Home / News / Shopping Raya 2015

Shopping Raya 2015

Menjelang tibanya Syawal nanti pasti ramai sedang sibuk membuat persiapan hari raya. Disini kami kumpulkan promosi shopping raya 2015 yang sedang rancak diadakan. Pastikan anda menggunakan hak anda sebagai pengguna dan berbelanja dengan bijak bagi mencari barang yang murah dan memberikan pulangan yang setimpal untuk wang anda.

 

Jalan TAR
Anda boleh mencari pelbagai barang keperluan hari raya di bazaar Jalan TAR seperti kain, baju kurung, tudung, baju raya, kuih, kasut dan banyak lagi. Pasti anda rambang mata dan pastikan anda bersedia untuk bersesak dengan orang ramai. Kebiasaannya apabila dekat dengan bulan Syawal anda akan mendapat harga yang lebih murah tetapi ada kemungkinan saiz baju yang padan dengan anda sudah kehabisan stok. Taktik membeli di saat akhir mungkin lebih sesuai jika anda ingin membeli barangan yang tidak menggunakan saiz seperti kuih muih atau kerepek.

Jakel
Jakel mengadakan jualan murah dari 13 Jun hingga 16 Julai 2015 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Antara produk istimewa sempena raya ialah Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Aaron Aziz dan koleksi Upin dan Ipin.

Binwani’s
Jualan clearance Hari Raya Aidilfitri di booth jualan Binwani’s di Quill City Mall sehingga 15 Julai 2015.

SACC Mall
SACC Mall mengadakan bazar dari 5 Jun hingga 16 Julai 2015 dimana pelbagai barangan untuk menyambut Hari Raya dijual dengan harga yang menarik.

Sogo
Jualan Malaysia Mega Sale di Sogo dari 27 Jun hingga 31 Ogos 2015 dengan diskaun sehingga 70%. Antara barangan yang sentiasa mendapat perhatian ialah baju raya kanak-kanak dan juga baju raya dewasa.

Parkson Alamanda Putrajaya
Jualan Mega Raya dari 26 Jun hingga 19 Julai 2015 dengan diskaun sehingga 70% ke atas barangan terpilih.

Harvey Norman
Jualan Gila Gila Harvey Norman dari 27 Jun hingga 19 Julai 2015 di semua cawangan Harvey Norman. Anda boleh menggunakan peluang ini bagi mendapatkan barangan elektrik, perabot, produk IT, katil dan tilam pada harga yang murah. Sebelum itu pastikan anda telah membandingkan harga dengan kedai-kedai yang lain bagi memastikan anda mendapat barangan pada harga yang berbaloi.

AEON Sale
AEON mengadakan diskaun dari 27 Jun hingga 31 Ogos 2015. Bagi yang ingin pergi AEON sekarang adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan barangan pada harga yang menjimatkan dan lebih murah daripada harga asal.

Jualan Gudang Handbag Mewah
Bagi anda yang ingin mencari handbag mewah pada harga yang lebih murah berbanding di butik untuk dipakai semasa hari raya nanti, anda boleh pergi ke Wisma UOA II, Unit No. LG-3, Tingkat Lower Ground, No. 21, Jalan Pinang, Kuala Lumpur dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Jualan gudang ini diadakan hanya dari 2 hingga 3 Julai 2015 sahaja. Antara jenama handbag yang dijual adalah Prada, Gucci, Hermes, Michael Kors, Coach, Chanel, Longchamp, Burberry dan Louis Vuitton. Berdasarkan pengalaman yang lepas pergi ke jualan gudang seperti ini, jarang saya membeli kerana tiada barangan yang menarik perhatian. Tetapi manalah tahu mungkin anda ada berkenan dengan barangan yang ditawarkan.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge