Home / Entertainment / TV Shows / Bukan Diriku / Sinopsis Bukan Diriku Episod 12

Sinopsis Bukan Diriku Episod 12

Dalam Episod 12 Bukan Diriku, percintaan Loki dan Ayla sekali lagi diiuji dengan masalah baru apabila Mimi (kawan Loki) menuduh Loki telah memperkosanya. Loki menafikan tuduhan Mimi namun Mimi tidak mempercayainya. Ayla kecewa dengan Loki dan mula menjauhkan diri dari Loki.

Setelah Loki tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya, Mimi cuba untuk membunuh diri tetapi berjaya dihalang oleh Ayla. Ayla pergi berjumpa Loki untuk memastikan Loki bertanggungjawab di atas perbuatannya ke atas Mimi. Akhirnya Loki terpaksa menurut kehendak Ayla dan bertanggungjawab ke atas Mimi.

Mimi dibawa ke hospital oleh Loki kerana asyik muntah dan selepas pemeriksaan dibuat, didapati Mimi tidak mengandung dan masih dara. Loki berasa lega dan bertanyakan kepada Mimi tentang kejadian yang berlaku ke atas Mimi. Mimi mula mengingati semula kejadian tersebut dan menceritakan bahawa dia telah ditangkap oleh seorang lelaki dan telah diberi ubat tidur. Setelah sedar dari tidur, beliau mendapati dirinya berada dalam sebuah bilik hotel tanpa seurat benang dan terdapat alat muzik Loki di sebelahnya. Disebabkan alat muzik itulah Mimi mengesyaki Loki telah berbuat sesuatu kepadanya.

Loki mula mengesyaki Ariel adalah dalang yang bertanggungjawab keatas insiden yang berlaku pada Mimi. Loki pergi berjumpa Ariel dan Ariel menafikan tuduhan Loki.

Loki dan Mimi pergi berjumpa Ayla untuk menjelaskan perkara sebenar dan Ayla mempercayainya. Hubungan Loki dan Ayla telah pulih kembali.

Ayla mula bertanyakan kepada Loki mengenai keluarganya dan Loki cuba untuk mengelak dari menjawabnya. Ayla berasa sedih dan menceritakannya kepada Ariel. Ariel menyiasat tentang latar belakang keluarga Loki dan mendapati Loki sebenarnya berasal dari keluarga berada. Ariel menceritakan perkara tersebut kepada Ayla dan Ayla bersemuka dengan Loki untuk mendapatkan penjelasan. Loki diam seribu bahasa dan Ayla berasa kecewa dengan Loki kerana tidak pernah menceritakan tentang keluarganya kepada Ayla. Akhirnya Ayla meminta agar hubungan mereka diputuskan.

Apakah tindakan Loki selanjutnya? Nantikan episod 13 Bukan Diriku untuk cerita selanjutnya.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

7 comments

  1. keyrill eduardo willeyhem

    best gak ni…heheheh! :)

  2. rajin bro tulis sinopsis episod.. hehe..
    Ezany-Kun recently posted..Sinetron Bukan Diriku – Episode 12 Youtube

  3. aiyoohhh….setiap episod ade sinopsis…gigih…teruskan usaha!

  4. waaa. macam best je cite ni… macam mana nak tgk? dah follow u
    mrsfaizor recently posted..Wajah-wajah simply siti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge