zon B – Putrajaya

Map Pelan Lokasi AES Zon B Putrajaya

 
Map Lokasi AES Zon B – Lebuhraya PLUS kawasan Kajang

Map Lokasi AES Zon B Kajang Plus Highway

 
Map Lokasi AES Zon B – SKVE berhampiran MAEPS

Map Lokasi AES Zon B SKVE

 
Map Lokasi AES Zon B – Sungai Besi berhampiran susur keluar ke TPM dan Bukit Jalil

Map Lokasi AES Zon B Sungai Besi
 
Sumber Map : Google Earth

 
Sedikit video mengenai perlaksanaan kamera AES dari Youtube


 
Video dari Youtube yang dikongsi oleh Zachriel ZA menunjukkan pemandu yang memandu melebihi speed limit di Lebuhraya PLUS


 
Video dari Youtube yang dikongsi oleh nickgohht menunjukkan pemandu yang terkena kamera speed trap AES pada waktu malam di highway PLUS

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge