Home / Entertainment / TV Shows / Bukan Diriku / Sinopsis Bukan Diriku Episod 10

Sinopsis Bukan Diriku Episod 10

Dalam Episod 10 Bukan Diriku, Loki (Baim Wong) telah jatuh sakit dan dijaga semalaman oleh Ayla (Ririn Dwi Ariyanti). Keesokan paginya Loki telah memarahi Ayla kerana dia tidak memerlukan sesiapa untuk menjaganya. Ayla berasa sedih lalu menjauhkan diri dari Loki.

Loki berasa bersalah dan cuba untuk memujuk Ayla. Ayla memaafkan Loki setelah melihat telatah lucu Loki menjadi jaga di tempat letak kereta. Ayla membuat keputusan untuk meluahkan rasa sukanya pada Loki dan akhirnya Loki menerima Ayla sebagai pasangannya.

Loki dan Ayla mula menghabiskan banyak masa bersama-sama. Ini membuatkan Ariel semakin berang dengan Loki dan cuba untuk menjatuhkan Loki tetapi gagal.

Tiba-tiba Loki telah diculik orang 2 orang lelaki dan ditutup muka Loki dengan sarung. Loki dibawa ke sebuah rumah dan disana menanti seorang wanita. Apabila sarung yang menutup muka Loki dibuka, Loki memanggil wanita tersebut dengan panggilan ‘mak’. Siapakah wanita itu sebenarnya? Nantikan episod 11 untuk cerita selanjutnya.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

2 comments

  1. woohoo….bukan diriku….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge