Home / Entertainment / TV Shows / Bukan Diriku / Sinopsis Bukan Diriku Episod 13

Sinopsis Bukan Diriku Episod 13

Dalam episod 13 Bukan Diriku Loki mula merasai kesepian diatas tindakan Ayla menjauhkan dirinya dari Loki. Loki cuba mencari Ayla di rumahnya tetapi adik Ryo meminta agar Loki dapat memberikan masa kepada Ayla untuk bertenang. Adik Ryo cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Ayla mengenai status hubungan Ayla dan Loki tetapi Ayla menjelaskan adalah lebih elok kalau mereka berjauhan supaya masing-masing tidak akan berasa terluka dengan tindakan masing-masing.

Tiba-tiba Loki dikejutkan dengan berita yang ayah nya telah diserang sakit jantung. Loki menghabiskan banyak masa di hospital menemani ayah nya dan disitu dia berjumpa dengan isteri muda ayahnya dan adik tirinya. Setelah beberapa hari di hospital, akhirnya ayah Loki telah meninggal dunia dan Loki berasa terlalu sedih di atas pemergian ayahnya. Loki mula menukar penampilannya agar nampak lebih kemas seperti yang telah dipesan oleh ayahnya sebelum meninggal dunia.

Ayla pula telah ditawarkan biasiswa oleh majikannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negeri. Ayla berasa serba salah untuk menerimanya kerana teringatkan Loki.

Ayla pergi berjumpa Loki untuk bertanyakan pendapatnya dan Loki menjawab terpulang pada Ayla untuk memilihnya. Ayla yang kecewa dengan sikap acuh tidak acuh Loki pergi meninggalkan Loki sendirian.

Apakah Ayla akan menerima tawaran biasiswa tersebut? Saksikanlah episod 14 Bukan Diriku untuk mengetahui jawapannya.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. membalas kunjungan…best ke ceita ni…hehehhe
    f@dzliamir recently posted..Pizza O Kosong satu!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge