Home / Entertainment / TV Shows / Bukan Diriku / Sinopsis Bukan Diriku Episod 11

Sinopsis Bukan Diriku Episod 11

Dalam sinetron Bukan Diriku Episod 11, Loki telah diculik dan dibawa ke rumah keluarganya. Disitu dia berjumpa dengan ibunya. Loki mula mengenang kembali saat dia keluar dari rumah keluarganya disebabkan perselisihan faham antara dia dan ayahnya. Loki bertindak keluar dari rumah keluarganya selepas ayahnya memarahi dia kerana tidak mencari kerja selepas pulang dari belajar di luar negara dan asyik mabuk sahaja. Loki nekad untuk keluar dari rumah untuk berdikari dan tinggal di rumah sewa.

Ariel terus mencari jalan untuk memisahkan Loki dan Ayla. Ariel telah mengupah seorang wanita untuk pergi ke rumah Loki untuk menggodanya. Apabila Ayla sampai kerumah Loki untuk menghantar makanan, dia ternampak Loki dan wanita tersebut diatas katil. Ayla sedih dan terus lari meninggalkan rumah Loki.

Loki cuba menjelaskan insiden tersebut pada Ayla tetapi tidak dipedulikan oleh Ayla. Selepas gagal menjelaskan perkara tersebut pada Ayla, Loki cuba untuk mencari wanita tersebut dan akhirnya berjaya menemui wanita tersebut. Loki menggertak wanita tersebut untuk mendedahkan perkara sebenar dan akhirnya wanita tersebut akur dan menjelaskan kepada Ayla yang dia melakukan perbuatan tersebut kerana ingin memisahkan Ayla dengan Loki.

Ayla masih tidak berpuas hati dan pergi meninggalkan Loki dan wanita tersebut. Akhirnya Loki menjerit yang dia cintakan Ayla. Ayla berpaling dan menerima semula Loki dalam hidupnya.

Selepas hubungan Ayla dan Loki kembali pulih, Loki memperkenalkan Ayla pada kawan-kawannya. Salah seorang kawan Loki ialah Mimi yang dalam diam-diam menyimpan perasaan pada Loki. Mimi berasa kecewa dengan kehadiran Ayla lalu pergi meninggalkan Ayla dan Loki.

Dalam ketika Mimi berjalan keseorangan, dia telah ditangkap oleh Ariel. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Nantikan episod 12 Bukan Diriku.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge